" Arghhh!!!"
Bukk!!
Aku mengerang kesakitan. Sakit ya amat! Argh!
" Adik!"
Abang Mahfuz datang menghampiri. Aku menoleh ke hadapan. Moto tu dah lari. Mujur aku sempat elak sebaik sahaja ada orang jerit nama aku. Kalau tidak mesti aku kena langgar dah. Aku tengok siku kanan aku. Berdarah.
" Sayang!"
Faiz pula datang menghampiri. Mujur Faiz tak gerak lagi tadi. Aku mengerutkan muka menahan kesakitan. Abang Mahfuz dan Faiz cuba membantu aku bangun berdiri. Tapi kenapa aku susah nak berdiri. Aku tunduk tengok buku lali kanan aku. Argh! Terseliuh ke?
" Adik okay tak ni?" Abang Mahfuz nampak risau.
Aku tersenyum hambar.
" Okay. Cuma sakit sikit. Kaki sakit." Aduku lantas berjalan ikut rentak mereka. Hanya dapat berjalan perlahan. Sebab rasa sakit mencengkam.
" Abang bawa ke hospital lah." Ujar Faiz.
Aku pantas menggelengkan kepalaku.
" Sikit je ni." Aku cuba tolak. Lagipun aku boleh sapu minyak je. Siku ni pun lepas lap dengan ubat okay la ni.
" Degil!" Serentak mereka berdua berkata. Aku tersengih gara-gara kelakar.
" Dah. Faiz bawa dia balik. teruk macan ni memang tak boleh buat kerja dah. Nanti abang cakap dekat ayah." Suruh abang Mahfuz tegas.
Aku hanya terdiam. Faiz pula dah menganggukkan kepalanya.
" Kami balik dulu bang."
Aku mengeluh kecil. Kenapa aku selalu menyusahkan orang? Dan siapa yang nak langgar aku tadi?
" Sayang. Hati-hati."
Aku masuk ke dalam kereta dengan perlahan-lahan. Bila dah selesa, barulah Faiz menutup pintu kereta dan masuk ke arah pemandu. Aku pandang ke hadapan. Dalam fikiran ni berselirat tentang keadaan tadi. Dah dua kali aku cuba mengelak kejadian macam ni. Aku jadi makin dapat hafal corak permainan Hanis tu. Aku yakin semua ni angkara dia.
" Dear? Are you okay?"
Faiz bersuara saat dia sudah mulakan pemanduan. Aku hanya tersenyum tipis. Tangan kirinya aku genggam lembut.
" Saya okay. Jangan risau."
" Tak guna punya Hanis. Mesti angkara dia. Selagi dia tak dapat apa yang dia inginkan selagi itu lah dia akan buat sesuatu yang diluar jangkaan kita. I'm sorry dear. Abang masih tak mampu melindungi sayang. Mujur sayang cepat elak tadi."
Serius. Dia nampak sangat risau saat ini. Tak mahu tengok muka dia yang risau teramat tu. Aku pantas menghadiahkan kucupan pada pipi kirinya. Then aku kembali pandang ke hadapan dengan senyuman kecil.
" Janganlah risau bang. Saya okay kan?" Ujarku dengan sengihan.
Tiba-tiba genggaman aku dibalas erat. Aku kerling sekilas ke arah dia. Nampaknya dia dah boleh mengukirkan senyuman. Ha! Lega! Tak lah hati aku risau sangat.
" Pandai bodek abang erk?" Dia cuba mengusik.
Terlepas tawa aku.
" Dah muka abang serius sangat. Risau terlebih. Kenalah bodek. Haha."
" Sayang tu isteri abang tahu tak? Mestilah abang risau."
" Okay lah. I'm sorry."
" It's okay dear. As you safe."
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...