Part 50

5.5K 146 2
                                    

Other's POV

Aku minta maaf bagi pihak Hanis. Aku tahu dia tak berhak kacau kau dan isteri kau. Sorry again.

Jelas berkerut dahi Faiz saat mendapat pesanan ringkas daripada nombor yang dia sendiri tidak kenali. Then, mention nama Hanis pula tu. Lagilah dia pelik. Niat di hati nak balas sebenarnya. Tapi bila nampak kelibat isterinya masuk ke dalam bilik. Dia batalkan hasratnya. Biarlah. Asalkan tak kacau hidup aku.

Buat masa sekarang aku lega, sebab dah dua hari tiada berita daripada Hanis. Means, Hanis dah tak kacau Lisa. Lega la sikit hati aku ni.

" Abang. Lisa nak pergi kerja dah ni. Abang nak hantarkan ke?"

Lisa mendekati suaminya yang kelihatan sedang terfikir itu. Tapi mata tu tengok aku. Dah kenapa dengan suami aku ni? Tali leher pun tak pakai lagi. Haih. Fikir apala tu.

" Abang?"

Faiz tersedar daripada lamunan. Mengelamun je kerja kau!

" Yes!"

" Sini tie tu nak tolong." Faiz menyerahkan tie kepada Lisa. Dan biarkan Lisa memakaikannya. Tugas dia sekarang hanya memerhati setiap tingkah Lisa. Okay Faiz kejam! Haha.

" Siap! Lisa pergi sendiri la erk?"

Faiz pantas menggelengkan kepalanya.

" Never!"

" Alaaa." Lisa dah memuncung. Asyik kena hantar je. Teringin juga nak pergi sendiri. Hmm.

" Ha. Panjangnya muncung dia. Nak abang sambungkan muncung tu tak?"

Bila Faiz dah dekatkan wajahnya, pantas Lisa tolak dada Faiz. Gatal!

" Dah lah. Jom. Nanti lewat."

" Okay madam!"

**

Aku benci kau!

Aku benci kau!

Aku benci kau!

Berapa banyak kali pun dia menulis perkataan tu pada kertas. Hatinya tetap menafikan yang dia bencikan lelaki itu. Malah dia mula rasa something setiap kali lelaki itu pandang dirinya. Akhirnya kertas tadi dikoyakkannya dan dibiarkan berterabur atas meja.

" Argh!"

Dia meraup wajahnya kasar. Dah dua hari dia berkurung dalam bilik. Tak keluar. Kalau nak makan pun dia tak keluar. Tu pun ibu tiri dia letakkan makanan depan dia. Dia keliru dengan perasaan dia.

Tok! Tok!

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Tapi Hanis hanya kaku pada kerusi. Malas nak layan tetamu tidak diundang. Dia rasa letih. Nak rehat. Dua hari dia tak dapat lelapkan mata. Naik sembap mata dia.

" Hanis."

Dengar je suara garau itu, Hanis terus rasa segar. Malah kakinya drastik melangkah ke arah pintu. Cuma akalnya tidak benarkan dia buka pintu je lagi. Dia terkejut sebab dah dua ari Fikri diam. Tak ketuk pintu bilik dia. So, dia jadi serba salah.

" Hanis. Aku minta maaf. Keluarlah. Aku rindu kau."

Tanpa sedar Hanis menarik senyum. Semua itu diluar sedar dia. manakan tidak. Sepanjang dia hidup, dia tidak pernah senyum. Dekat diri sendiri pun tidak melainkan senyuman sinis. Kali terakhir dia senyum masa dia berumur 14 tahun. Selepas itu sikap ceria dia terus hilang.

" Hanis. Jangan seksa aku macam ni. Keluarlah."

Hanis mendekat lagi dekat pintu. Dan akhirnya dia sandar pada belakang pintu. Dia malu sebenarnya. Malu nak berdepan dengan Fikri. Sebab dia Fikri marah.

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now