Seminggu selepas itu ,
Pada hari pertunangannya , Nurul hanya duduk di bilik kakak sulung nya iaitu Azyra untuk menunggu sesi sarung cincin bagai . Nurul hanya berpakaian kurung moden yang berwarna peach yang telah ditempah oleh ibunya secara senyap - senyap tanpa pengetahuan Nurul ." dah nak jadi tunang orang dah " keluh hati Nurul sambil memegang sekeping gamba
Tukk ! Tukk ! tukk !
Nurul terus memasukkan gambar yang dipegang tadi ke dalam poket baju kurung nya itu . Kelihatan seorang perempuan dan ibunya bersama yang lain datang membawa dulang sambil melangkah menuju ke arah Nurul . " Hannah , cantiknya bakal menantu mama ni " ujar perempuan itu sambil menyarungkan cincin permata ke jari nurul . ' ohh , ini rupanya bakal mentua aku ' bisik Nurul dan terus menyalam dengan bakal mentuanya itu ..
Sesi tangkap gambar bersama ahli keluarga dan bakal mentua Nurul . mata Nurul melilau mencari kelibat siapakah gerangan lelaki yang bakal menjadi Suami nurul ? ' mana mamat ni ? aku nak tengok handsome ke tak ? Kalau tak handsome patah selera aku ' bisik Nurul dengan gurauan agar menenangkan hati nya yang tengah sakit itu .
Selesai sesi pertunangan tersebut , masing - masing pulang ke rumah . Dan nurul terus melangkah masuk ke biliknya . " oii gemok ! Hannah nak tengok tak ? Gambar tadi tu ? " tanya kakaknya . " err , taknaklah . hannah letihlah " balas Nurul . " gedik lah Hannah ni " gurau kakaknya . Tetapi Hannah sengaja mengabaikan gurauan kakaknya itu . 'aikk , pelik aku balik ni . dia takde pulak nak sambut aku . pastu aku ejek dia pun dia buat don't know je . urmm , selalunya melawan balik ' desis hati kakaknya itu .
***************
" Adam ! Adam ! Sini turun bawah " jerit ayahnya Dato' Faisal . " ape papa ? Adam nak layan coc pun takleyh . " balas adam sambil menuruni anak tangga . " ni tengok gambar tunang kamu ni . awak , bagi kat adam camera tu " kata Dato' Faisal sambil mengarahkan isteri nya agar memberikan camera yang berisi gambar tunang adam kepada nya . " err , taknak lah adam tengok pa .. Malas lah " balas Adam sambil matanya fokus kepada iPhone 6plus miliknya itu .
" taknak tengok sudah , tunang awak cantik sangat . setahu mama lah kan , tunang awak tu keturunan cina . pinggang cantik , potongan badan dia pun cantik " sampuk ibunya Datin Fatimah . Adam hanya mendiamkan diri , dan tidak menghiraukan mama nya itu ' eleh , nak kene kan orang lah tu . ' bisik adam . " biarlah awak , orang cakap tunang dia tu cantik taknak percaya . lantak dia lah . " kata Dato' Faisal sambil berlalu pergi dari ruang tamu . " mama letak camera ni kat sinilah , jangan curi - curi tengok pulak " sindir Datin Fatimah .
Adam menoleh mencari kelibat ibu bapa nya . ' aihh , betul ke dia cantik ? Aduhh .. aku nak tengok lah ' bisik adam . ' takpayahlah , mama ngan papa mesti menipu ' yang cuba pujuk hatinya . Adam terus mengambil kamera itu , Dan membuka untuk melihat gambar - gambar didalamnya itu . ' sebab mama ngan papa tipu lah , aku nak tengok gamba ni ' menolog adam sendirian .
Setelah membuka , biji mata adam membulat . " masya allah , cantiknya " kata adam separuh jerit . ' tapi muka dia macam pernah nampak , tapi dimana ehh ? ' tanya adam sendiri . setelah membelek - belek setiap gambar , terdapat sekeping kertas jatuh . Adam mengambil nya , kertas itu tertulis " Nurul Hannah = 011-23456789 " . ' mesti no tunang aku ni , yahoo ! ' bisik hati adam . Tunang ? Omg ! Adam dah mengaku Nurul tunang adam ? .adam meletakkan kamera itu ditempat asal nya tadi , adam melangkah kebilik sambil tersenyum lebar .
" wait for me sayang " bisik adam sambil ketawa jahat .
Bersambung ....
#heeeee ... Vote and Comment anda amat dialu - alukan ;)
Love you guys . muahh
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
RomanceADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...