BAB : 2

17.9K 383 9
                                    

Setelah barang siap dikemas , Nurul dan Hanis turun kebawah . Hanis agak pelik dengan sahabatnya ifu kerana dari tadi asyik membelek dompet nya yang seperti lelaki itu . " oii , kau buat ape ? " sapa Hanis membuatkan Nurul dengan cepatnya menyimpan dompetnya itu ke dalam poket seluarnya . " heee , takde pape " sambil cuba membuat senyuman yang manis .

" kau balik dengan aku nak tak ? Naik kereta bapak aku ? " tanya hanis . " err . takpelah , menyusahkan je . aku naik bas je la ke teksi ke ? Hehehe " balas Nurul dengan selamba . ' padahal duit aku hanya tinggal rm10 . mana cukup nak naik teksi . kalau nak naik bas pun , mana ade bas masuk . aku jalan kaki jelah . biarla kaki nak tercabut pun ape ke , asalkan tak susah orang ' desis nurul dalam hatinya ,

Setelah beberapa menunggu , bapa Hanis pun sampai dengan menaiki kereta Honda Civic berwarna silver . tanpa teragak - agak , Hanis terus menarik tangan Nurul untuk naik bersama nya . " ehhh ehhh , ape ni ? Kau jangan nak culik aku ? Aku ade silat ni ? " kata Nurul sambil menarik tangan nya dari Hanis . Hanis ketawa terbahak - bahak apabila sahabatnya terfikir bahawa dia ingin menculik Nurul .

" bukan nak culik kau lah , buat apelah aku nak culik kau , tak pasal - pasal nanti aku kene belasah , abis muka aku yang cantik ni tau " balas Hanis dengan membuat muka yang comel . " aku cuma nak kau balik dengan aku je please ??? " balas Hanis lagi

' ya Allah cantiknya dia ni , ni aku yang perempuan pun boleh cair . cube kalau aku laki dah lame aku culik kau . pastu kahwin dekat Thailand ke .. 'Desis nurul seorang diri membuatkan Hanis sedikit terdengar dan terus berkata " ape dia Nurul ? " . " hurmm , takde apelah. Okayy kali ni je tau ? " balas Nurul . Hanis mengangguk dan tersenyum lebar akibat suke yang teramat .

" kawan Hanis ade nak pergi mana - mana tak ni ? Kalau ade pakcik singgah " tegur Encik Rosle iaitu bapa kepada Hanis . Nurul sedikit ketawa dan berkata " pakcik , panggil saya Nurul . takpelah , saya takde pulak nak singgah mana - mana , " .

Nurul hanya tersenyum sambil memikirkan sesuatu ' aishh , mak aku masak apelah agaknye . rindu nak makan masakan mak . hehehe , rindu darwisyah ngan Danish ni ' bisik hati nurul .

Tidak lama kemudian , kereta honda civic milik pakcik rosle sampai dirumah Nurul , Nurul nengucapkan terima kasih kepada Hanis sahabat nya itu dan jugak pakcik rosle . sungguh dia sangat berterima kasih kepada mereka kerana menghantar nurul pulang sampai ke depan rumah , walaupun hakikatnya Nurul berase bersalah kerana rase telah menyusahkan mereka . ' aihh , ingat lagi Hanis ni jalan rumah aku . padahal dah 2 tahun dia tak datang rumah ' monolog Nurul seorang diri

" aishh . buat ape tu Hannah ? jumlah masuk makan . mak dah masak special untuk kamu ni " tegur Puan Hanani dari pintu rumah mereka . Nurul hanya akur , masuk dan meletakkan beg nya di bilik dan terus ke ruang makan . ' yep , hanya keluarga dia memanggil Nurul dengan panggilan Hannah , tetapi orang lain perlu memanggil nya dengan panggilan Nurul . panggilan Hannah ni memang special hanya untuk family je . ' desis Nurul dalam hatinya sambil tersenyum kerana tak sabar - sabar untuk menjamu selera . almaklum lah , dah lame tak makan masakan ibunya itu . dah confirm teruja .

Nurul melabuhkan punggung nya ke kerusi yang berada dimeja makan dan meanunggu kehadiran ibunya itu , untuk makan bersama .

" mak jumlah , makan dengan Hannah . " tegur nurul kepada ibunya yang sedang membasuh pinggan . sememangnye , Nurul nampak ibunya kerana ruang makan berada di dapur . walaupun kecik , tapi cukupla mereka sekeluarga .

" aishh , jumlah . " jawap Puan Hanani yang menuju ke meja makan sambil membawa air teh o' panas . Dan semangkuk ais batu . Nurul yang melihat itu turut membantu Puan Hanani dengan membawakan semangkuk ais batu . " okayy , Jum makan " . Puan Hanani hanya mengangguk dan mencedokkan nasi untuk Hannah . dan Hannah pula membuka tudung saji ,

Benci , Suka , Sayang Kau !! ✔Where stories live. Discover now