Part 45

5.6K 177 2
                                    

Okay Guys! Part ni mohon jangan makan gula banyak sangat sebab terlbih romantik plak part ni. Haha. Saja letak perencah lebih sebab part lepas ni akan lebih banyak part sedih dan marah. So.. enjoylah. :)


Aku tengok dia. Dia tengok aku. Lepas tu kami kembali menoleh ke arah Wan dan Ammar yang dah tercengang tengok keadaan kami.

" Ya Allah! Macam mana boleh basah satu badan ni?" Soal Ammar dengan muka terkejut. Wan di sebelah dah tertawa kecil. Macam dah boleh jangka keadaan kami.

" Dia!"

Aku dan Faiz sama-sama menuding jari. Ha! Elok sangat la tu. Aku jeling Faiz dengan geram. Faiz pula buat muka selamba badak dia tu. Eh! Nak kena dia ni.

" Haih. Korang berdua ni la. Nasib la dah kahwin."

Giliran Ammar pula ketawa selepas dengar kata-kata Wan. Faiz dah menarik sengih. Tak fasal-fasal bahu aku pula dipautnya. Aku merengus geram. Suka hati je nak sentuh bahu aku. Orang tengah geram ni.

" Apa susah. Aku tidur sini satu malam. Esok pagi baru aku balik. Korang boleh tolong kan?" Soal Faiz dengan sengihan. Aku pula dah buat muka kering.

" No hal. Nasib kau kawan aku." Ujar Ammar dengan senyuman kecil.

" Jap! Baju kita?" Aku pula dah curious. Baju?

Mereka bertiga tertawa. La! Soalan aku lawak ke?

" Sebab suami awak dah jangka hal ni la dia dah bawa baju siap-siap dari rumah. Puan Lisa jangan risau okay?" Jawab Wan dengan sengihan.

Aku menepuk dahi. Hampeh punya suami. Terus aku cubit perut dia. Geram! Mereka berdua dah ketawa tengok aksi kami.

" Sayang! Sakit lah." Ngadu Faiz dengan gaya manja.

" Padan muka. Nak sangat kenakan Lisa. Wan mana bilik kami? Saya dah sejuk ni." aku meliar sekeliling. Chalet ni memang kosong ke? Takkan lah tempah untuk sehari sampai tak ada orang langsung?

" Tu. sebelah awak je. 201 tu. Nah kunci. Silakan masuk."

Selepas aku dapatkan kunci daripada Ammar. Aku terus masuk ke dalam tanpa menghiraukan mereka bertiga. Yang aku tahu aku dah penat. Penat main dengan Faiz tadi. Tapi jauh di sudut hati aku, aku bahagia sebenarnya. Haha. Dah lama tak main air. Jadi macam tu la. Macam budak-budak pun ada. Nasib tak ada orang. Kalau tak buat malu. Kahkah.

" Time to rest! Arh!"

**

Aku tersenyum lega. Barula rasa segar sikit badan ni bila mandi. Aku ikat tali bathrobe dengan kemas. Aku cari baju tak jumpa. Nasib ada bathrobe dalam bilik air. Kalau tidak habislah aku.

Aku keluar daripada bilik air dengan perlahan-lahan. Aku tengok sekeliling bilik. Cari kelibat Faiz. Tak ada pun. Dia pergi mana? Biarlah dia.

Aku gerak ke arah cermin. Rambut yang basah aku keringkan dengan tuala. Aku tunduk tengok telefon bimbitku. Jika ada apa-apa pesanan. Tapi tak ada. Baguslah. Tidaklah kacau honeymoon dengan si suami. Hahaha. Gatal juga kau ye Lisa. Keh!

Bila rasa rambut dah kering sikit aku angkat kepala. Dan alangkah terkejutnya aku bila Faiz betul-betul berada belakang aku. Aku urut dadaku perlahan. Terkejut ya amat. Semenjak bila dia duduk situ pun tak tahulah.

" Abang ada dekat mana tadi? Tadi Lisa cari tak ada pun." Ujarku lantas mencapai sikat.

" Abang pergi bilik sebelah bersihkan diri." Ujarnya sambil merenung aku dengan penuh makna. Aku dah terdiam. Aku pandang diri dia. Dia Cuma memakai seluar track tanpa berbaju.

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now