Adam masuk ke dalam bilik perlahan-lahan agar tidak dapat diketahui nurul.
" adam, can you stop it now? "Kata nurul sambil duduk dibahu katil. Adam terus berjalan menuju ke nurul dan duduk bersebelahan dengannya. Terlihat beg baju telah tersusun, esok nurul akan terus pergi je Jordan. Meninggalkannya.
" hannah, betul nak pergi Jordan? Hannah tak payah pergilah eh, hannah tengah mengandung. Nanti siapa nak jaga hannah dekat sana? " pujuk adam sambil memegang tangan nurul. Berharap nurul menundakan sahaja hasratnya untuk pergi ke Jordan.
" no, hannah akan pergi juga ke Jordan. Selama ni, hannah jaga diri sendiri. Adam pun tak pernah tahu pun dan tak pernah kisah pun pasal hannah. I'm sorry, percayalah hannah boleh jaga diri. "nurul terus menarik tangannya dari adam.
" saya ngantuk, saya nak tido dulu"nurul terus menarik selimut dan mengiring ke kiri. Mungkin hari ini, adalah hari terakhir untuk adam menatap wajah nurul kerana nurul akan pergi Jordan dan meninggalkan adam seorang diri disini.
Adam berjalan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Air dibiarkan sahaja membasahi dirinya , adam terduduk dan memeluk lututnya dek kerana menyesal dengan segala perbuatannya. Sungguh air mata lelaki nya sekali lagi jatuh hanya untuk seorang perempuan yang dicintainya. Hanya untuk dia seorang sahaja.
Adam menumbuk - numbuk lantai marmar, darah yang mengalir dibiarkan sahaja.
" apa yang aku nak buat sekarang? apa yang aku buat terhadap hannah, begitu perit dan ianya tidak boleh dibandingkan dengan kesakitan yang aku rasai sekarang. Kuatkan aku ya allah, jangan biarkan hannah meninggalkan ku. " bisik hati adam
Adam berjalan keluar dari bilik air dan menuju ke almari, dicarinya kain dan membalutnya di tangan. Selesai mempersiapkan dirinya, adam berjalan menuju ke katil. Kelihatan nurul sudah pun berada dibuai mimpi, dia tersenyum seorang diri kerana terlihat wajah nurul seperti kanak - kanak.
Adam baring disebelah nurul dan memeluknya, nurul bergerak - gerak mungkin kerana tidak selesa.
"Lepaskan saya, jangan ganggu saya" kata nurul.
" please biarkan kita. I need you. I miss you so much Hannah. Untuk kali yang terakhir, please hannah" nurul membiarkan sahaja adam memeluknya dari belakang.
" adam mintak maaf atas segala kesilapan adam, adam tahu adam salah, adam bodoh. Adam mintak maaf, please jangan pergi ke Jordan"
"Hannah dah tak sayangkan adam lagi ke? Hannah dah tak cintakan adam lagi ke? Please jawap"
Nurul hanya mendiamkan dirinya, terasa bajunya basah mungkin kerana adam tengah menangis? Tak guna menangisi benda yang telah berlalu.
" nasi dah jadi bubur"kata nurul
" please maafkan adam, jangan tinggalkan adam. Adam tahu hannah masih sayangkan Adam kan? Hannah masih cintakan adam kan? Jangan sembunyikan semua tu. Bagitahu adam, biar adam tahu"nurul hanya mengabaikan adam.
Biarlah Adam merasakan sedikit kesakitan yang selama ini dialaminya, biarlah dia merasakan bahawa ianya begitu perit apabila mencintai seseorang. Begitu sukar nurul ingin menerimanya semula. Mungkin hati ini telah pun tertutup untuk adam. Mungkin rumah tangga mereka sampai disini sahaja.
"Adam takkan lepaskan hannah, adam akan buat hannah jatuh cinta balik dekat adam. Sepertimana dulu hannah jatuh cinta dekat adam. Cinta hannah hanya untuk adam,adam takkan putus asa untuk menawan kembali hati nurul "
" ingat adam akan cintakan hannah sehingga akhir hayat adam"
Nurul memejamkan matanya, menelan setiap bait- bait kata adam. Sungguh lemah dibuatnya mendengar tangisan suaminya sendiri. Ya, nurul yakin adam sedang menangis kerana nurul dapat mendengar tangisan adam dan baju nurul yang basah dek kerana air matanya.
Andainya, adam berubah terlebih awal. Mungkin nurul akan menerimanya tapi sekarang nurul memerlukan masa untuk berfikir.
' maafkan hannah, adam. Maafkan hannah' bisik hati nurul. Air matanya mengalir keluar, walaupun cuba untuk menahannya.
Mulut kata lain, hati kata lain.
"kenapa hannah menangis? Kalau hannah tak sayangkan adam? Yes, I know yang hannah still sayangkan adam kan?" Nurul terus pura-pura tidur tidak mahu adam terus menerus bertanyakan soalan kepadanya
' adam tahu hannah sayangkan adam, but ego hannah terlalu tinggi buat masa sekarang' kata hati adam.
Adam terus memeluk nurul tanpa sedikitpun meleraikan pelukannya. Sungguh dia rindu dengan isterinya yang dulu. Tapi ini semua salahnya, jadi dia jugalah yang perlu cari jalan penyelesaiannya.
#bersambung..
Pendek jugak part ni , hmmmm
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
RomanceADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...