Hari demi hari berlalu. Pejam celik pejam celik tinggal lagi 3 hari sebelum majlis resepsi aku dan Faiz akan berlangsung. Cuma sekarang ni aku pelik. Tak ada pula Faiz bawa aku pergi beli barang kahwin. Tak ada pula tanya aku apa tema yang aku nak even sebelum ni dah tanya. Tak ada pula dia tanya pendapat aku tentang majlis tu. kad kenduri pun tak ada pula dia tanya aku nak buat ke tak. For sure, semuanya tentang majlis resepsi tu nanti langsung tak tanya pada aku. diam saja.
Bila aku tanya dia balik, dia Cuma kata ' trust me. I know what I do.' Habis? Aku nak kata apa lagi? Dia yang nak uruskan segala-galanya. Dan lagi satu aku pelik. Lately ni, dia selalu balik lambat ke rumah. Pukul 8 pagi keluar pukul 12 tengah malam baru sampai. Kadang-kadang tu sampai pukul 2 pagi. Selalu aku yang tertidur dulu. tunggu dia balik lambat sangat. Semenjak 3 hari yang lalu.
Sampai mak aku tanya kenapa dia selalu balik lambat. Aku? just cakap busy kerja dekat pejabat. Aku pun kerja kot. Tapi tak lah sampai lambat macam ni. apa lagi yang boleh aku buat melainkan think positif. Ya. Sebab abang Mahfuz dan ayah pun nasihatkan aku supaya bersabar. Mereka tahu masalah Faiz tapi tak nak cakap. Stress tau tak!
Majlis resepsi tu hari ahad ni. Hari ni hari Khamis. Aku ambil cuti sampai minggu depan. Ikutkan nak rehat dekat rumah. Nak fokus untuk majlis nanti. Nak jugalah ajak Faiz bercuti kejap. Tapi dia? awal pagi lagi dah keluar. Time aku tidur pula tu.
Terhambur juga keluhan kecil daripada mulut aku. Aku rindu dia yang dulu. kenapa dia sibuk sangat?
" Lisa?"
Aku yang sedang termenung di taman rumah menoleh sekilas ke belakang. Ternyata mak. Mak datang bawa dulang minuman. Aku menyambut dan meletakkan di meja sisi aku. Aku tersenyum melihat mak.
" Termenung panjang nampak anak mak hari ni?"
Aku tersengih. Aku kembali pandang ke hadapan.
" Sedang fikir je mak."
" Kamu ada masalah ke sayang?"
" Tak ada la mak. Lisa okay je."
" Ke kamu ada masalah dengan Faiz?"
Aku terdiam. Tapi aku tetap maniskan muka.
" Tak. Kami okay je. Cuma dia busy lately ni. Sedih juga mak. Ingatkan nak ajak dia jalan-jalan hari ni. tapi dia tak cuti. Sedangkan majlis dah mula ahad ni." Aku nyatakan rasa kecewaku pada mak.
" Kamu kena faham. Suami kamu tu CEO syarikat besar. Maybe dia tengah siapkan kerja lebih awal sebelum ambil cuti panjang. Mana kita tahu kan?"
Aku tersenyum hambar. Mak pun boleh fikir positif. Aku? Haih! Kau ni Lisa.
" Mak masuk dalam dulu ye sayang. Jangan termenung sangat. Tak elok."
Aku tersengih lantas membuat anggukan kecil. selepas kelibat mak menghilang ke dalam rumah. Aku tengok semula ke arah jalan. Haih. Kan best kalau Faiz muncul sekarang sambil say good morning. Lepas tu berikan ciuman dekat dahi aku. Ha! Lepas tu cakap 'Jom kita keluar sayang?'. Tapi itu semua khayalan semata-mata. Hurmm. Sedihnya hidup. Haha.
Sedang aku fokus ke arah jalan. Tiba-tiba sebuah kereta masuk ke halaman rumah. Dan aku tersentak saat melihat siapa empunya kereta tu. terkedu aku sekejap. Khayalan aku akan jadi kenyataan ke?
Pemandu tu keluar daripada kereta sambil tersenyum dan langkahnya diatur menuju ke arah aku.
" Good morning dear."
Aku terkedu lagi. bila dia memberi kucupan pada dahi aku. Lagilah aku tergamam. Aku tengok dia tak berkelip. Ya Allah! Ini bukan mimpi kan?
" Jom kita keluar sayang? I miss you so much."
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...