Aku pandang dia. Dia pandang aku. Tapi tak lama bila dia datang dan duduk sebelah aku. Terdengar keluhan kecil daripada mulut dia. Aku masih mendiamkan diri. Tiada hati nak bersuara.
" Lisa. Kenapa kau buat macam ni?" Suaranya.
Aku terdiam. Jangan tanya kenapa sebab aku tak tahu apa yang sedang aku rasakan sekarang.
" Lisa. Tolonglah. Jangan bertindak sesuka hati kau je. Ye aku tahu kau nak tolong Diana. Tapi ini bukan jalan dia."
Aku tersenyum hambar.
" Habis kau nak aku buat apa? Adira. Ini saja caranya. Lagipun dia kenal Faiz dulu daripada aku. Aku baru kenal Faiz. Tak sampai 3 bulan lagi pun."
Adira menarik senyuman sinis. Dia kemudiannya bangun dan berdiri depan aku.
" Tapi kau dah cintakan dia kan?"
Aku terkedu dengan soalan itu. Terus aku tunduk ke bawah.
" Lisa. Kau memang boleh tipu orang lain. Tapi tak aku. Aku dah kenal kau hampir 10 tahun tau tak? Sekarang kau nak tipu aku kata kau langsung tak cintakan Faiz? Macam tu? Kau silap besar."
Aku tersentap. Tapi kata-kata dia semuanya betul. Aku tak nafikan. Memang aku dah jatuh cinta pada Faiz. Tapi masih tidak terlalu dalam. Selagi aku boleh elak aku akan elak dengan sehabis baik. Demi kebahagiaan Diana dan Faiz. Aku tak nak terlalu cintakan dia atau aku akan terlebih terluka.
" Aku tahu apa yang aku buat Dira. Please jangan halang aku." Pintaku dengan senyuman pahit.
Adira merengus geram saat mendengar jawapan aku. Dia langsung tidak puas hati dengan cadangan aku untuk menyatukan Diana dengan Faiz.
" Jadi kau memang nak pilih Ammar? Macam tu?" Soal Diana lagi.
Aku membuat anggukan perlahan. Walaupun perit tapi terpaksa terima.
" Aku langsung tak setuju!" Bentaknya geram.
Aku gigit bibir. Aku tahu dia takkan setuju. Baru seorang tahu. Belum orang lain lagi. tambah-tambah kalau abang tahu. Lagi dia tolak keras.
" Aku tetap dengan keputusan aku. Ammar pun apa kurangnya? Dia pun cintakan aku."
Aku dongak memandang Adira yang kelihatan sangat geram itu. Sesaat kemudian dia tersenyum tawar. Kepalanya digeleng perlahan.
" Ammar pun pasti takkan terima cadangan kau ni kalau dia tahu. Dan kau ada cakap sebelum ni dia takkan terima kau sebab hati kau tu bukan pada dia. kau rasa dia akan terima ke?"
Aku terkelu lidah. Aku pun tak pasti. Tapi aku akan cuba yakinkan dia.
" Aku tahu dia mesti akan terima. Percayalah."
" Suka hati kau lah! Aku tak tahu nak kata apa dah. kau degil!"
Terus Adira menuju ke dapur meninggalkan aku dengan pelbagai persoalan. Tidak semena-mena juga air mataku menitis lagi. Macam ni lah aku. kebelakangan ni aku sering menitiskan air mata. Tu la! Korbankan sangat perasaan kau tu. Apa kau dapat Lisa? Tak ada apa-apa!
" Dira! Aku tidur sini ye malam ni?" Jeritku bila aku teringat aku keluar daripada rumah saat semua orang dah tidur.
" Ikut kau la!"
Maafkan aku Adira. Aku tahu kau kecewa dengan aku. Tapi ini keputusan aku Dira. Aku harap kau dapat terus sokong aku.
**
Tepat pukul 8 pagi. Aku dah keluar daripada rumah sewa Adira. Aku langsung tak beritahu dia aku nak ke mana. Aku just nak pergi berjoging. Sebelum aku keluar dengan Faiz pukul 10 nanti. Kalau boleh sebelum aku keluar dengan dia aku nak tenangkan fikiran aku dulu. Aku tak nak jadi macam semalam. Terlebih emosi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Lelaki Itu
RomantikMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...