Okay. Sorry guys buat anda tertunggu-tunggu. Hehe. Tak sengaja. Tak pe. Malm ni sis update panjang sikit. Dan mohon tabah ye part ni. Maybe keluar aura benci dan marah korang tu. Haha. Okay. Tak nak bebel. Sila baca. ;)
Other's POV
Jauh dia merenung ke luar tingkap. Memikirkan sesuatu yang boleh membuatkan hati dia membara. Tapi tidak lama bila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi nyaring. Tanpa berlengah dia menjawab panggilan tersebut.
" Helo bro! Kau dekat mana?"
" Dekat pejabat lah. Kenapa?"
" Lisa dah sedar ni. Kau tak nak datang ke?"
Faiz terdiam. Jujur hatinya rindu sangat pada Lisa. Tapi dia takut nak berdepan dengan Lisa saat ini. Dia rasa tak bersedia. Lagipun Lisa mesti dah ingat tentang kisah lalu dia.
" Aku...aku tak bersedia lagi la beb."
Faiz meraup wajahnya perlahan. Kenapa mesti hidupnya diduga sebegini?
" Dia asyik sebut nama kau. Dia nak jumpa kau Faiz. Kau sedar sikit boleh tak? Ini bukan salah kau! Kau tak sengaja kau faham tak?"
Kedengaran suara Ammar yang tidak puas hati dicorong telefon. Faiz tersenyum pahit.
" Aku tak kira. Aku tunggu kau. Selagi kau tak datang selagi tu la aku tak balik."
Tut....
Panggilan terus mati tanpa sempat Faiz nak balas kata-kata Ammar.
" Aku takut Ammar."
Jangan ikutkan perasaan takut tu sangat Faiz. Nanti kau juga yang merana. Itu bukan salah kau.
Faiz mengeluh perlahan. Dengan berat hati dia mencapai kunci keretanya lantas keluar daripada pejabatnya itu dan menuju ke hospital. Apa-apa pun dia kena juga berdepan dengan Lisa nanti. Kalau bukan sekarang bila?
**
" Ammar. Mana dia?"
Ammar terdiam. Masuk kali ni dah tiga kali Lisa asyik tanya keberadaan Faiz. Ammar dah jadi buntu nak jawab apa.
" Dia on the way. Awak sabar erk?"
Ammar ambil tempat di sofa dalam bilik itu. Sekali lagi dia cuba mendail nombor Faiz. Tapi belum sempat dia nak tekan, pintu bilik wad Lisa terlebih dahulu ditolak dari luar. Bila nampak kelibat Faiz barulah Ammar boleh lepas nafas lega.
Ammar pantas mendekati Faiz. Selepas itu dia terus berbisik sesuatu. Lisa hanya memerhati dari jauh.
" Dia cari kau dari tadi lagi. Korang berbincang la elok-elok. Aku keluar dulu."
Kini, tinggallah Faiz dan Lisa. Faiz kelihatan kekok tapi dia cuba berlagak biasa. Dia mendekati katil Lisa dan duduk di kerusi yang disediakan. Lisa pula hanya mendiamkan diri tapi matanya asyik tengok Faiz.
" Tengku Akmal Faiz."
Faiz tersentak. Tiba-tiba namanya disebut oleh Lisa. Takut-takut Faiz melihat Lisa.
" Kenapa kau ?"
Faiz mengerutkan dahi. Lisa pula dah menarik senyuman kecil.
" Kenapa mesti kau? Kalau kau mati time tu macam mana?"
Serentak itu air mata Lisa mengalir ke pipi. Faiz terkedu melihat air mata Lisa. Terus dia menggelengkan kepalanya.
" Please. Don't cry. Aku mengaku aku salah. Aku lepaskan kau. Maafkan aku Lisa. Aku tak dapat lindungi kau pun time tu. Aku salah!" Faiz tuduh dirinya berkali-kali. Air matanya turut mengalir ke pipi. Dia rasa kesal yang amat.
![](https://img.wattpad.com/cover/75033084-288-k777773.jpg)
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...