Memandangkan ramai yang nak special part. So, sis tunaikan permintaan anda. Lepas ni dah tak ada tau. Hehe. Kalau nak lagi baca pula novel Sis kedua tu. Be My Wife. Okay? And thanks sebab always sokong this novel. :)
" Okay. Sini pun kena letak ye? Kalau tak ada just inform dekat aku."
" Okay beres."
Terhambur keluhan kecil daripada mulut aku. Tadi suruh aku teman dia. Katanya kejap je dekat pejabat ni. Ni aku rasa dah dekat setengah jam. Entah apa yang dia bincangkan dengan Ammar pun aku tak tahu. Lastly, aku hanya menopang dagu dengan mata yang layu. Mengantuk dan bosan.
" Aku rasa bini kau dah bosan teruk tu."
Aku mencerun ke arah Ammar saat dia kata macam tu. Ammar tersengih. Sedar pun kau. Bila Faiz tengok aku, aku terus mencebik dan toleh ke arah lain. Baik aku duduk rumah tidur. Ada juga faedahnya. Kan sayang kan? Aku sentuh lembut perut aku. Kandungan yang baru nak mencecah lima bulan.
" Okay lah. Kita stop setakat ini. Nanti free je kena bebel."
Aku tersenyum sinis. Tahu pun. Jangan main-main dengan aku. Semenjak aku mengandung ni macam-macam emosi dapat aku luahkan. Perubahan hormon mungkin.
" Jom sayang?"
Aku tampar lengan dia yang sudah paut pada bahu aku. Aku jeling dia tajam. Ammar di sebelah sudah ketawa kecil. Maybe kelakar tengok reaksi aku.
" Apa?" Faiz buat muka tidak bersalah dia tu.
" Apa-apa. Tu je jawapan yang abang tahu."
" Hahaha. Okay jom. Abang bawa sayang ke satu tempat. Nak?"
Aku mencemuh. Tak ada mood nak pergi mana-mana. Yang aku tahu aku nak duduk rumah dan makan dan tidur. Haha. Pemalas punya orang.
" Jom balik."
Tanpa mengendahkan soalan dia aku terus berlalu keluar daripada bilik pejabat Faiz. Dia mengekori aku daripada belakang. sampai bahu aku dah dipautnya erat. Bila aku nak lepaskan diri daripada dia, masa tu juga dapat jelingan tajam dia. Aku buat dono je la. Sengaja!
" Sayang dah lupa ke?"
" Lupa apa?"
" Jauh je sikit abang dari sayang. Mulalah sayang nak jatuh la. Muntah la. Pengsan la. Lupa?"
Aku terus tarik sengihan yang paling lebar. Tengok dia yang sudah buat muka geram tu ternyata membuatkan aku ketawa terus. Bila ingat balik serius lawak. Entah apa kena dengan aku pun tak tahu. Kalau berjalan di luar, berjauhan sikit je dari Faiz. Mulalah aku rasa nak pitam la, muntah la jatuh la. Macam-macam. So, mahu tak mahu Faiz kena sentiasa ada di sisi aku. Like now. Aku pegang tangan dia. Dia paut bahu aku. Macam tu!
" Maybe sebab anak abang ni ha. Tapi itu bulan lepas punya cerita. Sekarang tak apa kot. Kan? kan?" Aku siap kelip-kelipkan mata aku saat tengok dia.
Dia? Hanya mencebik. Tak puas hati la tu.
" Tak kira. Abang akan sentiasa di sisi sayang sampai sayang beranak. Fullstop!"
Aku memuncung. Ala. Tak bestnya. Tak bebas nak buat apa-apa pun. Mujur time dia pergi kerja, aku okay je duduk rumah. Time tu je la. Kalau nak keluar seorang memang tak bagi la jawabnya.
Sedar tak sedar, kami dah sampai di depan kereta Ferrari Faiz. Faiz siap bukakan pintu untuk aku. Nak tunjuk gentlemen la tu. Tapi memang gentlemen pun. Hahaha.
" Abang.."
Dia mula memakaikan tali pinggang kereta dekat aku sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta. Kemudian dia mula bergerak ke tempat pemandu. Dia pun memakai tali pinggang kereta. Then, barulah dia tengok aku. Plus senyuman.
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...