" She is my future wife!"
" She is my future wife!"
" She is my future wife!"
Aku menggelengkan kepalaku berkali-kali. Pleaselah! Jangan ingat lagi benda tu. Walaupun kata-kata dia sedikit sebanyak membuatkan aku terkedu. Kata-kata dia juga buatkan aku nak dengar lagi ayat-ayat seterusnya.
Arh! Aku ni dah gila gamaknya. Set kan dalam minda kau Lisa. Dia tolong kau je. Tolong daripada terus diganggu si Zul tu. Aku ingat lagi reaksi Zul saat tu. Memang terkejut habis. Faiz pula memang pandai mainkan peranan. Sampai aku hampir termakan kata-kata dia.
" What...what do you said?"
" Yes. Malissa bakal isteri aku. Kau dah dengar dengan jelas kan? So, aku harap kau takkan ganggu dia lagi. Dia dah tak nak dekat kau kan? Kenapa still terhegeh-hegeh lagi? Kau yang buat salah dulu kenapa kau nak jilat balik?"
" A..aku.." Zul dah mula gagap.
" Aku sayangkan dia. Dan aku takkan buat benda bodoh untuk tinggalkan dia. Aku juga takkan biarkan kau merampas dia semula. Kau faham?"
Tok! Tok!
Aku tersedar daripada lamunan. Serta-merta perbualan antara Faiz dengan Zul semalam hilang daripada fikiran aku. Please. Jangan ingat apa yang terjadi semalam.
" Beb!"
Dengar je suara Adira, aku bergegas buka pintu bilik. Terpampang wajah dia yang nampak sedikit cemas tu. Dahiku berkerut. Dah kenapa?
" Kenapa ni? cemas semacam je." Soalku ingin tahu.
Adira tengok aku. Dia cuba nak senyum tapi tak jadi. Macam cacing kepanasan aku tengok.
" Dira! Please say something!" Tegasku. Tak tahan tengok dia yang gelisah semacam ni.
" Erk. Aku. Aku just nak cakap...."
Pin! Pin!
Bunyi hon kereta yang tiba-tiba terus buatkan Adira terbantut nak cakap. Aku merengus geram. Siapa pula yang bising pagi-pagi ni!
" Adira. Siapa tu? dan kenapa kau jadi macam ni? Cakaplah!" Gesaku lantas mencengkam bahunya.
Adira tersenyum tapi nampak hambar.
" Zul datang."
Okay. Kali ni aku terlopong.
" What?!"
Aku masuk balik dalam bilik lantas sarungkan tudung biar kemas. Then, aku keluar semula dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Aku buka pintu utama dan berjalan menuju ke pintu gate. Kelihatan Zul sedang sandar dekat kereta dia dengan wajah yang tegang.
" Awak nak apa ni?"
Aku pandang sekeliling. Takut ganggu orang lain. Patutlah Adira takut. Tengoklah wajah Zul sekarang ni. Tegang semacam. Lagipun Adira dah pernah kena ugut dengan Zul ni. That's why aku dah benci dengan Zul.
" Ikut saya!"
Itu bukan suruhan tapi arahan. Giliran aku pula berwajah tegang.
" Hey! Tak cukup lagi ke dengan penjelasan semalam? Awak nak saya buat apa lagi supaya awak jauhkan diri awak daripada saya? Dan mana awak tahu rumah saya? Saya tak pernah cakap dekat awak pun rumah baru saya. For your information, kita dah tak ada apa-apa tau. Semalam tu just kebetulan je kita terjumpa. Pleaselah Zul! Antara kita is over!"
Ambik! Panjang lebar aku terangkan dekat dia. Memang jenis tak faham bahasa betul. Ingatkan semalam lepas Faiz tipu dia, dia akan percaya. Sebab dia terus pergi dengan muka yang sangat kecewa. Aku pula terus balik lepas ucapkan terima kasih dekat Faiz.
" Saya tak percaya!" Jerkahnya secara tiba-tiba.
Gara-gara jerkahan dia juga , bahu aku sedikit terhinjut sebab terkejut. Aku terdiam. Tak percaya Zul yang sedang berdiri depan aku saat ini.
" I'm sorry. Tapi please ikut saya. We need to talk." Kali ni dia cuba merayu pula.
Aku meraup wajahku kasar. Dia ni memang jenis tak faham bahasa.
