Part 34

5.5K 175 9
                                        

Hai guys. Sorry semalam tak update. Bad Mood. Bila badmood nak buat apa pun serba tak kena . Haha. So hari ni update awai sikit. Hehe. Jangan lupa tinggalkan komen tau!

" Semua sila berkumpul sekarang!"

Dengar suara itu, aku terkocoh-kocoh berjalan ke arah tempat orang berkumpul. Sampai mengah aku dibuatnya. Aku tercari-cari kelibat Adira. Tapi tak nampak. Aku dah terlambat. Tidur lewat sangat semalam. Terfikir sangat fasal Faiz. Kan dah terbangun lewat pagi ni. Haih!

" Duduk dalam kumpulan masing-masing."

Aku tergaru-garu keningku yang tidak gatal. Kumpulan? Kumpulan apa pula ni? Aku dah pening! Aku tengok sekeliling. Semua orang dah mula bergerak cari kumpulan sendiri. Manakala aku masih berdiri tegak di kalangan mereka. serius aku blur!

" Lis!"

Aku tertoleh ke kiri. Nampak je muka Adira pantas aku lari ke arah dia. Mujur dia cari aku.

" Kau pergi mana?!" Bentakku geram.

Adira tersengih.

" Makan dulu tadi. Tu la kau. Siapa suruh bangun lambat sangat."

Giliran aku pula tersengih.

" Tak sengaja. Sekarang kita nak buat apa? Semua orang ada kumpulan. Habis kita?"

" Tu la kau. Sebab kau bangun lambat habis semua data kau tak dapat. Kita ni kan ajk. So tak payah terlibat. Nanti kita bantu je diorang."

Aku buat muka faham. Aku menganggukkan kepalaku sedikit. Baru faham. Haha. Hadam Lisa hadam.

" Tu! Asal tercegat lagi dekat situ? Buatlah kerja."

Dengar dah suara tegas dia tu. Aku pandang Adira dengan muka meluat. Adira hanya tersengih. Sebab dia dah tahu kalau dengan aku mesti mamat tu berubah 100%. Aku hanya mampu tahan sabar.

" Dia ni memang tak reti sabar erk?" Soalku apabila kelibat Ammar lalu. Lebih pada menyoal pada Ammar.

" Haha. Tak juga. Ikut keadaan."

Aku mencebik. Benci. Dengan lemah lembutnya aku mendekati dia. Dah semua ajk kena pergi dekat dia. So mahu tak mahu kena jugalah.

" Ha!"

Tu. Kenapa pula tu. Siap tengok aku lagi. Dengan muka kering dia. Asal? Nak cari fasal?

" Kau berdiri sebelah aku. cepat!" Arahnya dengan tegas.

Aku yang mendengar hanya menurut tanpa sepatah kata. Sememangnya aku dah penat nak lawan mulut dengan mamat ni. So, layankan je la. Mujur Adira berdiri sebelah kanan aku. Faiz ni pula sebelah kiri aku.

" Faiz!"

Kami semua terus menoleh ke belakang saat mendengar nama Faiz dipanggil. Dan kelihatan seorang perempuan yang nampak gedik pada pandangan mata aku menghampiri Faiz. Sebab nampak macam tak sabar nak berdepan dengan Faiz. Dah kenapa?

" Yes Hanis? Any problem? Group awak ada masalah?"

Aku buat muka meluat. Dengan orang lain punyalah berlembut. Tapi dengan aku? Benci la!

" Saya nak join group awak boleh? Group saya tak sporting lah." Adunya dengan senyuman menggoda.

Serius. Aku yang tengok ni pun nak termuntah weh. Aku terus senggol siku Adira. Ammar yang sedar reaksi aku terus berdiri belakang aku.

" Siapa tu? Gediknya." Bisikku pada mereka berdua. Tapi pandangan kami masih tertumpu pada mereka.

" Itu Hanis. Anak salah seorang pensyarah kolej kita. Tapi pensyarah tu tak ikut." Jelas Ammar bagi jelas.

Kau Lelaki ItuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang