Part 10

7.2K 240 1
                                    

" Lisa! Ammar dah sampai!"

Dengar je kata-kata Adira, aku cepat-cepat mengemaskan lilitan pada shawl aku. Apabila yakin dah nampak kemas, barulah aku capai beg tangan dan keluar daripada bilik. Keluar je terserempak dengan Adira. Dia pun nak keluar untuk ke tempat kerja.

" Eh Lisa! Kejap!"

Hasratku nak terus keluar tak jadi bila Adira memanggil. Aku toleh ke arah Adira yang kelihatan kelam kabut tu.

" Kenapa? Ammar dah tunggu tu."

Adira menarik sengih. Dia sempat kerling ke luar sebelum toleh ke arah aku kembali.

" Kau dah okay kan?"

Aku mengerutkan dahi. Tak faham.

" maksud kau?"

" Fasal semalam. Teruk kau nangis semalam. Risau aku. Ammar pun sampai pesan kat aku macam-macam."

Aku terdiam. Tapi bila fikir balik kan? Malu gila aku semalam. Dah lah menangis depan Ammar satu hal. Buat dia tertunggu-tunggu satu hal. Sampai nak keluar date dengan dia semalam cancel. Mujur Ammar tak kisah. Mesti dia dah tengok wajah buruk aku ketika nangis kan? Wuargh! Malu!

" Aku okay." Jawabku dengan senyuman kecil.

Adira menghembus nafas lega.

" Aku harap kau tak ingat dah fasal Zul tu. Ingat masa depan je. Tu.. dekat luar tu duk tunggu. Pergilah."

Tak sempat aku nak jawab, terus ditolak tubuh aku ke luar rumah. Hampeh punya Adira. Sabar je la.

" Aku pergi dulu. bye."

Selepas sarungkan kasut, aku bergegas melangkah ke arah kereta Ammar. Cepat-cepat aku masuk ke dalam kereta. Aku hadiahkan secebis senyuman sebelum memandang ke hadapan. Sesaat kemudian kereta pun mula bergerak.

" Lisa."

" Yes?"

Aku tunduk memandang handpone. Mana tahu ada berita terkini yang aku tak tahu ke. Dah lah semalam seharian aku off phone. Tanda tak mahu diganggu. Haha.

" Are you okay?"

Aku menarik senyum. Seorang lagi tanya.

" Saya okay je la. Jangan risau."

Aku memasukkan telefon ke dalam handbag semula.

" Saya risau. Semalam tengok awak nangis teruk sangat. First time saya nampak awak sedih sampai macam tu sekali. Malissa yang saya kenal seorang yang tabah dan keras kepala. Tapi semalam, apa yang saya nampak Malissa yang kesedihan. Malissa yang kecewa. Malissa yang penuh dengan kesakitan. Kenapa Lisa? Apa yang dah terjadi?"

Okay. Kali ni aku betul-betul terkedu. Tak sangka dia akan cakap macam tu.

" Saya okay. Betul. Benda semalam tu biarlah berlalu macam tu je. Dan saya harap awak rahsiakan perkara ni daripada sesiapa pun. Hanya awak, saya dan Adira je tahu." Pesanku. Sebab aku tak nak sesiapa pun tahu. Kalau tidak jenuh aku nak menjawab soalan orang yang suka masuk campur tu.

" Siapa dia Lisa?"

Dia toleh sekilas ke arah aku sebelum memandang semula ke hadapan. Dia tengah memandu kot. Aku pula terdiam. Tak tahu nak jawab apa.

" Lisa?"

" Tak ada sesiapa. Bekas kawan je."

Aku kembali menoleh ke luar tingkap. Zul. Harap awak bahagia dengan pilihan hati awak sendiri. Yang pasti bukan saya.

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now