Diana POV
Bunyi telefon membuatkan aku tersedar daripada lena yang panjang. Dengan semangat yang masih berbisa, aku bangkit dan capai telefon bimbit yang berbunyi itu. Bila tengok nama di skrin telefon, aku terdiam. Teragak-agak sama ada nak jawab atau tidak panggilan tersebut.
Dua kali si pemanggil buat panggilan. Dua-dua juga aku tidak jawab. Lebih selesa biarkan ia berdering. Tapi aku juga nak tahu kenapa dia call aku? Sebab aku selalu sakitkan hati dia sebelum ni. Akhirnya aku yang minta tolong dia.
" Helo."
Dengan hati yang tertanya-tanya. Aku menjawab juga panggilan tersebut.
" Helo Diana. Boleh kita jumpa?"
Aku terdiam. Jumpa? Mampukah aku?
" Untuk apa kita nak jumpa?"
" Ada hal aku perlu cakap dekat kau. Aku harap kita dapat jumpa. Aku tunggu kau dekat restoran semalam."
Belum sempat aku nak berkata apa-apa, panggilan terlebih dahulu ditutup. Terhambur keluhan kecil daripada mulutku. Maybe aku perlu berubah. Berubah agar tidak menjadi seorang yang angkuh dan sombong lagi.
Perlahan-lahan aku turun daripada katil. Langkah diatur ke arah almari baju. Aku buka pintu almari dan bila tengok baju-baju dalam almari aku tu, aku terasa sebak tiba-tiba. Sedih. Semua baju aku kecil-kecil. Nampak tubuh badan. Seksi. Ya Allah! Teruknya aku dulu.
Tak mampu tahan lagi rasa sebak, terus pintu almari ditutup perlahan. Serentak itu air mata menitis ke pipi. Hati. Tolong kuat. Aku masih perlukan kekuatan itu.
Tok! Tok!
Ketukan pintu mengejutkan aku. Air mata cepat-cepat diseka. Dengan senyuman hambar aku melangkah ke arah pintu dan membukanya. Terpampang wajah suci mama aku.
" Ye ma?" Soalku dengan senyuman hambar. Kesedihan cuba disembunyikan.
" Anak mama dah bangun? Mama nak ajak kamu sarapan. Papa tunggu dekat bawah sayang."
Aku terasa lega bila nampak senyuman mama. Sesungguhnya selama ini aku telah banyak menyusahkan mereka berdua. Ya Allah! Terima kasih kerana beri aku peluang untuk tebus kesalahan aku ni sebelum terlambat. Andai saja mama dan papa tahu bahawa aku dah mengandung. Ya Allah! Aku tak mampu bayangkan.
" Mama." Panggilku lantas memeluk mama dengan erat. Serentak itu air mataku mengalir ke pipi.
" Sayang? Kenapa ni nak? Kamu okay ke?" Suara mama dah beriak cemas. Risau tengok keadaan aku.
Aku menggeleng dalam pelukan. Air mata cepat-cepat diseka lantas pelukan dileraikan semula. Mata mama direnung dengan penuh kasih sayang.
" Ana minta ampun minta maaf banyak-banyak dekat mama. Ana tahu Ana banyak susahkan hati papa dan mama. Ana dah sedar. Ana banyak buat salah. Ana juga banyak ingkar arahan mama dan papa terutama arahan Allah. Ana salah ma. Ana jahat." Luahku lantas tubuhku dipeluk sekali lagi oleh mama.
" Alhamdulillah. Anak mama dah sedar. Mama dan papa dah lama maafkan kamu sayang. Kamu satu-satunya anak papa dan mama. Walau apa pun yang terjadi mama tetap sayangkan kamu nak."
Aku mengetap bibir sambil menganggukkan kepala.
" terima kasih mama."
Pelukan dileraikan. Senyuman mama membuatkan aku turut tersenyum. Air mataku diseka mama dengan lembut.
" Jom turun sarapan."
" Ermm. Ma.."
Aku tarik mama masuk ke dalam bilik. Aku pandang bilik aku sekilas.
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
Roman d'amourMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...