2tahun kemudian
"Daddy, boleh tak Aryan dengan Ainul bermain dekat tepi pantai"
"Hah, pergilah tapi hati-hati ye. Aryan jaga adik tau" adam mengusap lembut rambut Aryan dan Ainul.
Rupa Aryan kelihatan seperti ibunya, Ainul pula kelihatan seperti ayahnya.
Aryan dan Ainul berlari anak. Adam duduk di buaian memerhatikan Aryan dan Ainul.
"Nah, air kegemaran awak" ujar seorang perempuan yang sedang sarat mengandung.
"Awak, kan saya dah kata jangan buat kerja-kerja berat"
"Tak, ini kerja ringan je. Buat air untuk suami kan"
"Nurul Hannah, awak ni memang degil kan?"
Nurul tergelak kecil, Nurul memeluk lengan sasa Adam.
"Awak tahu tak? Saya ada cinta pertama tau. Time tu kan, waktu saya kecil-kecil saya pernah gaduh dengan budak lelaki ni. Saya geram sangat time tu, dia tarik rambut saya. Saya pun pukul lah dia" adam tergelak kecil.
" tapi dia tak pukul saya,dia usap kepala saya. Saya terkedu tau. Lepastu, dia balik. Tapi dia tertinggal gambar dia dan tu kali terakhir saya jumpa dia"
Adam tergelak kecil. Nurul memandang pelik.
"Awak nak tahu satu rahsia tak?"
"Sebenarnya, cinta pertama awak tu dah selalu ada dengan awak"
"Apa maksud awak?" Tanya Nurul
"Saya haritu pernah ternampak awak simpan gambar saya masa saya kecil. Bila awak cakap macam tu, tak sangka saya orang yang awak cinta tu" adam tergelak besar
"Memang betullah" Nurul geram dengan Adam
Nurul bangun dari tempat duduknya. Kemudian, membisikkan sesuatu di telinga adam.
"Benci, suka sayang kau"
Bermula dari perasaan benci, kemudian ke suka dan akhir sekali, sayang.
Aryan dan Ainul memanggil-manggil adam.
Nurul tergelak kecil, Adam datang kemudian memeluk Nurul dari belakang. Aryan dan Ainul menangis.
Nurul mendukung Aryan, dan Adam mendukung Ainul. Segala air mata dan kesakitan yang dialami oleh Nurul, kini dibalas dengan kebahagiaan.
-T A M A T-
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
RomanceADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...