Aku pandang ke luar tingkap. Cuaca nampaknya mendung. Aku turun daripada katil dan menuju ke arah tingkap. Aku menjenguk ke luar tingkap dengan penuh perasaan. Angin mula mendayu-dayu menyapa wajahku. Daun-daun berguguran selepas ditiup angin. Selepas itu hujan mula rintik turun membasahi bumi.
Aku menadah tangan ke luar tingkap. Merasai titik demi titik hujan yang turun itu. Hati aku terasa tenang. Makin lama makin lebat hujan. Serentak itu angin juga makin kuat sehingga rambutku mula menggerbang. Rambut dah kusut jadi kusut lagi jadinya.
Aku tersenyum kecil. Aku pejamkan mataku erat. Merasai setiap titisan hujan dengan tenangnya. Tanpa fikir sebarang masalah. Tapi aku tak tahu kenapa terlayar juga wajah yang aku tak nak ingat langsung buat masa ini. Terus terbantut niat aku untuk memejamkan mata lebih lama. Aku buka mata dengan cebikan. Tak suka la. Kenapa mesti dia muncul?
" Tengku Akmal Faiz."
Terbit senyuman sinis pada bibirku. Pandai kau berahsia Faiz. Tak sangka aku. Kau ingat aku kisah sangat ke fasal status kau? Kau ingat aku ni jenis kikis duit ke? Mata duitan? Mak ayah aku dah didik aku cukup-cukup. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Tapi kau anggap aku macam tu ke? Huh!
Aku menarik tangan aku ke dalam semula. Tangan aku yang basah aku biarkan. Baru saja aku nak ke katil, aku seakan-akan terpanggil untuk melihat ke bawah. Jadi aku tunduk ke bawah rumah. Dan aku terkedu bila nampak Faiz turut ada dekat bawah sambil melihat langit.
Dia turut memejamkan matanya. Tangannya juga dibiar kena hujan macam aku tadi. Matanya turut terpejam rapat. Tapi tidak lama. Kejap je. Then, dia tersenyum. Aku yang tengok jadi tersentuh. Entah kenapa aku suka tengok dia macam tadi.
" Lis. Tolong ingat semula pertemuan pertama kita. Aku tahu kau akan salahkan aku tapi sekarang aku nak kau ingat semula apa yang kau lupa."
Aku terdiam. Benda apa yang dia cakap tu? Benda apa yang aku lupa? And pertemuan pertama? Bukan ke pertemuan pertama aku dengan dia dekat restoran? Aneh!
" I love you Lis. Very much."
Sekali lagi aku terdiam. Aku hanya pandang dia sampai dia menapak masuk ke dalam kereta. Maybe dia dah nak balik. Tak tahu juga kenapa pemergian dia kali ni aku rasa macam susah nak lepaskan. Macam something wrong will happen. No! No! Insya-Allah!
Kring! Kring!
Deringan telefon bimbit aku mengejutkan aku daripada terus memerhati Faiz. Cepat-cepat aku kembali ke arah katil dan mencapai telefon aku. Panggilan dijawab tanpa melihat nama di skrin.
" Helo."
" Helo Lisa. Aku ni Diana."
Aku tersentak. Diana!
" Erk. Ya?"
" Boleh kita jumpa?"
" Sure."
Kali ni aku tak tahu apa alasan aku nak bagi dekat kau Diana. Makin hari aku makin susah nak lepaskan dia Diana. Tapi aku akan cuba. Akan cuba cari cara. Lagipun aku tak berhak bersama dengan dia Diana. Dia bukan untuk aku.
**
" Diana."
Aku ambil tempat di hadapannya. Aku membalas senyumannya. Dia kelihatan manis bertudung dengan berbaju kurung. Alhamdulillah. Dia dah banyak berubah.
" Maaf kalau kacau kau." Ujarnya. Tapi kenapa wajahnya nampak sugul.
" Kenapa ni?" Soalku ingin tahu.
Dia tersenyum hambar. Perutnya diusap perlahan. Aku yang tengok dah simpati.
" Orang tua aku dah tahu. Alhamdulillah mereka boleh maafkan. Tapi mereka suruh lelaki tu bertanggungjawab. Aku tak tahu Lisa. Aku buntu."
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...