Perut makin lama makin besar, hanya tunggu masa sahaja untuk Nurul bersalin. Jantina masih lagi rahsia.
"Hannah, perut awak kenapa besar sangat? Awak tak terjatuh ke depan ke? Yela, perut awak lagi besar dari tuannya"
Nurul meluku lembut kepala suaminya. Senyuman manis terukir di bibirnya
"Adam, kalau saya dah tak ada nanti. Jaga anak kita elok - elok ye. Jaga dia bagaimana awak sayangkan saya. Jaga dia sebaik mungkin kalau saya tak ada nanti. Cerita kan tentang saya pada anak kita. Tapi bukan yang buruk-buruk tau .! Hehehe"
"Ingat ye, saya tetap sayangkan awak adam. Terima kasih sebab terima saya. Terima kekurangan saya. Terima kasih kerana sayangkan saya lagi. Terima kasih" Nurul memeluk lembut adam, kepalanya diletakkan di dada bidang milik suami nya.
Degupan jantung Adam dapat didengari oleh Nurul dengan jelas.
"Jangan cakap bukan-bukan please, awak kene ada jaga anak kita sama-sama. Nanti kita sama-sama cerita tentang kita dekat anak kita. Kita sama-sama sayangkan anak. Tanpa awak, hidup saya tak lengkap sayang"
Adam mengucup lembut dahi Nurul dan memeluk erat. Sesungguhnya dia amat takut kehilangan Nurul, Nurul sekarang hanya menunggu masa sahaja untuk bersalin.
"Mari masuk dalam, kat sini sejuk tak elok untuk kesihatan awak dengan baby. Esok kita nak balik Malaysia dah. So, awak masuk dalam rehat. Biar saya yang packing barang-barang"
Nurul tersenyum lembut. Bahagia . Terima kasih Ya Allah kerana telah mengembalikan suami ku. Terima kasih kerana memberiku merasai kenikmata bahagia. Selepas segala keperitan yang aku lalui ini. Sesungguhnya, aku sangat berterima kasih kepada mu.
Monolog Nurul lembut.
#bersambung
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
RomanceADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...