*Before that. Cheq minta maaf. Kenapa rasa macam sebab Zul tu tak logik? Ahaha. Tapi... layankan jala. Bagi jadi logik. Sebab pernah terjadi dalam realiti. ;)*
" Okay. Saya tahu saya salah. Saya hancurkan kepercayaan awak. Saya putuskan persahabatan kita. Saya ego melepaskan awak. Even saya tahu yang awak sayang saya. Cuma saya terlalu ikutkan perasaan. Saya nak bahagia macam orang lain. Bila saya ajak awak couple, awak tak nak. Saya.."
Aku tersenyum. Aku menggeleng. Aku tahan kata-kata dia dengan gelengan. Aku dah tak sanggup dengar.
" Kalau itu niat sebenar awak sebelum ni. Maaf. Saya tak boleh terima. Saya dah cakap dari awal lagi. Sebelum awak minta couple lagi saya dah cakap. Bukan sebelum couple tapi sebelum kita terus jadi kawan lagi saya dah cakap. I hate couple! I hate that! Saya dah cakap kan sebelum ni dan awak terus pilih untuk stay. So apa lagi saya nak kata? Then bila kita dah saling sayang. Even hanya kawan, awak pula nak marah-marah? Nak protes dan nak menyesal? Dah terlambat Zul! Dah terlambat."
Zul terdiam seribu bahasa. Hanya matanya yang merenung aku.
" Zul. Saya tak pernah menyesal kawan dengan awak. Saya juga tak pernah menyesal sayang awak sampai saya terlalu berharap dekat awak. Berharap agar hubungan kita akan jadi baik sampai awak melamar saya. Tapi sangkaan saya silap."
Aku tertawa sinis. Aku buat anggukan perlahan.
" Awak tikam belakang saya. Awak maki saya depan kawan-kawan awak. Yang paling tak tahan, awak cakap tak kenal saya depan girlfriend baru awak. Wow! Unbelievable!"
Aku tepuk tangan dengan senang hati. Dan aku berjaya buatkan dia sentap. Bagus! Memang itu niat aku.
" Selepas 3 tahun, Allah pertemukan kita kembali. Maybe Allah nak saya dengar luahan hati awak Zul. Dan sekarang kita sama-sama dah tahu siapa salah siapa betul. So, I hope sangat-sangat lepas ni awak dengan life awak. Saya dengan life saya. Jangan ganggu saya lagi."
Mulutnya seakan-akan nak memberitahu sesuatu. Tapi aku hanya menggelengkan kepala.
" Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi daripada awak Zul. Baliklah."
Terus aku memusingkan badan ke belakang. Nak masuk rumah dan tenangkan fikiran.
" Jadi... awak memang bencikan saya?"
Soalan dia mematikan langkahku. Tapi tak pula aku pusing badan untuk tengok dia. Biar macam ni.
" Jangan risau. Saya dah lama maafkan awak Zul."
" Jadi.. awak pilih dia? Lelaki yang mengaku awak bakal isteri dia."
Aku terkedu. Faiz.
" Nampaknya betul. Okay. Saya doakan awak bahagia dengan dia."
Perlahan-lahan aku kembali memusingkan badan ke arahnya. Wajahnya kini nampak sangat keruh. Tapi dia still ukirkan senyuman buat aku. Even hambar. Maybe kecewa dengan penolakan aku.
" I'm sorry again Malissa. Okay. Saya takkan kacau awak lagi. Moga awak bahagia dengan dia."
Usai saja dia berkata, dia kembali masuk ke dalam kereta. Tanpa toleh sikit pun ke arah aku, dia berlalu pergi. Aku tengok kereta dia pergi sampai hilang daripada pandangan.
" Zul. Maafkan saya."
Tanpa dipinta, air mataku mengalir ke pipi. Mula-mula perlahan je. Tapi makin lama makin deras. Sampai terkeluar esakan aku. Dan di depan rumah juga aku menangis sekuat hati. Keluarkan segala apa yang aku pendam selama ni. 3 tahun aku tahan air mata. Keringkan hati. Keraskan hati. Buat tak peduli. Tapi jauh di sudut hati aku, rasa sakit tu masih ada. Rasa sayang tu masih ada. Aku Cuma manusia biasa.
" Menangislah kalau itu buatkan awak lega."
Suara garau itu buatkan aku tersentak. Pantas aku menoleh ke luar pintu gate. Ammar!
" Menangislah."
Tanpa hiraukan Ammar, aku terus duduk cangkung dan menangis sepuasnya di situ. Biarlah Ammar nak kata apa. Tapi aku dah tak dapat tahan. Ini kali terakhir Lisa. Kali terakhir.
Nak buat sedih. Tapi tak berapa pandai. Haha. So, sikit je la. Hiks.
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...