BAB:55

7.5K 177 7
                                    

'sayang? Kenapa lelaki ni panggil aku sayang? Kenapa dia macam Adam? Ke aku yang terlalu rindukan dia sangat'nurul terus pengsan Serta tidak sedarkan diri

****

Dihospital,

"Bukk!" terpelanting lelaki itu ke dinding, darah keluar dari mulutnya menunjukkan bahawa tumbukan itu sangat kuat. Zafril terus menarik kolar baju lelaki itu.


"Kenapa kau ada dekat sini? Kau nak apa lagi?! Kau nak hancurkan hati Hannah ke?!! Kau nak apa lagi dari dia?"Adam tersenyum senget dan melepaskan tangan Zafril dari bajunya.

Darah yang mengalir keluar dari mulutnya dilap. Adam masih lagi tersenyum.

"Aku datang sebab aku nak ambil balik cinta aku, hidup aku tak sempurna tanpa dia. Tanpa gelak tawa dia, tanpa membebel dia, tanpa manja dia dan dengan telatah dia, hidup aku tak sempurna tanpa tu" adam terus duduk tersandang

"Aku cakap benda ni, sebab aku dah cuba hidup tanpa dia until seminggu tapi tak sampai seminggu pun walaupun sehari sekali pun, aku rase sunyi sangat tanpa dia"Adam memegang dadanya dengan air mata lelaki yang mengalir

"And now, aku perlukan dia dan aku tahu dia perlukan aku juga tapi dia tu degil, ego tinggi dan tak suka tunjuk lemah depan orang. Zafril, terima kasih sebab tolong jagakan dia masa aku tak ada. Terima kasih sebab.. masih lagi sukakan dia dengan ikhlas. Tapi tolong aku untuk tawan hati dia balik. Aku menyesal sangat Zafril, aku menyesal. Tolong aku"

Zafril pun duduk disebelah Adam dan tersenyum lebar.

"Aku akan buat apa sahaja yang dapat membahagiakan dia. Sebab aku kawan dia"

"Adam, janji dengan aku yang kau akan jaga dia sebaik mungkin"Adam tersenyum. Adam berjalan masuk ke bilik Nurul.

Kelihatan Nurul masih tidak sedarkan diri, muka nya pucat dan matanya sembab. Doktor tadi memberitahunya bahawa Nurul terlalu stress dan tekanan darahnya juga rendah. Ini akan membahayakan nyawa Nurul dan juga bayinya yang masih lagi didalam kandungan

"Ini semua salah aku, kalau dulu lagi aku tak ikutkan perasaan aku mesti tak jadi macam ni"Adam memegang tangan Nurul dengan erat dan mencium lembut.

"Hannah, maafkan adam. Maafkan kebodohan Adam, maaf sebab Adam tak dapat jadi suami sempurna untuk Hannah. Maaf atas segala-galanya. Tolong bagi Adam peluang terakhir. Adam janji yang Adam takkan sia-siakan. Adam sangat memerlukan Hannah sayang. Adam betul-betul cintakan Hannah setulus dan seikhlas hati Adam. Adam bersumpah yang Adam betul-betul cintakan Hannah"

"Bagilah Adam peluang terakhir untuk jadi suami yang terbaik untuk Hannah dan ayah yang terbaik untuk anak kita. Adam tak boleh hidup tanpa Hannah, hidup Adam terasa kosong tanpa Hannah. Tolonglah Hannah "Nurul menggenggam erat tangan Adam dengan suara yang lemah, Nurul memanggil Adam.

"Adam mintak maaf. Adam janji kali Adam akan jadi suami yang terbaik untuk Hannah dan ayah yang terbaik untuk anak kita"kata Adam sambil memeluk Nurul dengan erat.

Adam mengusap pipi lembut Nurul dan mengucupnya lembut. Nurul tersenyum lebar dan memandang ke anak mata adam mencari keikhlasannya dan mencari kebenaran atas kata-katanya tadi. Mulutnya ingin mengatakan benci kepada Adam tetapi hati terlalu rapuh apabila terdengar rayuannya tadi. Tidakkah ia menjatuhkan maruahnya sebagai lelaki kerana merayu kepada perempuan? Mengapa Adam membiarkan maruahnya begitu dan merayu sebegitu kepadanya?

Secara jujur, memang susah Nurul ingin memaafkan perbuatan Adam terhadap dirinya. Tetapi, Nurul juga tidak mahu anak yang bakal dilahirnya tidak mendapat kasih sayang seorang ayah. Nurul terlalu sayangkan Adam. Ya itulah yang sebenarnya.

Adam tersenyum dan bersyukur kerana doanya telah dikabulkan untuk mendapatkan cinta hatinya semula. Dia telah berjanji bahawa dia tidak akan mensia-siakan peluang ini.

Zafril tersenyum melihat senyuman nurul kembali dari cermin pintu hospital itu. Ya,tiada lagi senyuman palsu yang akan dibuat olehnya. Itulah senyuman yang sangat manis baginya.

"Aku akan sentiasa doakan kebaikan kau Hannah. Aku akan sentiasa jadi kawan baik kau" monolog Zafril.




#bersambung......

Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔Where stories live. Discover now