Part 31

5.9K 179 1
                                    

Other's POV

Datuk Ismail bersama dengan Datin Hani duduk di kerusi menunggu dengan pelbagai perasaan. Dalam hati mereka tak habis-habis berdoa agar Lisa selamat. Berharap puteri mereka dapat bertahan.

Begitu juga dengan Mahfuz dan Julia. Wan dan Ammar turut diam menanti jawapan daripada doktor. Cuma Faiz saja tak nampak daripada tadi. Entah hilang ke mana. Maybe belum keluar daripada surau.

Tiba-tiba lampu kecemasan bertukar kepada hijau. Semua yang duduk di situ bergegas bangun dan menghampiri doktor yang merawat Lisa.

" Doktor. Macam mana dengan anak saya?" Soal Datuk Ismail ingin tahu.

Doktor yang bernama Hasni itu mengukirkan senyuman hambar. Topeng mulut dikeluarkan. Satu persatu wajah yang berada di hadapannya diperhati sekilas sebelum berakhir semula pada Datuk Ismail.

" Alhamdulillah. Keadaan dia dah stabil."

Dengan saja perkhabaran itu, barulah mereka semua boleh menghembus nafas lega.

" Tapi..."

Senyuman lega yang terukir pada wajah mereka kembali kendur.

" Kenapa doktor?" Soal Mahfuz ingin tahu. Dia takut adik dia cacat ke apa ke. Takut penerimaan Lisa.

" Dia koma."

" Allah!"

Datin Hani terus terduduk dengan linangan air mata. Datuk Ismail yang berada di sebelah isterinya itu pantas memeluk tubuh Datin Hani. Dia tahu Datin Hani terlalu sayangkan Lisa.

" Berapa lama doktor?" Mahfuz menyoal bagi pihak ibu dia.

Doktor Hasni tersenyum pahit.

" Mungkin seminggu. Mungkin sebulan atau setahun. Kami tak dapat jangka."

Mahfuz beristighfar. Tak sangka keadaan adik dia teruk sampai macam ni sekali. Wajahnya diraup perlahan. Rasa kesal sebab pernah buat adik dia merajuk sebelum ni. bibirnya diketap kuat. Adik! Tolong bertahan! Demi kami semua.

" Ada dekat sini yang bernama Faiz tak?" Soal Doktor Hasni ingin tahu.

Ammar dan Wan dah saling berpandangan. Pelik sebab tiba-tiba nama Faiz disebut oleh doktor. Mahfuz dan Julia pun sama.

" Kenapa doktor? Dia turun tadi." Jawab Ammar bagi pihak semua.

" Tadi sebelum dia tidak sedarkan diri. Dia ada sebut nama tu dua kali. So saya rasa dia orang penting pesakit. Jadi kalau boleh biarlah orang yang selalu di sekeliling dia sebelum ni tak abaikan dia. selalu berjumpa dan berbual dengan dia. InsyaAllah dengan cara itu pesakit akan cepat sedar. Saya rasa itu saja. Saya minta diri dulu."

Usai saja doktor Hasni berlalu. Faiz pun muncul. Dia tengok muka-muka yang sugul itu dengan debaran. Dia sudah jadi tanda tanya. Cepat-cepat dia menghampiri Ammar dan Wan.

" Ammar. Wan. Apa dah jadi? Macam mana dengan Lisa?" Soal Faiz dengan renungan tajam.

Ammar dan Wan terkedu dengan soalan Faiz. Tak tahu apa penerimaan Faiz nanti.

" Weh! Aku tanya ni! jawablah!" Gesa Faiz gara-gara tak tahan. Dia perlu tahu!

" Faiz."

Mahfuz pula memanggil. Faiz cepat-cepat menuju ke arah Mahfuz dengan kerutan di dahi.

" Kenapa ni bang? Macam mana Lisa? Dia okay kan? dia selamat kan?" bertalu soalan ditanya Faiz pada Mahfuz.

Mahfuz tersenyum hambar. Lisa. Abang tahu kamu terlalu sayangkan Faiz. Demi Faiz tolong sedar cepat.

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now