Helo guys! Okay. Hari ni rajin nak upload sambungan dia. Haha. So... enjoy kayh. Ubat rindu. Kahkah. Sorry sebab pendek sikit part ni. But sokay... saja bikin saspen sikit. KihKih.
Other's POV
Suasana di hospital ketika itu sangat hingar bingar gara-gara ada ramai mangsa cedera parah dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Namun, ia langsung tidak menarik perhatian Faiz untuk melihat apa yang terjadi.
Dia Cuma setia tunduk ke bawah dan memikirkan apa yang telah terjadi sepanjang hidupnya. Tidak kurang juga semenjak kes 3 tahun lepas. Dia cuba ingati sampai akhirnya terlepas keluhan kecil daripada mulutnya. Dia rasa sangat sukar saat ini. Sukar untuk mendapatkan kebenaran. Tapi dia takkan duduk saja biarkan orang yang menyebabkan Lisa koma itu terlepas begitu je.
Puas dia tunduk, dia akhirnya mendongak melihat sekeliling dia. Wajahnya saat itu penuh dengan persoalan. Sugul. Tapi langsung tidak mencacatkan rupa kacaknya itu. Malah nampak lebih kacak. Okay. Jangan perasan sangat Faiz. Haha.
" Bro!"
Wan muncul dengan tergesa-gesa. Faiz yang melihat dah mula fikir yang bukan-bukan. Apa yang dia dapat fikirkan sekarang adalah keadaan Lisa. Dah lah dia duduk di tingkat bawah. Lisa di tingkat 2. Jadi dia tak tahu apa yang terjadi pada Lisa.
" Kau kenapa?" Soal Faiz ingin tahu. Wan dah termengah-mengah depan Faiz gara-gara berlari tadi.
" Li..Lisa.." Dengan nafas yang tersekat-sekat dia cuba keluarkan suara.
Faiz dah tersentak. Dah agak! Mesti ada kaitan dengan Lisa.
" Asal? Dia okay je kan?" Faiz dah mula panik.
Wan menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba tenteramkan dirinya barulah dia boleh bercakap. Tapi tengok wajah cemas Faiz buatkan dia pula tersenyum. Haih kawan aku ni. Risau tak bertempat sangat. Sabar je la.
" Senyum pula! Aku tanya ni kan?" Faiz dah mula geram. Sebab Wan boleh senyum lagi sedangkan dia dah macam cacing kepanasan ni.
" Kau la buat aku senyum. Risau bukan main." Sinis Wan.
Faiz mengetap bibir. Gara-gara tak tahan sangat dia terus lari daripada situ dan menuju ke tingkat 2. Dia nak tahu sangat keadaan Lisa. Wan yang melihat hanya mampu menggelengkan kepalanya.
" Suka hati kau lah Faiz. Tak sabar sangat. Baik aku turun pergi makan. Ada juga faedahnya." Ujar Wan lantas mulakan langkah menuju ke kantin hospital di tingkat bawah.
Baru saja dia melangkah dalam 3 langkah, bahunya tiba-tiba dirempuh seseorang. Langkah Wan terus terhenti. Bahu dia terasa sakit sikit. Tapi tak lah sakit sampai nak terkehel.
" Maaf encik. Maaf. Saya tak sengaja. Nak cepat."
Perempuan yang terlanggar Wan tadi cepat-cepat minta maaf kerana rasa bersalah. Yalah. Jalan tak tengok orang. Yang dia tahu nak cepat-cepat sampai di wad kecemasan.
Wan tersenyum kecil. Nurse rupanya. Mesti kalut sangat sampai terlanggar ni. Erm.
" It's okay. Saya tak ada apa-apa pun. Pergilah buat kerja awak. Awak mesti tengah sibuk kan?" Soal Wan.
Nurse perempuan itu pantas menganggukkan kepalanya.
" Saya pergi dulu. Maaf sekali lagi."
Terus saja dia berlari tanpa menunggu kata-kata Wan yang seterusnya. Wan yang melihat sampai kelibat dia hilang akhirnya menarik senyuman tipis. Entah kenapa hatinya tercuit melihat telatah nurse itu.
" Haih. Takkan sangkut kot? Haha."
Dengan macam-macam perasaan akhirnya dia kembali mengorak langkah ke arah kantin. Apa-apa jelah Wan!

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...