Hanis kelihatan melihat keadaan nurul . Hanis cuba menghentikan perlawanan tersebut . namun dihalang oleh Afiq . Afiq menggeleng menandakan jangan menyertai atau cuba menghalang pertandingan masih berlangsung . Akan tetapi , hanis mempunyai perasaan yang tidak selesa seperti sesuatu buruk akan berlaku .
Hanis memerhatikan tingkah laku Maria , Hanis terkejut melihat Maria mengeluarkan sesuatu dari sisi seluarnya . Kelihatan sesuatu yang tajam . Ya tajam . Pisau belati . Hanis cuba menghentikan perlawanan itu . Dan sekali lagi dihalang oleh Afiq .
"Aku taknak kehilangan kawan aku , lepaskan aku ! " dengan segera hanis berlari mendapat nurul . Nurul perasan kehadiran hanis segera menolak hanis untuk keluar dari gelanggang itu , baginya hanis berada disitu boleh menyebabkan dirinya tercedera .
" hanis pergi kat sana , " kata nurul sambil menolak lembut tangan hanis
" berhentikan perlawanan ni nurul " kata hanis . Nurul hanya terdiam , maria yang berada disitu tersenyum
Peluang ! Maria segera pergi ke hanis dan berniat untuk mengumpan nurul .Auchhhh kata nurul pisau belati tu tepat terkena pada lengan nurul , hanis tergamam dan menangis disitu . berasa bahawa dirinya lah penyebab nurul menjadi begini . jika Hanis tidak memberitahu perkara ini , mungkin semua ni tidak akan berlaku .
Maria tersenyum dan sekali lagi ingin melakukan ini dan
" Berhenti !! " jerit hanis . kelihatan darah mengalir di tapak tangan nurul . hanis melihat nurul menghalang maria dan menyelamatkan nya sekali lagi dengan memegang kuat pada pisau belati itu sehingga menyebabkan pendarahan .
Nurul memadang maria dengan pandangan yang begitu tajam "maaf! " kata nurul sepatah . nurul menumbuk kuat dibahagian abdomen Maria dengan niat ingin menidurkan maria dan segera menamatkan segalanya .
" tak guna kau ...... Nu...rul ... " kata maria perlahan dan kemudian matanya tertutup . orang ramai terkejut dan kaku dengan apa yang terjadi begitu juga dengan hanis .
Nurul segera pergi kepada pengetua dan berkata " Cikgu , jangan salahkan maria atau buang dia dari sekolah . sebab saya yang cabar dia. Perlawanan ni saya yang adakan maafkan saya sebab susahkan cikgu "
" nurul ! Kau okayy ke ? " tanya Harris . nurul hanya tersenyum dan mengangguk .Cikgu Nazri tersenyum dan berkata dengan lantang " semua dibenarkan beredar. Perlawanan dah tamat dan nurul adalah pemenangnya "
Nurul berjalan menuju ke loker dimana semua barangnya terletak dan meninggalkan hanis disitu yang masih terkejut dengan kejadian itu
' kau memang kuat nurul , terima kasih nurul ' kata hati hanis yang melihat nurul dari belakang . nurul mengangkat tangannya sambil membuat peace dan tersenyum manis kepada hanis . Hanis yang tadinya menangis kerana takut dan gelisah kini air matanya mengalir kerana gembira mempunyai sahabat seperti nurul .
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
RomanceADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...