Adam memandang nurul pelik, bukan sebab apa. Tapi sebab nampak perut nurul itu besar lagi dari tuan punya badan.
" adam, kenapa awak pandang saya macam tu?"
"Tak adalah cuma terfikir. Berat tak awak bawak badan awak tu"
Nurul memukul lembut bahu Adam. Adam tergelak kecil. Kemudian, adam menundukkan dirinya sedikit
" baby, tengok mummy awak ni. Dia pukul daddy, tapi pelik tak sakit macam dulu"
Nurul tersenyum senget dan kemudian tergelak kecil. Tidak sabar untuk balik ke tanah air.
Seminggu kemudian
"Mana mama dengan papa ni, kata nak ambil kita dekat airport?"kata adam
"Awak ni cuba sabar, saya tahulah awak rindukan mama dengan papa kan" nurul tergelak kecil. Pipi adam kemerahan.
" arghhh.." darah mengalir keluar. Air ketumban telah pecah.
Adam kemudian bergegas mendukung Nurul yang menahan sakit untuk bersalin.
Di hospital
Adam menemani Nurul, begitu kuat seorang perempuan bertarung nyawa. Adam memegang tangan nurul. Berharap dapat memberinya kekuatan.
"Uekk..eukk" bunyi tangisan bayi
Adam tersenyum dan bersyukur pada Ilahi, nurse membawa bayi itu ke Nurul.
"Tahniah awak dah jadi seorang ibu" Nurul mendukung kedua bayi nya. Kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Air mata Nurul mengalir. Nurul mengucup lembut kedua bayi nya.
"Adam"
" Nama anak lelaki, Muhammad Aryan Idham dan anak perempuan, Nur Ainul Mardhiah. Ini nama-nama yang kita fikirkan dulu"
"Janji dengan saya, Adam. Yang awak akan jaga anak-anak kita dengan penuh kasih sayang"Air mata Nurul mengalir.
"Apa yang awak cakap ni, kita kan dah janji yang kita akan besarkan dorang sama-sama"
Nurul tersenyum lemah.
#bersambung...
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
RomanceADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...