Part 53

4.9K 140 5
                                    

Okay. Before that, sis nak minta maaf banyak2 sebab part ni macam tak logik pun ada. Bosan pun ada. Entahlah. Haha. Penat kerah idea ini je mampu. Sis minta maaf banyak2. Ya.. Seperti ramai yang mahu pasal Fikri. Haha. So, sis tunaikan permintaan korang. By the way.. gambar media di atas tu gambaran wajah Hanis time kecil. Hehe.

Other's POV

16 tahun yang lalu

" Fikri! Nak ke mana tu?"

Terkocoh-kocoh seorang budak lelaki berlari ke arah taman permainan. Langsung tidak hiraukan panggilan ibunya. Dia Cuma nak dapatkan tempat di buaian. Kalau lambat dia tak dapat bermain di situ lagi.

Bila dah dapat tempat, dia terus duduk dan menghayunkan buaian dengan hati yang senang. Sedang elok dia menghayunkan buaian, dia ternampak seorang budak perempuan sedang bergelak tawa dengan ayahnya. Entah kenapa, hatinya jadi tertarik dengan senyuman budak perempuan tu. Sampai hayunannya terhenti.

" Ayah! Nak naik tu!"

Tanpa menunggu jawapan ayahnya, budak perempuan itu cepat-cepat mendapatkan buaian yang masih kosong. Dia juga sempat berikan senyuman pada budak lelaki di sebelahnya. Then, dia terus hayunkan buaiannya sampai dia tergelak. Rasa seronok tak terkata.

Sekali lagi Fikri terpaku. Melihatkan budak perempuan itu tersenyum dia turut tersenyum dan perlahan-lahan dia turut menghayunkan buaiannya. Dia rasa dia suka tengok budak perempuan sebelahnya ni.

" Hanis! Meh sini!"

" Ala ayah. Nak main lagi."

Kedengaran rengeken budak perempuan itu. tanda tidak puas hati bila dia tak dapat bermain dengan lebih lama lagi. Fikri yang melihat terdiam. Terdetik dihatinya perkataan comel.

" nanti boleh main lagi kan? Cepat sini."

Dengan muka masam, budak perempuan itu pun turun daripada buaian. Mungkin gara-gara nak cepat, dia terjatuh. Fikri yang melihat terkejut lantas meluru ke arah dia.

" Awak okay?" Soal Fikri.

Budak perempuan itu mendongak sekilas lantas bangun berdiri. Dia sapu bahagian bajunya yang sedikit kotor itu. Barulah dia kembali tengok ke arah Fikri.

" Okay. Terima kasih." Ucap budak perempuan itu lantas berlari ke arah ayahnya.

Fikri yang melihat menarik senyuman. Yang pasti dia akan ingat budak perempuan itu sampai bila-bila.

**

" Fikri..Fikri..Fikri!"

Hanis terus tersedar selepas mendapat mimpi tersebut. Buat seketika dia terkebil-kebil sampai dia dapat hadam maksud mimpi tu. Tidak lama kemudian, air matanya pula mengalir ke pipi. Tak dapat ditahan, dia teresak juga dekat situ.

" Hanis? Ya Allah! Hanis okay ke tak ni?"

Puan Afifah yang setia menemani Hanis daripada tadi datang dekat dan menggenggam erat tangan Hanis yang teresak-esak itu. Prof. Azman yang melihat hanya mendiamkan diri.

" Fikri.. Hanis dah ingat di mana kami berjumpa buat kali pertama. Tapi Hanis kejam. Hanis tak ingat langsung dekat dia. Hanis kejam!" Hanis salahkan diri dengan linangan air mata.

Puan Afifah tersenyum hambar. Prof. Azman mendekati Hanis dan duduk di tepi katil Hanis. Kepala Hanis diusap perlahan.

" Jangan salahkan diri kamu. Lagipun kamu kecil lagi masa tu sayang."

Hanis menyeka air matanya laju. Dia baru teringat tentang keadaan Fikri. Terus dia mendongak melihat ayahnya.

" Fikri. Mana dia? mana dia ayah? Dia tak mati kan? Kan?" Bertalu-talu Hanis menyoal. Dia tak dapat terima kenyataan andai Fikri betul-betul mati.

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now