Part 46

5.5K 156 2
                                    


Hanis POV

" Korang?"

" We husband and wife. Why erk?"

Air mataku terus mengalir ke pipi. Teringat pengakuan dari mulut Faiz semalam memang benar-benar menyakitkan hati aku. Memang benar-benar menusuk ke jantung aku. Hati aku terbakar melihat kemesraan mereka. patutlah mesra semacam. Rupanya dah kahwin.

" Kenapa aku tak tahu?!"

Aku menangis teresak-esak dalam bilik. Aku rasa sedih sangat. Aku cintakan kau Faiz! Kenapa kau tetap pilih dia? Aku ni sanggup tunggu kau sampai ke tahap ni. Tapi kau tetap pilih dia?!

" Argh!! Semua lelaki sama je!"

Barang-barang yang ada depan mata aku semua aku tolak sampai jatuh ke bawah. Aku tak hairan barang pecah ke apa ke asalkan mampu puaskan hati aku yang panas ni. tak guna punya Lisa!!! Kau kena mati! Aku tak kira! Kau kena mati!!!

" Hanis! Kamu okay ke?"

Aku toleh ke arah pintu. Mataku dah merah gara-gara menangis. Aku tunduk dan ternampak sebilah pisau. Aku menarik sengihan jahat. Tak lama selepas tu aku tergelak kuat. Aku tahu nasib menyebelahi aku. Nasib nak aku bunuh Lisa! Yes! Aku kena pergi bunuh dia. barulah aku boleh hidup dengan Faiz! Hahahaha!

" Hanis!"

Aku ambil pisau tu dan letakkan dalam poket seluar aku. Then, aku buka pintu bilik dengan muka tiada perasaan.

" Sayang okay ke ni?"

Aku tepis tangan dia yang cuba nak sentuh dahi aku. Aku senyum sinis.

" Suka hati aku la nak okay ke tak. Dah tepi! Aku tak perlukan prihatin kau."

Pantas aku turun daripada tangga dan menuju ke pintu utama. Sekali lagi aku terserempak pula dengan lelaki yang paling aku benci. Aku jeling dia dengan renungan tidak puas hati. Tanpa berkata apa-apa aku melangkah ke arah kereta. Aku cepat-cepat masuk dan memandu luar dari situ. Lisa! Kau tunggu! Aku akan pastikan kau mati juga hari ni!! Hahahaha!

End Hanis POV

**

Prang!

Aku menekup mulut tanda terkejut. Aku baru selesai membancuh kopi buat Faiz. Tapi aku tak sengaja terlepas. Aku rasa aku pegang elok je tadi. Tapi terlepas. Ya Allah! Kenapa hati aku pula rasa tak sedap. Rasa macam semacam.

" Sayang! Sayang okay ke?"

Aku tunduk dan mula mengutip kaca-kaca yang bertaburan itu. Tapi baru saja aku ambil satu kaca, tangan aku ditarik sehingga aku berdiri tegak semula. Aku pandang dia yang nampak cemas itu.

" Ya Allah! Sayang okay ke tak ni? Macam mana boleh jatuh?"

Aku tersenyum kecil.

" Lisa okay. Lisa tak sengaja. Terjatuh tadi."

" Dah. pergi depan. Biar abang yang buat. Bahaya ni. Kaca."

Aku perhati dia yang sedang kutip kaca yang bertaburan itu. Aku nak buat dia tak bagi. Jadi, dengan macam-macam persoalan dan perasaan aku melangkah ke arah ruang tamu. Aku ambil tempat di sofa. Kami baru sampai dekat rumah pagi tadi. Sekarang kami sedang berehat sebelum nak pulang ke rumah orang tua Faiz. Ini pun rumah aku tiada orang. Family aku semua dah pergi sana dulu.

" Sayang..."

Dia muncul dengan dua mug. Aku terdiam. Aku yang patut bancuh untuk dia. Tapi ini terbalik. Terhambur keluhan kecil daripada mulutku.

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now