Lis! Mana kau? Aku tunggu berejam dalam kafe ni ha! – Faiz
Aku menggigit bibir saat membaca message Faiz. Tidak semena-mena air mata nak menitis lagi. Balik saja dari jumpa Ammar tadi, aku jadi hilang arah. Aku tak tahu nak ke mana. Aku sangat-sangat berserabut. Aku rasa tak salah cadangan aku. Lagipun memang ini yang dia nak kan? Tapi kenapa bila aku tanya dia terus tolak?
Dan kini, aku menuju semula ke arah tasik yang sama. Itu saja tempat aku akan tuju bila aku berserabut dengan pelbagai hal. Aku ambil tempat dekat satu bangku kosong. Aku duduk situ sambil merenung jauh ke hadapan.
" Saya takkan kahwin dengan awak tanpa sebab. Memang saya cintakan awak tapi awak buat keputusan ni tanpa fikir panjang. Bukan ikut hati awak."
Kata-kata Ammar yang terakhir kembali bermain dalam fikiran aku. Ammar. Tolonglah faham perasaan saya. Awak kata awak cintakan saya. Just terima je lah! Kenapa susah sangat?
Sebab kau tak cintakan dia Lisa! Kenapa kau bodoh sangat? Kenapa kau terlalu ikut kepala kau je? Kau fikir dengan kau berkorban perasaan demi orang lain kau akan bahagia? Orang lain akan bahagia? Faiz tu kau nak letak mana? Dia takkan bahagia Lisa!
Aku mengeluh kecil. Penat bermain dengan perasaan sendiri. Aku kembali tatap skrin telefon. Perlahan-lahan tangan aku mula menaip sesuatu dan disend pada Faiz.
Kita jumpa esok. Hari ni tak boleh. Aku ada hal.
Aku kembali simpan telefon ke dalam beg. Saat ini, aku benar-benar ingin bersendirian. Aku tak nak diganggu. Tapi belum sempat aku nak menarik nafas lega, telefon aku berdering pula. Aku tahu siapa yang call.
Dengan debaran kecil aku menjawab panggilan tersebut.
" Lis! Kau kenapa?"
Aku tak sempat nak bagi salam dia dah serang dulu. Terbit senyuman pahit pada bibirku.
" Aku okay je. Cuma ada hal sikit. Kita jumpa esok je la."
" Cakap dekat aku apa yang penting sangat tu?"
Aku terdiam. Takkan lah aku nak cakap dekat dia tentang benda ni? Kalau boleh aku tak nak dia tahu. Atau dia akan tolak sekeras-kerasnya.
" Ada la sikit. Kau jangan risau. Dah aku nak tutup telefon ni."
" Wait! Kau okay kan? kenapa aku rasa kau macam ada sembunyikan sesuatu daripada aku?"
Aku terkedu. Kenapa dia faham aku? Faham lebih daripada diri aku sendiri. Tidak! Aku tak nak kalah lagi dengan perasaan aku.
" Aku okay lah. Bye."
Terus aku off telefon. Gara-gara tak mahu disoal macam-macam. Maafkan aku Faiz. Aku perlukan masa. Aku juga perlu fikir cara untuk lepaskan kau pada Diana. I'm sorry.
**
Faiz POV
" Aku okay lah. Bye!"
Baru aku nak tanya lagi dia dah letak telefon. Aku merengus geram. Kenapa dengan Lis ni? Aku yakin mesti dia ada sembunyikan sesuatu daripada aku. Aku tak boleh duduk diam. Aku perlu cari dia.
Cepat-cepat aku bayar minuman aku lantas keluar daripada Old Town Café tersebut. Langkah diatur ke arah kereta. Tapi belum sempat aku nak masuk. Telefon aku sekali lagi berdering. Ingatkan Lisa. Tapi Ammar. Ammar? Pelik.
" Helo. Asal?" Soalku lantas masuk ke dalam kereta.
" Aku nak jumpa kau. Sekarang. Kau dekat mana?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Lelaki Itu
RomansaMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...