Other's POV
Tik tok! Tik tok! Tik tok!
Detik demi detik masa berlalu. Namun, ia langsung tidak menyebabkan seorang perempuan yang penuh dengan dendam itu berputus asa daripada mendapatkan apa yang dia mahu. Dia tidak kisah jika terpaksa bunuh orang demi dapatkan apa yang dia mahu. Dia langsung tidak kisah. Asalkan apa yang dia mahu dia dapat.
Dah 4 tahun berlalu, tapi tidak bermakna dia berdiam sebab dia mengalah. Dia berdiam sebab dia sedang rencanakan sesuatu. Tapi semuanya hancur! Apa saja yang dia cuba buat semuanya gagal! Semuanya sebab orang terlalu melindungi perempuan yang dia paling benci tu.
Terdengar rengusan kasar daripada dia. Rambutnya dikusutkan. Bila fikir semua tu buatkan dia jadi gila. Arh! Kenapa mesti Faiz sayangkan kau Lisa! Kau bukan baik sangat pun! Kau perampas!
" Hanis! Turun makan nak!"
Hanis mendengus marah. Kalau sehari tak kacau aku tak boleh ke? Aku dah lah stress dengan hidup aku! Argh!
" Hanis sayang!"
" Apa?! Ye! Hanis tahu lah! Pergilah!"
Jeritan Hanis menyebabkan si pemanggil terdiam terus dan berlalu daripada situ. Hanis yang berjaya membuatkan si pemanggil itu pergi menarik senyuman sinis. Bagus! Pergi pun! Kacau aku je!
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dengan rasa geram dia mencapai telefon bimtbinya itu. Bila baca pesanan ringkas yang dia dapat, mata dia terus bersinar-sinar. Hatinya juga terus rasa berbunga-bunga. Senyuman lebih sinis dipamerkan buat dirinya.
Baik. Aku boleh join kau. Tapi dengan syarat! Kau tak boleh cederakan Lisa walau sekelumit zarah pun! Kau faham tak?
Dengan lancar dia membalas pesanan ringkas tersebut.
Kau jangan risau. Kau boleh percaya pada aku. Aku Cuma nak hubungan mereka putus. Aku Cuma nakkan Faiz. So, hujung minggu ni kita jumpa.
Dia terus meletakkan telefonnya ke atas meja. Dia bangun dan menuju ke katil. Tubuhnya dibaringkan ke atas katil dan matanya merenung ke arah siling. Perlahan-lahan dia mula melepaskan tawa. Makin lama makin kuat sampai air matanya keluar.
" Kau tunggu Lisa! Kau tunggu! Kalau aku tak boleh dapat Faiz kau pun tak boleh!"
Tawa dia bersambung semula. Hanis. Andai saja kau tahu mereka berdua dah berkahwin. Apakah reaksi kau?
**
No matter what happen, I always be there for you.
Jelas senyuman lebar pada bibir Lisa saat membaca notepad yang ada di sebelahnya itu. Sebaik saja bangun tidur terus ternampak notepad ni. Rasa segar terus dia. Yala, semalam rasa letih sangat. Banyak benda nak kena buat.
Notepad itu diletakkan di atas katilnya. Dia turun daripada katil dan menuju ke balkoni bilik. Dia mula menarik nafas dalam. Pagi-pagi udara masih segar. Matanya meliar pandang ke bawah. Mencari jika ada sesiapa di situ. Terutama sang suami. Namun, tiada. Mana pergi suami aku ni? Dahlah aku bangun pun tak ada sebelah aku.
Dia kerling jam di dalam bilik sekilas. Patutlah. Dah pukul 8 pagi. Mesti pergi jogging. Agak je la! Haha. Bukan macam kau Lisa. Pemalas! Tahu nak duduk rumah je. Jogging tu memang pandang sebelah mata je. Heh!
" Morning sunshine."
Lisa tersenyum lebar saat pinggangnya dirangkul daripada belakang. Aik? Baru sebut je terus muncul. Aduhai! Lemah jantung aku kalau macam ni. Haha.
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...