BAB:51

7K 192 2
                                    

Setelah bangun dan bersiap, Nurul turun dan pergi ke ruang tamu untuk menikmati udara segar sebelum berangkat ke Jordan. Nurul duduk di pondok, memandang air kolam yang begitu tenang. Secara tidak sengaja, terimbas kembali kenangan - kenangannya bersama Adam. Nurul tersenyum kelat dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Hannah, kenapa duduk dekat sini sorang-sorang?" Sapa mama. Datin Fatimah terus duduk melabuhkan punggungnya disebelah Nurul. Nurul terus memeluk ibu mertuanya dengan erat

"Mama, Hannah sayangkan mama. Terima kasih sebab sayangkan Hannah macam anak mama sendiri. Mama doakan Hannah dekat sana ye? " Kata nurul.

"Hannah, mama akan selalu ada untuk awak sayang, walaupun mama bukanlah sebaik mak Hannah"

"Hannah, tak boleh ke Hannah bagi Adam peluang?" Nurul hanya mendiamkan dirinya.

"Mama takkan paksa kamu sayang. Keputusan terletak di tangan kamu. Tapi jaga cucu mama ni elok-elok"

"Maafkan Hannah, Hannah tetap akan pergi Jordan. Mama jangan risau, kat sana Papa dah tetapkan assistant dengan doktor personal  untuk Hannah. Semuanya akan okay."

"Dah, jom masuk lepastu makan. Nanti lambat pulak Hannah nak pergi airport. " Hannah mengangguk dan mengikut langkah ibu mertuanya.

****

Sewaktu sarapan,

"Adam, Papa nak kamu hantar Hannah ke airport. Takde alasan!"

" Ehh, takpalah pa. Adam mesti busy, Hannah naik dengan...."belum sempat Nurul menghabiskan katanya,terus dipotong oleh Papa

" No alasan Hannah. Naik dengan Adam. Fullstop. " Nak atau taknak terpaksalah Nurul akur.

Setelah selesai sarapan, Nurul melihat tubuhnya dihadapan cermin.

" Emmm, tak nampak pun perut macam orang mengandung dalam cerita tu." Nurul membelek-belek badannya. Adam yang melihat telatah Nurul itu hanya ketawa. Siap amik bantal letak dalam baju tu! Hahahahahahahaha.

Ehem.. ehem..

Terkejut Nurul dibuatnya,

" Sudah-sudah lah tu, nantikan terlepas flight pulak"pergi adam. Kemudian Adam melangkah kembali

" Kalau nak merasa perut besar macam orang dalm tv tu. Janganlah sampai masukkan bantal dalam baju tu." Kata Adam. Nurul hanya menahan malunya. Terus menarik keluar bantalnya dari baju.

*****

"Awak bolehlah pergi, takpayah susah-susah nak tunggu saya. Lagipun, awak mesti....."

"Tak, saya tak busy. Come on Hannah. Takkan awak tak boleh maafkan saya? Saya tahu awak sayangkan saya dan awak mesti tahu saya tetap sayangkan awak"

"Walaupun lepas apa yang terjadi? Lepas apa yang awak cakap kat saya? Saya tak layak untuk awak adam. Macam yang awak cakap saya ni perempuan murahan kan? Sudahlah. Lepas saya bersalin, saya nak awak ceraikan saya." Kata nurul menahan sebak. Nurul melihat jam tangannya, jarum telah menunjukkan jam 10pagi. Sudah sampai waktu untuk Nurul pergi.

Nurul beredar untuk pergi, Adam terus menarik kuat dan memeluk Nurul dengan erat.

" Please give me another chance. Jangan tinggalkan saya. Please " sayu kata-kata Adam ditelinga nurul.

Nurul menolak tubuh Adam dengan kuat.

" No, berapa banyak dulu saya bagi awak peluang? Tapi awak abaikan, awak lukakan hati saya. Awak layan saya macam say ni cuma permainan bagi awak. Jangan awak tunjukkan muka awak lagi kat depan saya! Saya bencikan awak dan akan membencikan awak sampai bila-bila " terus sahaja Nurul beredar dari situ Dan segera bergegas pergi.

Adam hanya terdiam dan terkaku, tidak pernah dia melihat Nurul berkata begitu. Matanya menunjukkan bahawa apa yang dikatakannya sebentar tadi bukanlah suatu gurauan. Adam hanya beredar dari situ dengan wajah yang hampa serta matanya yang kemerahan menahan air matanya.

" Aku akan kehilangan Nurul buat selama-lamanya ke? Takde harapan ke untuk dia kembali kepada aku?" Bisik hati Adam.

***

"Maafkan mama sayang, mama bukan nak pisahkan kamu dengan papa kamu. Tapi mama perlukan masa, mama janji dengan kamu walaupun papa tak ada disamping mama untuk membesarkan kamu. Mama akan jaga kamu sebaik mungkin sebab kamu lah cinta hati mama" kata nurul sambil mengusap perutnya. Air matanya gugur menangis dan terus menangis. Ya, aku menangis sepuas-puasnya kerana inilah air mata yang terakhir untuk Adam. Kerana selepas ini aku akan memulakan kehidupan yang baharu.

Adam berhenti di puncak gunung dimana tempat yang dia sering menenangkan hatinya. Dia berdiri

" Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh! " Jerit Adam melepaskan segala perit dihatinya. Adam jatuh tersungkur, lututnya tiada lagi daya selepas apa yang berlaku di airport. Dia bersandar di tayar kereta, dan melepaskan segala yang terbuku di hatinya dengan menjerit sekuat-kuat hatinya

Kini orang yang dia cintai telah jauh pergi meninggalkan dirinya. Air mata lelaki nya jatuh kerana seorang insan dan kerana kebodohannya dulu.

"Adakah ini pengakhirannya? Hannah akan pergi meninggalkan Adam buat selama-lamanya?"

#bersambung




Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔Where stories live. Discover now