Part 5

8.4K 272 6
                                    

Minggu pertama – Ammar
Minggu kedua – Wan
Minggu ketiga – Faiz

Terpinga-pinga aku tengok apa yang tertulis pada kertas yang diberikan oleh Adira tadi. Muka memang tak percaya gila sekarang ni. Adira dah tersengih tengok aku.

" Kenapa tengok aku macam tu?" Soalku lantas menyerahkan semula kertas tadi kepada Adira. Tapi dia menggelengkan kepalanya pula. Tanda tidak mahu ambil kertas tadi.

" Tu milik kau. Aku buat jadual khas untuk kau. Dan mereka bertiga pun setuju. So kau tak boleh lari dah. Tak lama beb. 3 bulan je. Sampai hujung bulan ni dah sebulan."

" Maksud kau?"

" Minggu pertama. I mean mulai esok kau akan keluar dengan Ammar sampai cukup seminggu. Anda faham?"

" What?"

Aku terlopong. Gila! Ini memang kerja gila.

" Weh! Kenapa buat aku macam ni?" Aku buat-buat sedih.

Tapi lain pula jadinya bila bahu aku jadi mangsa tamparan dia.

" Tak payah nak buat muka sedih. Sebelum ni kau yang dah setuju kan nak ikut pelan ni? Lagipun demi kebaikan kau juga. Mak kau yang suruh. You remember?"

Aku merengus geram. Mak ni pun satu. Macam aku ni kempunan sangat nak suami. Sedangkan mak yang kempunan nak menantu. Ayah tahu ke tak soal ni erk?

" Esok petang okay. Pagi kau kerja."

Adira dah keluar daripada bilik. Aku jugalah yang masih terpinga-pinga dekat sini. Hampeh punya kawan! Arghh!

" One more!"

Belum sempat aku nak baringkan tubuh, dia muncul balik. Dengan muka cemberut aku tengok dia.

" Apa lagi?"

" Aku baru teringat ayah kau bagi cuti dekat kau selama sebulan. Itu je kot."

Aku terbungkam. Terus aku menerjah ke arah Adira.

" What? So that's mean ayah aku pun terlibat dalam rancangan ni?" Soalku dengan muka yang tidak percaya langsung.

Adira tersengih. Lambat-lambat dia buat anggukan. Aku apa lagi terus tepuk dahi. Seriously?

" Jangan risau. Ayah kau kata even kau cuti gaji tetap jalan. Nasib kau kerja bawah syarikat ayah kau."

Aku terdiam. Alahai. Kenapa ayah pun terlibat. Baru nak mengadu. Memang orang tua aku kempunan nak menantu ke ni?

" Adira. Aku nak minta tolong kau something boleh?"

Tajam aku tengok Adira. Adira terus terdiam. Hanya anggukan dia beri.

" Tolong aku buat sesuatu."

" Buat apa?"

Aku tersenyum penuh makna. Buat something supaya mereka bertiga benci aku. Dah mula rasa nak gelak jahat la ni.

" Malam nanti aku cakap. Sekarang baik kau belanja aku makan. Ada juga faedahnya."

" Ala. Tak boleh. Aku ada appointment dengan client jap lagi."

Muka pasrah nampak? Haih.

" Okay la. Aku makan sensorang."

Terus aku kembali pusing untuk masuk ke dalam bilik. Serentak itu juga telefon bimbit aku berbunyi.

" Aku keluar dulu tau Lisa. Bye."

" Ha. Okay."

Dengan penuh rasa malasnya, aku jawab juga call daripada nombor yang tidak dikenali ni.

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now