Di Hospital KPJ
Nurul dikejarkan ke wad kecemasan , kerana terlalu banyak kehilangan darah . Adam hanya menunggu dengan sabar tentang keadaan isterinya
Setelah beberapa minit berlalu ,
" assalamualaikum , boleh saya tahu dimana keluarga Puan Nurul ? "
" ye , saya suami dia . ada apa - apa masalah ke doktor ? " Adam bingkas bangun dan menghampiri doktor lelaki itu . Riak muka doktor itu , turut Adam cuba untuk baca . Tetapi muka doktor itu menunjukkan sesuatu yang tidak baik .
" macam ni , Puan Nurul telah banyak kehilangan darah dan darah jenis isteri encik amat sukar tiada di hospital ini dan kandungan Puan Nurul sekarang amat lemah . Berkemungkinan kami terpaksa ... "
" no , selamatkan kedua - dua nya . darah isteri saya jenis apa . mungkin saya boleh dermakan darah untuk selamatkan kedua - dua nya sekali " doktor itu hanya menghela nafas dengan berat
" A positive . " Adam mengangguk menandakan darahnya sepadan dengan nurul .
Doktor menunjukkan jalan untuk ke bilik pembedahan dimana nurul berada .
Adam duduk baring bersebelahan dengan isterinya yang tidak sedarkan diri itu .
" tolong selamatkan kedua - duanya sekali doktor " kata adam sambil air mata nya mengalir
" saya akan cuba seboleh mungkin , sebab ini adalah terlalu mustahil untuk menyelamatkan kedua - dua sekali . tapi kita sebagai orang Islam perlu percayakan kuasa Allah , dan berdoa kepada dia " kata doktor itu sambil meletakkan darah yang tah diderma oleh adam , ke dalam badan nurul .
Adam terbaring lemah kerana darah yang diambil oleh doktor itu terlalu banyak , kerana ia untuk menyelamatkan isteri dan anaknya . Kalau dulu , adam selalu menyakitkan atau menyeksa nurul . kini , adam berharap agar dia dapat berjumpa nurul dan meminta maaf kepadanya . memberikan kebahagiaan kepadanya . menyayangginya sepenuh hati ,
" ya Allah , selamatkan isteriku . Berikan lah aku peluang kedua untuk menebus segala kesalahanku . aku memohon , Ya Allah " kata adam lalu tertidur akibat terlalu lemah dan letih .
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
Любовные романыADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...