Di Jordan,
" Mane PA aku ni? Papa cakap nanti PA aku yang amik. Aduh, lambatnya. Aku ni dah lah tengah lapar"
"Menyesal tak makan dalam flight tadi"Nurul hanya membuat muka. Dah lah lapar, pastu PA aku pulak lambat. Alahai nasib.
"Maaf Puan Hannah, saya lambat"
'dah tahu lambat, aihh pandai pulak mat salleh ni speaking Bahasa Melayu. Ni nak kene marah ni' bisik hati Nurul tanpa menoleh memandang PA
'lets show them, how scary you are.' Nurul mengangguk dan bangun
"Sape suruh awak lam....." Belum sempat Nurul menghabiskan kata-katanya. Nurul terus terkedu melihat PA nya. Terkebil-kebil mata Nurul memandang wajah PA nya, untuk memastikan betulkah apa yang dia lihat sekarang ini
"Zafril?! Apa yang awak buat kat sini?"
"Maaf, tak sengaja termarah awak pulak. Saya fikir awak PA saya"Nurul meluku kepalanya.
'lain kali nak marah pun, pandanglah dulu. Kan, dah tersalah orang'bisik nurul
"Sayalah PA awak"balas Zafril. Terus membulat mata Nurul apabila mendengar balasan Zafril sebentar tadi.
"Haha, lawaklah awak ni Zafril. Hahaha"kata Nurul diiringi ketawa yang dibuat-buat.
"Nope, I'm serious. Saya akan explain tapi bukan sekarang. Sekarang ni, saya nak bawak awak pergi makan. Then, saya akan tunjukkan apa yang perlu awak buat dekat sini"
"And no more alasan faham?"Zafril segera membawa beg nurul dan membawanya pergi. Nurul yang berada di situ hanya terkaku.
"Jap, sekarang ni siapa yang boss? Aku atau dia?"kata Nurul sambil menunjuk kearah Zafril.
"Tunggu apa lagi tu, saya dah cakapkan kita kene cepat. Nanti saya akan call Dato Faisal, yang menantu dia ni curi tulang"Nurul segera melangkah laju untuk segera mengejar Zafril.
'Ceh, nak mengadu dengan papa lak'nurul hanya memuncungkan mulutnya menandakan dia tidak puas hati.
"Hey, awak tu jalan cepat siket. Kita takde masa ni, kene cepat. Kalau tak saya potong gaji awak!"kata nurul.
'kene perli pulak, alahai aku tegas sangat ke?'bisik Zafril sambil membetulkan rambutnya.
***
Khairil hanya melihat Adam yang sedang tidur diatas sofa. Gerun benar apabila terlihat Adam seperti hilang arah semasa Khairil pergi mengambil Adam. Tidak pernah seumur hidupnya melihat melihat adam sebegini rupa.
Khairil terus bergegas pergi untuk mendapatkan Adam apabila adam menelefonnya. Sepanjang perbualan mereka Adam asyik mengatakan bahawa dia sungguh menyesal atas perbuatannya terhadap hannah. Semua perbualannya tentang Hannah, dia juga mengatakan dia tidak layak lagi untuk hidup. Dalam perbualannya itu, Khairil juga mendengar tangisan Adam. Tetapi apabila ditanya Adam hanya menidakkan. Yang membuatkan Khairil pergi mengambil Adam, apabila Khairil terdengar bunyi jeritan Adam seperti orang hilang waras.
Apabila sampai disana, Khairil benar-benar terkejut melihat Adam. Rupanya dengan tangannya luka-luka. Darah yang mengalir ditangannya, hanya dibiarkan sahaja. Benar, Adam kelihatan seperti orang gila. Mungkin kalau dia lambat dalam beberapa minit lagi, Adam mungkin akan mati kerana dia banyak kehilangan darah.
"Aku kat mana ni?"kata Adam setelah sedar dari tidurnya. Adam melihat tangannya yang berbalut. Sekarang baru dia ingat apa yang dia telah lakukan, nasi sudah menjadi bubur. Menyesal sekarang pun dah tak berguna.
"Kau ni asal? Sampai cederakan diri sendiri? Kau ni tadi aku tengok dah macam orang gila tahu tak"ujar Khairil yang berada disebelahmya
"Benda ni semua, kesakitan ni tak dapat dibandingkan dengan kesakitan yang Hannah rase. Aku memang layak untuk semua ni" Adam kelihatan sayu. Dia masih lagi tidak menerima kenyataan ini bahawa Nurul telah pergi jauh meninggalkan dirinya.
"Kau tak try pujuk dia?"
"Aku dah try pujuk dia, merayu kat dia. Tapi hati dia dah berubah, hati dia tak selembut dulu. Sekarang apa yang dia decide itulah yang akan dia buat dan dia nak aku ceraikan dia selepas dia lahirkan anak aku"
"So ceraikan jelah dia, kau tak layak untuk dia. Lepas apa yang kau buat dekat dia, tak mungkin dia akan maafkan kau dengan senang. Selama ni dia banyak bagi kau peluang tapi kau buat ape? Kau hina dia lagi adalah!"
" Kau tu suami dia sepatutnya kau sentiasa ada disisi dia. Bagi dia layanan yang baik, tapi kau! Kau layan dia macam perempuan murahan! Kau tak pernah fikir pun perasaan dia time tu. Apa yang kau fikir, kau sibuk dengan kau punya dendam tu! Kau ceraikan jelah dia. Aku dah sanggup tengok dia menangis lagi" ujar Khairil dengan nada mendatar
" Aku tahu semua salah aku, aku tahu dulu aku seksa dia. Tapi aku tak sanggup nak lepaskan dia. Aku sayangkan dia. Aku tak dapat bayangkan kalau aku lepaskan dia pergi. Aku rasa macam aku akan kehilangan separuh nyawa aku. Tolonglah aku khairil. Maafkan aku" rayu Adam. Khairil hanya tersenyum sinis. Adam melutut dan merayu
" Kau pahal sampai melutut ni! Kau bangun sekarang! Kau fikir aku akan termakan dengan drama kau!"
" Aku takkan bangun selagi kau taknak maafkan aku dan tolong aku"Khairil menarik Adam bangun secara kasar.
"Aku takkan pernah lupa apa kau buat dekat dia, kau fikir senang-senang aku nak maafkan kau?"kata Khairil sambil tangannya mengepal penumbuk. Khairil terus menumbuk Adam berkali-kali sehingga Adam menjadi lemah.
Hukk hukk
" Tolonglah khairil, aku mintak maaf"muka Adam lebam dengan bibirnya berdarah. Khairil memandang tepat anak mata Adam, mencari keikhlasan di matanya.
Khairil melepaskan cengkamannya di kolar baju Adam. Adam bangun dengan lemah, rupanya lebam dan bibirnya berdarah akibat dibelasah oleh Khairil.
"Okayy, aku maafkan kau dan aku akan tolong kau tapi sebelum tu kau pergi mandi tu semua, buat apa yang perlu. Aku nak balik kejap"
"And sorry sebab aku tumbuk kau, sebenarnye aku saje je berlakon nak bagi kau tu betul-betul insaf"jerit Khairil setelah berada di depan pintu. Adam tersengih, tak sangka kawan dia ni pandai berlakon. Tapi kalau nak berlakon pun janganlah tumbuk aku sampai ni. Rupa pun dah tak ada, dah macam alien pun ada.
"Demi Hannah, aku sanggup buat apa sahaja. Biar hilang rupa aku pun takpa. Tapi kalau rupa aku hilang, nanti dia tak cam lah aku"monolog adam
#bersambung....
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
RomanceADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...