Part 49

5.3K 149 4
                                    

Aku mengerling ke kiri dan kanan sisiku. Tapi insan yang dicari tiada. Aku tersedar daripada lena yang panjang sebaik sahaja dengar bunyi hujan. Aku kerling pula jam di dinding. Dah pukul 12 tengah malam. But, Faiz masih belum masuk tidur?

Aku bangun duduk. Rasa ngantuk masih terasa. Tapi aku gagahkan juga. Aku turun daripada katil dengan perlahan-lahan. Rasa sakit dekat kaki masih terasa. Balutan pun dah jadi kemas. Sebelum tidur tadi Faiz dah tukar balutan.

Aku menapak ke luar bilik. Semuanya dah gelap kecuali ruang tamu. Masih cerah. Aku mengerutkan dahi. Siapa yang ada dekat situ? Faiz kot. Jadi, aku turunlah tangga dengan perlahan-lahan. Dengan terjengket-jengketnya. Takut terjatuh.

Sampai saja di anak tangga terakhir, aku dah dapat tangkap kelibat Faiz yang tengah tekun buat kerja depan laptopnya itu. aku tersenyum kecil. Haih. Busy buat kerja rupanya. Sampai sekarang tak habis-habis lagi ke? Sah workaholic dia dah datang. Lama sangat cuti la katakan.

Tak mahu dia sedar, aku jalan setapak demi setapak. Serius! Aku rasa nak tergelak. Dah macam spy pun ada. Dia masih tekun. Tidak hirau keadaan sekeliling. Bila dah sampai tepat di belakangnya. Aku memeluk lehernya dan meletakkan daguku pada bahunya. Aku sempat kucup pipinya lantas memandang ke arah laptopnya.

" ya Allah! Terkejut abang Lisa ni."

Aku tersengih. Tahu pun terkejut. Tekun sangat!

" Kenapa sayang turun? Kan kaki tak sembuh lagi?"

Dia tarik tangan aku sampai suruh aku duduk diribanya. Aku hanya menurut. Aku masih perhati laptop dia. Laporan tak siap lagi la tu.

" Abangla. Kenapa tak masuk tidur lagi? Sekarang dah pukul berapa?" Ujarku lantas memandang ke arahnya.

Dia menarik senyuman kecil. Hidungku dicuitnya perlahan.

" Sorry sayang. Abang kena habiskan kerja malam ni juga. Esok ada meeting penting. Tu la akibatnya bila ambil cuti lebih daripada had. Jangan risau. Sikit je lagi ni. sayang pergi tidur dulu ye?" Pujuknya lantas menepuk-nepuk belakang aku.

Aku memuncung. Tak sukanya tidur seorang. Aku membuat gelengan kecil.

" Ala. Jom lah tidur sekali. Esok pagi boleh sambung. Or nak Lisa tolong?"

Aku mula memusingkan badan ke arah laptopnya. Aku tengok satu persatu. Boleh ni. Aku tahu apa yang dia nak buat.

" Janganlah sayang. Sayang masih tak sihat ni."

Dia menunjuk ke arah kaki aku. Aku mencebik geram.

" Tu kaki bukan tangan bukan badan." Protesku lantas bangun daripada riba dia.

" Sayang pergi tidur dulu erk. Kejap lagi abang naik. Erk?" Dia masih cuba memujuk.

Aku mengeluh kecil. Suka buat aku macam ni kan? Aku mana boleh tidur kalau tak ada dia di sisi aku. Tadi pun dia teman aku. Hurmm. Dengan muka masam aku berlalu tanpa berkata apa-apa.

Nak kena naik tangga pula. Aduh! Letih! Dengan kaki bengkak lagi. Padah! Tu la kau! Tadi nak turun sangat. Bila nak naik tahu pula mengeluh. Hampeh punya kau ni Lisa! Redha je lah.

Baru je aku nak langkah anak langkah pertama, tubuhku tiba-tiba dicempung. Aku apa lagi terkejut la. Mujur sempat paut leher Faiz. Aku tengok dia dengan renungan tanda tanya. Tadi kata nak buat kerja? Aku kerling ke arah ruang tamu. Aik! Dah tutup dah laptop dia.

" tadi kata ada kerja?" Soalku ingin tahu. Dia dah mula naik anak tangga.

" Buat kerja dan biarkan isteri abang ni merajuk sorang-sorang?"

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now