Part 32

6.3K 204 3
                                    

Hai guys! Miss me? Miss me? Haha. Sorry guys. Baru berpeluang update bab baru. Macam ni lah. Setiap hari Jumaat sampai Ahad. Sis takkan upload. Sebab cuti. Time kerja je Sis upload. Boleh tak macam tu? Kira bolehlah noh! Hehe. Sebab 3 hari tak upload. So sis buat panjang sikit. Hope enjoy. ;)

Sebenarnya aku baru selesai menghidangkan makanan kepada anak-anak yatim. Tiba-tiba nama aku dipanggil seseorang. Bila aku toleh rupanya Ammar. Pembantu mamat kerek tu. Okay. Maaf. Aku tak boleh nak buang panggilan tu dah.

" Ye Ammar?" Soalku ingin tahu. Yala. Dah nama aku dia panggil.

Ammar menarik senyuman tipis. Dia mengerling ke belakang. Aku nak tahu dia tengok apa jadi aku turut kerling ke belakang. Tapi bila nampak empunya badan yang dimaksudkan Ammar terus aku mencebik geram.

" Kenapa dengan ketua awak tu?" Soalku lagi.

Ammar tersengih pula.

" Tak. Dia panggil. Ada tugas sikit. Adira mana erk?"

" Ada dekat dapur. Saya pergi dulu. Kang kena bebel pula." Jawabku spontan tanpa menghiraukan kawan baik si mamat tu.

Tapi yang aku dengar hanya ketawa dia. Lantak lah! Perlahan-lahan aku mendekati dia. Tapi makin nak dekat makin slow langkah aku. Sebab aku nak tengok dia tengah buat apa. Dari tempat aku berdiri ni. Aku dapat perhatikan tingkah laku dia.

Kau tahu dia tengah buat apa? Dia tengah memberikan sedikit ceramah pada segelintir anak-anak yatim yang terlibat. Tak cukup dengan tu. Dia juga layan kerenah-kerenah anak-anak yatim yang jauh lebih muda dari dia. Entahlah. Yang aku tahu dia dah buat aku tersenyum bila dia sangat hormatkan orang di sekelilingnya. Tanpa tinggikan suara pun. Memang itu yang buat aku suka.

Tapi bila ingatkan sikap dia pada aku. Terus mati senyuman aku. Spoil la! Asal dengan aku dia layan lain. Dengan orang lain dia layan biasa je. Ramah semacam je. Benci tengok muka aku kot?

" Hey!"

Aku tersentak daripada lamunan. Bila sedar kelibat aku dah ditangkap. Aku cepat-cepat hampiri dia. Mujur dia keseorangan saja di situ. Yang lain dah menjamu selera.

" Ammar kata awak cari saya." Ujarku senada. Tengok dia pun tak. Setia tengok orang tengah makan. Sedangkan nak elak bertembung mata. Sebab jantung aku nak terkeluar dah bila sedar mata dia tu asyik renung ke arah aku.

" Cakap tu jangan pandang orang lain boleh?" Suaranya dengan tegas. Tiba-tiba.

Aku pun sebab terkejut terus toleh ke arah dia. Okay! Kenapa dia tengok aku macam tu?

" Back to the topic. Aku nak kau senaraikan balik nama-nama yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam program ni. Bertaip! Kau ada bawa laptop kan? Jangan cakap tak ada. Apa-apa pun mesti siap sebelum malam ni juga! Faham?"

Jelas. Terang. Tegas. Penuh kompromi! Apa lagi? Ha! Kerek! Wuargh!! Kenapa mesti berlagak gila mamat ni? Baru aku lepas puji kau ngek! Erghh!

" Aku tahu kau tengah mengata aku. Tapi aku tak kira. Kerja tetap kerja."

Terus dia berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga dekat sini dengan muka tak percaya. What?! Macam tu je? Bagi arahan then blah? Macam tu je?!

" Are you kidding me!?" Jeritku tanpa dapat ditahan. Ergh! benci!

" I don't care!"

Lol! Dia dengar! Aku terus tutup mulut aku. bila sedar ada beberapa orang tengah tengok aku. terus aku tersengih. Bila aku toleh semula ke arah mamat kerek tu. aku terus merengus geram. Tak puas hati!!!!

" Beb!"

" Apa?"

Aku pandang wajah Adira dengan tak ada semangat.

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now