Okay guys! Memandangkan ada sehari lagi before Raya. Haha. Jadi, part ni aku buat panjang sikit. Untuk korang ubat rindu. Sebab lepas raya baru aku post balik. Maybe seminggu juga aku tak post. So, this is for you guys! ;)
3 hari kemudian.
" Adik."
Aku memandang sipi ke arah abang yang sedang merenung aku itu. Malas nak layan aku kembali fokus pada skrin televisyen. Serius aku cakap. Mood aku selama 3 hari ni memang down gila-gila. Apa saja orang sekeliling aku buat. Aku langsung tak ambil tahu. Ambil perhatian aku sampai buat lawak pun aku masih tak gelak. Aku macam patung tanpa perasaan. Kosong!
Apa aku buat selama 3 hari ni? Tak tengok tv, tidur. Tak tidur makan. Tak dua benda tu baca novel. Tu je kerja aku. Memang bosan. Tapi itu lebih memuaskan hati daripada layan orang yang suka menyakitkan aku. Oh ya! Telefon bimbit aku pun dah dioff selama 3 hari ni.
" Abang nak cakap sikit ni."
Aku hanya mendiamkan diri. Tanpa menghiraukan abang yang dah ambil tempat di sebelah aku.
" Are you okay?"
Aku tersenyum sinis. Dah kenapa tiba-tiba tanya soalan tu?
" Okay je. Asal?"
" Selepas balik je daripada mall 3 hari lepas. Adik terus masuk bilik sambil nangis-nangis. Faiz ada buat something ke dekat adik?"
Aku terdiam. Dengar je nama Faiz boleh buatkan aku marah. Hati aku boleh kembali sakit.
" Nothing."
" Adik! Asal degil sangat ni?"
Tiba-tiba bahu aku ditarik agar berdepan dengan abang. Aku pandang abang dengan renungan tidak puas hati. Abang pun sama.
" Apa? Apa adik buat?" Soalku tidak puas hati.
" Kenapa buat Faiz macam tu? 3 hari dia cari kamu. Call kamu. Tapi kamu tak layan. Sampai dia datang cari abang dekat pejabat. Dia risaukan kamu adik."
Aku tersentak. What? Dia cari abang dekat pejabat? Macam mana dia boleh tahu pejabat ayah aku? Arh! No wonder la sebab syarikat ayah aku dikenali ramai.
" So what?"
" Adik buat dia risau adik tanya kenapa? Abang tak faham betul dengan kau ni dik."
Abang melepaskan keluhan kasar. Aku yang mendengar dah menarik senyuman sinis.
" Oh! Abang risaukan dia je. habis adik abang ni? hati adik abang ni? Tak fikir pula?"
" Sebab abang fikirlah abang suruh adik berhenti protes macam ni."
Aku terlopong. Tapi tidak lama bila mengingatkan kembali peristiwa tiga hari lepas.
" Abang tahu? Abang tahu apa?"
Abang menarik senyuman tipis.
" Dia dah ceritakan segalanya pada abang. Trust me dik. Dia tak buat semua tu. Dia difitnah."
Aku tersentak. What? Abang tahu?
" So abang percayalah? Dah terang-terang dia buat abang masih nak bela lelaki tak guna tu?!" bentakku dengan rasa tidak percaya.
" Sebab abang percaya lah abang suruh kamu dengar dulu penjelasan dia! jangan degil sangat boleh tak dik?! Abang buat semua ni demi kebaikan kamu."
Belum sempat aku nak membalas kata-katanya. Dia terlebih dahulu bangun meninggalkan aku dengan rengusan kasar. Aku yang melihat dah mengeluh kecil. Apa yang terjadi sebenarnya ni?
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...