Keesokkan harinya, muka Nurul hanya pucat lesu mungkin kerana mimpi ngeri. Yes, memang ramai staff bertanya kenapa ni, itulah inilah and Nurul hanya tersenyum sahaja. Tidak tahu ingin membalas apa.
Di dalam pejabat, terlalu banyak dokumen yang perlu diselesaikan even ini first day Nurul masuk kerja tidak bermakna dia akan bermalas-malasan. Dokumen dibukak dan Nurul meneliti satu persatu, baginya kerja it perlu dilengkapkan secepat mungkin dan disiapkan sebaik-baiknya.
Sebaik sahaja, kerjanya selesai Nurul mengeluh lembut dan mengurut bahunya.
"Agaknya sudah berapa lama, aku duduk dalam office?"
Nurul memusingkan kerusinya dan terkejut melihat Zafril yang berada di sofa sambil memandangnya. Nurul terus menjeling tajam ke arahnya.
"Tak ada adab ke? Kenapa masuk bilik saya tak ketuk dulu? Tak nampak ke saya tengah busy ni?"marah Nurul
" Dari tadi saya ketuk pintu tu macam nak pecah dah, tapi buat taktahu je. Saya taktahu pulak kalau boss ni ada masalah pendengaran"
'giler ah dia ni, suke hati je cakap aku ada masalah pendengaran. Potong gaji kang baru tahu!. Berani ye melawan bos' kata Nurul didalam hati
" Yeke ketuk? Maaf tak perasan pulak"
"Itulah fokus sangat buat kerja tu sampai orang masuk pun tak dengar"Nurul memandang Zafril tajam. Naik berang Nurul dengan Zafril ni, entah kenapa dia rasa emosinya seolah-olah tidak baik ketika itu. Asyik nak marah sahaja.
"Apa yang awak nak Zafril?????"kata Nurul sambil mengurut kepalanya yang sedikit pening.
"Pukul 3 boss ada kelas, pukul 4 boss ada mesyuarat dengan semua staff dekat sini"
"Okay kejap, sekarang kita ubah setiap kali mesyuarat yang akan diadakan mesti selepas pukul 5. Saya taknak ada satu pun mesyuarat yang diadakan dalam waktu pukul 4 hingga 5. Faham? Tolong selesaikan benda ni as soon as possible"
"Tapi benda ni perlukan persetujuan orang atasan boss sebabnya..."
" I don't care! Just do it" potong Nurul. Zafril mengangguk dan terus berlalu keluar untuk mengubah jadual-jadual Serta memberitahu semua staff tentang perubahan waktu-waktu mesyuarat nanti.
Kepala Nurul terasa berpinar-pinar, pandangannya semakin kabur. Badannya semakin lemah.
" Aduh, kenapa pulak dengan aku ni? Aku tak cukup rehat ke?" Nurul berjalan perlahan dan terus terjatuh tetapi sempat di sambut oleh seorang lelaki.
Pandangannya semakin kabur dan apa yang dia dengar
" Sayang are you okay?"
'sayang? Kenapa lelaki ni panggil aku sayang? siapa lelaki? Kenapa dia ........."
#bersambung........
YOU ARE READING
Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔
RomanceADAM seorang lelaki yang dingin,panas baran dan sosial telah berubah begini kerana dipermainkan oleh kekasihnya dahulu .Manakala,NURUL merupakan seorang kasar,baik.Mereka berdua dipaksa untuk berkahwin,pada mulanya adam memberontak untuk tidak menga...