BAB : 42

6.4K 179 5
                                    

Keesokkan harinya ,

Nurul berjalan ke dapur sambil menyediakan sarapan untuk adam . Harini kelas nurul dan Adam berasingan . Adam pagi dan nurul tengahari . Selasai menyediakan sarapan nurul terus pergi ke bilik untuk mengejutkan Adam

" awakk .. awak " kejut nurul lembut .

" awak bangun , nanti awak lambat pergi kelas . bangun cepat " kejut nurul lagi

" ishhh ! Takpayah kacau aku lah ! Aku nak tido pun susah . berambuslah ! " tengking Adam kepada nurul .

" awak kene bangun pegi kelas , lain kali balik awal . jangan balik lambat . kan susah nak bangun dah " pujuk nurul .

" kau tak dengar ke ?! Aku cakap berambus tu berambuslah !! aku nak tido ! Kau pergi sekarang !! "Tengking Adam lagi , kini suaranya lebih tinggi dari tadi . nurul tersenyum kelat dan segera keluar dari bilik itu .

" kan bagus , tenang siket aku nak tidur . ini tak menyusahkan orang je " kata Adam sambil menyambung tidurnya semula .

Ting tong ..

Nurul yang sedang termenung terus pergi ke pintu apabila mendengar bunyi loceng .

Terlihat seorang lelaki berpakaian serba hitam , memakai kaca mata bernama RayBan original dengan menaiki kereta Ferrari berwarna hitam . Lelaki itu memandang nurul sambil menjelingkan sepucuk surat berwarna putih dengan isinya yang agak tebal . Lelaki itu berjalan dengan bergaya serta yakin tanpa merasakan takut identitinya terbongkar .

' smartlah lelaki ini ' bisik nurul yang langsung tidak merasakan gentar malah masih memuji penampilan lelaki itu .

Nurul berjalan menuju ke pagar untuk mengambil surat itu , setelah mengambilnya . Serta - merta , lelaki itu pergi meninggalkan perkarangan rumah nurul . Nurul membelek dan menelitinya dek kerana curiga akan surat itu . Mana alamat pengirim ? Siapa yang menghantar surat ini ? dan surat ini untuk siapa ?

Nurul terus membuka surat yang curiga itu tanpa teragak - agak walaupun sedikit . Terbuntang mata nurul apabila melihat isi surat itu . Berkecai hatinya seperti tak menyangka itulah isi surat ini . Terduduk nurul diatas rumput - rumput dek kerana terkejut serta - merta lututnya terus hilang segala tenaga . Bersepah gambar - gambar yang dipegang oleh nurul , nurul terus terdiam seribu bahasa tanpa sedikit mengeluarkan air mutiara nya

Nurul berasa sungguh berbelah bahagi , perlukah dia menangis kerana Adam ? atau marah atas perbuatannya ? nurul terdiam dan hanya melihat suatu gambar yang 'mereka' langsung tidak berpakaian . Dalam gambar itu , adam juga tersenyum serta memandang perempuan itu seperti orang yang dia sayangi . Gambar saling bercumbuan dan perbuatannya juga bersama wanita itu .


Nurul segera mengambil kesemua gambar itu dan menyimpannya dengan kemas . nurul terus mengeluarkan handphone miliknya dan terus menaip laju . Ntahlah mungkin nanti akan ada typo atau mungkin ia akan dihantar lengkap .


*****

Nurul berjalan masuk ke dalam bilik kuliah sambil tersenyum manis . nurul berjalan terus ke tempat duduk untuk duduk berseorangan , tidak dengan ain mahupun zafril . Sebelum kelas dimulakan , nurul sempat memasang camera tujuan untuk merekod segala yang dipelajarinya harini . Risau kerana pelajaran yang diajar harini akan tidak masuk ke dalam otaknya

Nurul hanya termenung sendirian , seperti duduk didunia sendiri langsung tidak mengendahkan orang lain . Hanya duduk termenung seorang diri dan sendiri .Otaknya pula sedang memikirkan suatu diluar kelasnya harini . langsung tidak sedikit pun memberi perhatian hanya terus berfikir dan memikirkan itu .


Selepas kelas tamat , nurul bergegas pergi ke cafe yang berdekatan dengan universiti nya itu. 


" sorry lambat " kata nurul sambil mengambil tempat dihadapan khairil


" takpe , nak bincang ape ? Macam penting sangat je Hannah ? " kata khairil . nurul mengeluarkan sampul surat lalu memberikannya kepada khairil dengan wajah yang pucat lesu


Bukan ingin membuka aib suaminya , tetapi ingin mengetahui perkara sebenar . khairil yang melihat isi kandungan surat itu terus meletakkannya di atas meja .


" dia ni dah melampau ! " dengus khairil .

" boleh khairil cerita semua sejarah silam Adam ? siapa perempuan tu ? " kata nurul sambil menelan air liur .


" perempuan adel yang haritu nurul jumpa kat majlis reunion . Adel bekas kekasih Adam " khairil menceritakan segalanya tentang Adam kepada nurul . nurul hanya mendengarnya dengan teliti tanpa sedikit pun ingin menyampuk percakapan khairil .


" tak sangka dia boleh buat Hannah macam ni . sedangkan dia selalu cakap dengan khairil yang dia cintakan Hannah dan dia sampai berjanji sumpah bagai nak jaga Hannah sebaik mungkin " nurul tersenyum kelat dan menggeleng lemah .


" Hannah , are you okay ? kenapa pucat semacam ni ? " Tanya khairil apabila melihat muka nurul seperti menahan sakit . Risau terjadi apa - apa padanya . yela , sekarang dia sedang menghadapi masalah yang besar dan tidak mempunyai keluarganya disisi . Jadi , khairil sudah menganggapnya seperti adik kandungnya sendiri .


" Hannah okayy , cuma pening siket sejak pagi tadi " kata nurul lembut

" habis tu dah pegi klinik belum ? "Nurul hanya menggeleng lembut sambil tersenyum manis

" saya nak pergi tandas kejap " nurul terus bangun dan ......




#bersambung.....

Hayatilah ~~~~~~






Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔Where stories live. Discover now