Part 16

7.1K 219 4
                                    

Okay. Part ini kita fokuskan pada abang Malissa iaitu Mahfuz. ;)

Kringggg!

Aku merengus geram. Siapa lah yang kunci jam ni? Aku tak set pun semalam. Ini mesti kerja abang. Mahu tak mahu aku bangun dan tutup bunyi jam. Aku tengok jam. Baru pukul 8 pagi. Lagipun minggu ni aku bukan ada aktiviti apa-apa pun. Nak keluar dengan Wan. Dia dah tarik diri. So? Sambung tidur balik la!

" Nur Malissa!"

Aku serabutkan rambut aku dengan kasar. Heish! Abang aku ni memang tak boleh tengok aku senang langsung! Mentang-mentang dia tengah cuti panjang.

" Adik!"

Selimut yang elok aku tarik sehingga tutup kepala direntap kasar oleh abang. Aku jeling dia tajam. Macam nak terkam pun ada. Tapi dia buat selamba badak dia je. Siap duduk sebelah aku lagi. Tak cukup dengan tu, badan aku ditarik sampai aku duduk tegak menghadapnya.

" Apa ni?! Tak kacau orang tak boleh ke?" Bentakku geram.

" Abang tahu kau tengah tak ada kerja. So bangun cepat!" Arahnya mengalahkan komander.

Aku menarik muncung. Sah! Hari ni aku kena buli dengan mamat depan mata aku ni. Aku jegil ke arah dia dengan renungan tak puas hati. Sangat tidak puas hati! Tapi dia hanya diam tanpa senyuman. Aku tahu dia akan tunggu aku sampai aku sudah siap mandi. Akhirnya, terlepas juga keluhan kecil dari mulutku.

" Pagi-pagi dah kacau orang. Ish! Menyusahkan betul. Baik kahwin cepat. Lagi bagus!"

Sambil berjalan ke bilik air, sambil tu lah aku berceloteh mengenangkan sikap abang yang suka membuli.

" Abang dengar!"

Aku tersenyum sinis. Baguslah kalau dengar. Haha.

Dalam 10 minit jugalah baru lah aku keluar daripada bilik air. Aku cari kelibat abang. Tapi dah hilang. Baguslah. Kalau tidak kerja kacau orang je. Elok je aku nak baring balik, suara garaunya dah menampar gegendang telinga aku. Aku toleh ke arah pintu. Elok je dia bersandar kat situ.

" Apa lagi?" Soalku malas.

" Ikut abang."

Aku kerling jam. Awal lagi.

" Nak ke mana pula? Orang nak rehat lah."

" Jogging."

" What?!"

Abang aku ni buang tabiat ke apa? Tak pernah-pernah bangun pagi dan ajak aku pergi jogging. Yang aku tahu dia ni paling anti dengan jogging. Malas. Tapi pagi ni? Erk! Cepat-cepat aku hampiri abang. Dahinya aku sentuh sebelum ditepis perlahan.

" Kau dah kenapa?" Rungutnya tak puas hati bila sesuka hati aku sentuh dahi dia.

" Abang tak sihat erk?"

" Aku sihatlah. Kenapa?"

Aku pandang dia dari atas sampai ke bawah. Dah lengkap berpakaian sukan.

" Apa mimpi abang semalam? Sampai pagi ni ajak pergi jogging. Kalau tidak malas tahap nombor satu!" Sindirku dengan senyuman sinis.

Dia mendengus. Tak sempat aku nak berlalu, kepala aku disekeh terlebih dahulu. Hampeh punya abang.

" Cepat siap! Abang tunggu kau dekat bawah."

" Eh! Abang!"

Aku hentakkan kaki gara-gara geram yang amat dekat malaun tu. Nasib kau abang aku. kalau tidak memang dah lama kena. Arhhh!!

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now