Part 11

6.4K 238 0
                                        

" Lisa. Bangun sayang."

Aku mula tersedar saat terasa ada belaian pada kepalaku.
Perlahan-lahan aku membuka mata. Mula-mula agak kabur. Tapi lama-lama makin jelas dan aku dapat tengok wajah mak dan ayah aku. Mereka berdua ada di sisi aku dengan senyuman.

" Mak. Ayah."

Aku cuba untuk bangun duduk. Tapi perutku terasa sakit. Terus aku kembali rebah.

"Ouch!"

Aku sentuh bahagian perut aku. Kenapa dengan perut aku?

" Hati-hati sayang."

Aku cuba ingat balik apa yang terjadi. Ammar! Ya. Baru aku ingat. Perempuan yang bernama Ira tu yang tikam aku. selepas dia berjaya tikam aku, aku terus tidak sedarkan diri. Aku Cuma dengar sayup-sayup suara Ammar menjerit meminta tolong.

" Mak. Ammar mana?" Soalku ingin tahu.

" Dia ada dekat luar sayang. Mak minta maaf."

Aku tersenyum kecil. Tangan mak aku genggam erat.

" Kenapa mak nak kena minta maaf pula? Mak tak salah lah."

" Mak yang mulakan rancangan ni. Suruh kamu ikut cakap mak. Sampai tak terfikir fasal keselamatan kamu. Mujur Ammar cepat. Kalau tidak mak tak tahu apa akan jadi pada kamu."

Mak terus memeluk aku dengan tangisan kecil. Aku tersenyum kecil. Aku mengusap belakang mak dengan penuh kasih sayang.

" Mak tak salah. Jangan risau. Lisa yang tak hati-hati. Dah. jangan nangis." Aku cuba memujuk.

" Kamu tak salah sayang. Lisa pun dah sedar kan?" Ayah pula bersuara.

Pelukan terlerai. Mak mengesat air matanya. Aku tersenyum kecil.

" Dah. Jangan nangis la mak. Tak comel dah. kan ayah?" Aku mula rasa nak mengusik. Aku tersengih.

" Betul tu sayang. Mak dah tak comel bila nangis." Ayah pun nak join sekaki. Haha.

" Abang ni!" Mak dah mula memuncung.

Akhirnya kami bertiga ketawa tanpa fikirkan masalah sebelum ni.

" Assalamualaikum."

Suara orang memberi salam membuatkan kami bertiga menoleh ke arah pintu. Rupanya Ammar.

" Eh Ammar. Masuklah. Lisa. Mak dan ayah keluar dulu ye."

Hilang saja kelibat mak dan ayah, Ammar datang dekat dan berdiri sebelah aku. Aku pandang dia dengan jongketan di kening. Pelik sebab Ammar diam.

" Kenapa ni Ammar?" Soalku ingin tahu.

" Saya minta maaf."

" Sebab?" Dugaku.

" Sebab buatkan awak cedera. Saya salah sebab biarkan dia tikam awak. Sepatutnya saya halau dia. Tapi saya tak. Saya biar je dia duduk situ. Dah tahu dia psiko tapi saya tetap buat tak layan. Saya menyesal. Saya tak sangka dia sanggup membunuh. Mujur awak dah selamat."

Ammar nampak benar-benar bersalah. Aku menarik senyum.

" Saya okay Ammar. Ala. Sikit je ni. Lagipun mesti dia buat dalam keadaan tak sedar."

" Tak. Saya tahu dia buat dalam keadaan sedar. Dia cemburukan awak. Dia nak awak hilang barulah dia boleh dapatkan saya. Saya faham sangat perangai dia Lisa."

Aku terkedu.

" Okay. Tapi saya dah selamat kan? Dahlah. Jangan risau." Aku cuba untuk menenangkan hati dia.

Tiba-tiba aku terdengar keluhan kecil daripada mulut dia.

" Saya tak tahu apa akan jadi kalau terjadi sesuatu yang lebih teruk dari ini pada awak. saya rasa saya akan menyesal seumur hidup saya." Gumamnya dengan perlahan.

Tapi telinga aku kan tajam. So aku dapat dengar dengan jelas apa yang dia kata.

" Ammar. Chill. Saya okay kan?"

Ammar masih tidak tersenyum. Aduhai. Susahnya macam ni. Sepatutnya dia yang kena buat aku senyum.

" Malissa."

" Ya.."

" Saya mengaku."

" Mengaku untuk?"

" Saya dah jatuh hati pada awak."

Aku terus terbungkam. Ammar?

**
Aku tengok Adira. Dia tengok aku. Selepas tu dia menarik senyum. Aku pula pelik tengok dia tersenyum.

" Baguslah kalau macam tu."

" Ha? Bagus? Dah kenapa bagus pula?" Aku tak faham.

" Yala. Dia dah jatuh hati dekat kau. So rancangan mak kau hampir nak berjaya. Lagi dua orang je la."

Aku tepuk dahi. Adira ni! Memang tak faham langsung maksud aku.

" Kau gila? Weh! Baru 4 hari aku keluar dengan dia."

" So? Perasaan ni kita tak boleh dijangka tahu? Dah dia jatuh hati dekat kau. Siapa kita nak halang? Tu perasaan dia. Hati dia."

Aku terkelu. Betul juga tu. tapi.

" Kau jangan fikir banyak. Kau Cuma teruskan je sampai cukup 3 bulan. yang penting hati kau. Kau akan pilih siapa nanti."

" Dia ke orang yang dah sayangkan aku sebelum aku kenal dia?"

Adira pula terdiam. Tapi dia tarik senyum.

" Aku tak tahu. Kau kena pandai agak."

Aku tunduk pandang jari.
Susahnya bila dah melibatkan hati dan perasaan ni. Aku tak sangka Ammar boleh jatuh hati dekat aku secepat ni.

" Dah. Kau jangan fikir banyak. Kau kena rehat tau. Kau baru lepas pembedahan. Tu luka tu pun belum sembuh."

Bila Adira dah mula membebel. Aku pun tak boleh buat apa.

" Yela!"

Terus aku rebahkan diri. Selimut aku tarik sampai ke bahu. Adira tersenyum tengok tingkah aku. Suka la tu.

" Aku balik dulu. Esok aku datang lagi."

Aku memejamkan mata. Letih. Nak rehat.

" Lis!"

Tapi dengar je suara tu. Terbantut terus nak tidur. Cepat-cepat aku kalih ke arah pintu.

" Faiz?"

Kau Lelaki ItuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang