Part 54

5.6K 150 9
                                    

" Lisa! Cepatlah!"

Terkocoh-kocoh aku masuk ke dalam bilik abang. Penat weh! Terkejar sana terkejar sini. Yala. Hari istimewa dia kita juga yang jadi mangsa.

Oh! Terlupa. Kan ada rancangan sebelum ni abang aku akan berkahwin seminggu selepas aku kahwin. Tapi ditangguhkan lagi seminggu. Sebab? Tanyalah abang kesayangan aku ni. Busy memanjang. Kesian kak Julia. Nasib baik Kak Julia memahami. Kalau tak dah lama lari. Haha.

" Hish! Yang ni pun tak reti pakai."

Aku tolak tangan dia yang nak ikat samping. Dia pula betulkan songkok dia. Aku pula betulkan kain samping dia agar nampak kemas. Bila dah kemas aku perbetulkan pula butang baju Melayu dia. Pergh! Smart habis abang aku hari ni. Haha.

" Macam mana?" Soalnya lantas tengok ke arah aku.

Aku tersenyum lebar. Aku buat tanda bagus.

" Handsome abang hari ni lain macam sikit." Aku tersengih nakal.

" Kira sebelum ni abang tak handsome la?"

Aku tertawa kecil.

" Tak pun. Macam mana kak Julia boleh terpikat pun Lisa tak tahu." Sindirku dengan sengihan jahat.

Dia mula nak terkam aku dengan lengan dia. Aku pun apa lagi terus lari sampai terlanggar cik abang aku ni. Haha.

" Apa ni?"

Aku terus sembunyikan badan aku belakang Faiz. Aku tersengih tengok muka geram abang Mahfuz.

" Isteri kau ni la. Nakal."

Faiz menjeling aku manja. Aku hanya tersengih.

" Dah siap ke belum bang? Semua orang dah tunggu dekat bawah."

Abang Mahfuz betulkan kain samping dia buat kali terakhir.

" Dah. turun dulu. nanti abang turun."

Elok Faiz nak turun. Langkah aku terhenti. Aku tak jadi ikut Faiz. Biar dia turun dulu. aku kembali mendekati abang yang tengah ambil barang-barang dia. bila dia sedar kehadiran aku, terus dia keluar daripada bilik dengan senyuman.

" Kenapa Lisa?"

Aku tengok dia dengan perasaan sayu. Aku tersenyum hambar. Aku capai tangan dia dan salam. Serentak itu aku terasa sebak.

" Maafkan Lisa. Lisa banyak buat salah dengan abang. Buat abang risau. Buat abang marah. Maafkan Lisa. Lisa harap abang maafkan semua kesalahan Lisa." Pintaku dengan suara yang serak. Rasa nak nangis.

Aku mendongak saat melepaskan tangan. Aku tengok satu-satunya abang yang aku miliki ni dengan penuh kasih sayang.

" Lisa sayang."

Kepalaku diusap perlahan. Dia membuat gelengan.

" Lisa tak ada salah apa pun dekat abang. Nakal tu biasa la. Abang sayang sangat adik abang ni. Jadi isteri yang solehah ya adik? Jangan nakal-nakal lagi. Taat perintah Allah dan suami. I will miss you dear."

Tubuh aku dibawa ke dalam pelukannya. Serentak itu air mataku mengalir ke pipi. Terasa sayang nak lepaskan abang pada orang lain.

" Lisa pasti akan rindu dekat abang nanti."

" Abang pun. Dah lah. Jangan nangis. Tak comel dah adik abang ni nanti."

Pelukan dileraikan. Dia menyeka air mataku lembut. Aku menarik senyuman kecil. Aku membuat anggukan sebelum kami sama-sama turun ke bawah. Semua yang menanti kehadiran kami memberikan senyuman.

" Abang? Dah sedia?" Soal ayah dengan senyuman.

Aku tengok abang Mahfuz yang sedang menahan debaran itu. tiba-tiba tangan aku digenggam. Aku toleh ke kiri. Ternyata Faiz. Dia tersenyum ke arah aku.

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now