Other's POV
Kelihatan seorang lelaki segak berpakaian sut kerja sedang menuju ke arah Mahfuz dan familinya. Bila dia muncul di hadapan mereka semua, mereka semua kelihatan terkejut. Sampai lelaki itu bersuara barulah mereka tersedar dan memberikan senyuman tipis pada empunya diri itu.
" Asal kau nampak lain sangat ni bro?" tegur Mahfuz dengan sengihan.
Faiz tunduk memandang pakaiannya. Apa yang lain? Aku okay je. Ke aku salah pakai?
" Apa yang lain bang? Saya nampak buruk ke?" Soal Faiz ingin tahu.
Mahfuz yang dengar terus tertawa kecil. kepalanya digelengkan perlahan.
" Tak. Kau nampak smart. First time aku nampak kau berpakaian sut macam ni." Puji Mahfuz.
Faiz tersengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan.
" Ye tak ye juga. Saya selalu berpakaian shirt je. Tak selalu macam ni."
Faiz rasa segan pula. Haha.
" Kau nak pergi mana?" Soal Mahfuz ingin tahu.
" Saya nak masuk pejabat bang. Tiba masanya untuk saya masuk ke pejabat semula. Cuti saya dah habis. Tapi saya janji dengan diri saya. Saya takkan sesekali lupa datang sini untuk lawat Lisa dan cari dalang semua ini sampai jumpa." Tegas Faiz sambil memerhati Lisa yang sedang terbaring tanpa sedarkan diri itu.
Mahfuz dan familinya yang dengar tersenyum hambar. Faiz memang jenis kuat semangat. Alhamdulillah. Faiz dah jadi bersemangat kembali. Tak macam masa pertama kali dapat tahu Lisa koma dulu.
" Ni dah nak masuk sebulan bang. Saya rasa saya tak patut duduk diam je. tanpa buat apa-apa. Lagipun saya nak kahwin dengan dia. takkan saya nak duduk sini goyang kaki je." Ujar faiz dengan senyuman kecil.
Datuk Ismail yang dengar menarik senyuman kecil. Dia bangun dan menghampiri anak muda yang bersemangat waja di hadapannya itu. Bahu Faiz ditepuknya berkali-kali tanda kagum.
" Pakcik tahu kamu boleh lakukan nak." Ujar Datuk Ismail dengan rasa bangga.
Faiz yang mendengar kata-kata itu terus menganggukan kepalanya.
" Terima kasih pakcik. Tapi saya maybe akan ada di sini sebelah malam. Malam saya akan jaga Lisa. Boleh kan pakcik?" Pinta Faiz dengan penuh berharap.
Datuk Ismail tersenyum lagi. Dia kemudiannya menoleh ke arah Datin Hani. Apabila Datin Hani mengangguk dan tersenyum. Dia kembali menoleh ke arah Faiz.
" Boleh nak. Jaga anak pakcik elok-elok. Dia satu-satunya puteri kami."
" pasti pakcik. Dia juga kesayangan saya."
" Dan adik kesayangan aku." sambung Mahfuz pula tak nak mengalah.
Akhirnya pecah tawa mereka dalam bilik itu. Yang pasti mereka sanggup berkorban apa saja asalkan Lisa selamat dan cepat sembuh. InsyaAllah.
**
Faiz keluar daripada wad Lisa sebaik sahaja jarum jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Dia perlu ke pejabat hari ini. Cukuplah 3 bulan dia menyusahkan papa dia uruskan semuanya. Dia tak sanggup berdiam diri lagi. Dia perlu tunjukkan diri sebelum orang lain dalam pejabat tu naik lemak.
Elok saja dia turun ke tingkat satu. Dia ternampak Wan dan Ammar sedang menuju ke arahnya. Terus dia menghampiri mereka berdua.
" bro!" tegur Ammar dan Wan serentak.
" Yo. Korang nak pergi jenguk Lisa ke?"
" Yap. Kau nak ke pejabat ke?" Soal Ammar pula.
" Ya. Aku tak sanggup nak duduk diam dah. Aku perlu lakukan sesuatu. Tapi aku takkan abaikan Lisa."
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
Storie d'amoreMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...