Other's POV
" Bos!"
Ammar yang baru selesai meeting itu terus menoleh ke belakang saat namanya dipanggil.
" Ada apa Fatin? Saya ada hal ni."
Ammar meneliti skrin telefonnya buat sekalian kalinya. Whatsupp daripada Wan dan Faiz masuk berpusu-pusu. Sampai naik pening dia dibuatnya. Entah apa yang urgent sangat pun tak tahu lah sampai tak sempat nak tunggu. Nak juga jumpa sekarang. Aduh!
" Malam ni bos ada dinner dengan Dato' Azhar."
Ammar menepuk dahinya perlahan. Ah! Macam mana aku boleh lupa ni?
" Okay. Thanks ingatkan saya. I have to go."
Terus dia tergesa-gesa keluar daripada pejabat dan menuju ke arah kereta Honda Citynya. Masuk saja dia dalam kereta, telefon bimbitnya di capai. Skrin telefon ditengok dengan keluhan kecil. Kenapalah budak berdua ni rushing sangat?
Bro! kau dekat mana? Wan! – Faiz
Apa hal kau ni? Orang tengah kerja lah! – Wan
Entah kau ni. – Ammar
Aku perlu jumpa korang sekarang! Urgent! Please! – Faiz
Dah kenapa pula? – Wan
Datang je lah! Aku tunggu dekat restoran biasa. – Faiz
Ammar terus menyimpan kembali telefon bimbitnya selepas dapat tahu di mana dia perlu pergi selepas ini. Tapi baru saja dia nak tekan pedal minyak, dia ternampak seseorang yang sangat dia kenali dan rindui.
Lisa? Apa dia buat dekat sini?
Cepat-cepat dia menarik kembali gear dalam keadaan Parking. Then dia terus keluar daripada kereta. Lisa masih berada tidak jauh di hadapannya. Lisa kelihatan berserabut. Jalan pula laju sampai tak ambil tahu hal sekeliling. Ammar yang melihat rasa kelakar pula.
" Malissa!" Jerit Ammar memandangkan Lisa berada jauh daripada dia.
Malissa yang terdengar namanya diseru itu pantas menoleh ke arah kirinya. Bila nampak wajah Ammar. Dia tersentak besar. Macam mana boleh terserempak dengan Ammar dekat sini?
" Ammar!"
Malissa melajukan langkahnya dan menghampiri Ammar yang sudah bersandar di tepi keretanya itu. Erm. Ammar nampak handsome dengan kemeja dan coat kerjanya itu. Melting la juga. Dengan wajah dia yang putih tu. Tinggi. Muka macam budak sekolah pun ada. Haha. Tapi yala. Handsome.
" Awak buat apa dekat sini?" Soal Ammar ingin tahu.
" Nak jumpa kawan. Dia kerja dekat area sini. Awak?"
" Ya? Kerja dekat mana kawan awak tu?"
Malissa mendongak melihat bangunan yang tersergam indah di hadapannya saat itu. Bila dah kenal pasti nama bangunan itu dia kembali memandang Ammar. Dia tersengih kecil.
" Ini lah. Dia kerja dekat bangunan ni. Entah apa nama. Haha."
Ammar tersentak. Serius?
" Siapa nama kawan awak tu?"
" Adira."
Lisa tersenyum tipis. Dulu Adira bekerja di bawah satu bumbung dengan dia. Syarikat ayah dia. Tapi tak lama sebab dia ditukarkan ke syarikat lain. Sebab naik pangkat sama. Tu yang kena tukar. Alhamdulillah. Rezeki dia.
" Adira? Serius awak?"
Ammar dah melonjak gembira. Tak sangka Adira kawan Malissa. Oh God!
" Yala. Why?"
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...