Tukk .. Tukk ... Tukk
Adam dan nurul pun masuk ke dalam bilik pengetua untuk menyelesaikan masalah mereka .
" assalamualaikum , cikgu ! " sapa nurul dengan slumber dan terus duduk di kerusi yang telah disediakan
" wahhh , makin gemuk betul cikgu ni lepas cuti sekolah kan ? Mesti isteri cikgu masak sedap sangat " ujar nurul . adam yang berada disebelah nurul terkejut dengan tindakan nurul itu . yela , takut pengetua tersinggung abis kang . adam dengan segera menerkup mulut nurul dari bercakap lagi .
'Jaga adab awak tu siket ' bisik adam kepada nurul . pengetua tersebut hanya ketawa melihat telatah dia pasangan muda dihadapan nya ini .
" ehh , korang ni dah duduk diam- diam . adam , it's okay . hannah memang macam tu . dia ni sekarang memainkan peranan penting . Dan dia juga merupakan anak murid kesayangan saya dan saya pun dah anggap dia macam anak saya sendiri" kata pengetua itu yang bernama Encik Harraz . Encik Harraz hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Harris Iqbal , tapi dia juga teringin mempunyai anak perempuan yang lincah seperti jadi Encik Harraz sudah menganggap Nurul Hannah sebagai anaknya sendiri .
" Hannah , kamu jangan rosakkan sekolah pulak tahun ni . cikgu harapkan kamu untuk tahun ni " kata Encik Harraz kepada nurul . namun , nurul hanya membuat muka walaupun hakikatnya dia terpaksa menerimanya dengan hati yang terbula
Adam yang melihat nurul seperti itu , dengan cepat menyiku nurul agar memberi sedikit response . namun , nurul hanya membuat taktahu dengan tindakan adam . " cikgu , saya harap cikgu dapat sembunyikan status hannah di sekolah Dan menjaga dia disekolah " kata adam dengan harapan yang tinggi .
" baiklah . saya berjanji saya akan sembunyikan benda ni dari semua cikgu " balas Encik Harraz dengan tersenyum manis .
" terima kasih banyak - banyak cikgu " balas adam dengan ucapan syukur . nurul hanya mampu melihat tanpa berbicara apa - apa . namun , nurul mengambil tindakan untuk bersuara " saya nak pergi dulu , kalau dah takde pape " kata nurul sambil berlalu untuk pergi .
"terima kasih sekali lagi cikgu , kami pergi dulu" kata adam dengan penuh sopan . Adam mengekori nurul dari belakang dan menarik tangan nurul . " awak lupa sesuatu iaitu kewajiban awak sebagai seorang isteri "kata adam dengan memandang tepat pada anak mata nurul .
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
RomanceADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...