Other's POV
You! Please! We need to talk.- Diana
Rambutnya diraup kasar ke belakang. Tertekan sebab asyik kena ganggu dengan Diana. Tak habis-habis send message yang sama. We need to talk? Nak cakap apa lagi? Bukannya aku ada apa-apa hubungan dengan dia pun. Arh!
" Haih bro! Asal ni?"
Wan yang baru habiskan suapan terakhir itu terus mendongak ke arah Faiz. Yala. Dari tadi nampak runsing semacam. Muka tu dah berkerut je. Rambut pun dah tak kemas. Aku yang tengok pun stress.
" Diana. Dia asyik ganggu aku." Luah Faiz dengan geram.
Wan menjongketkan kening. Diana?
" Apa yang dia nak?"
Faiz hanya menjongketkan bahunya. Dia sendiri pun tak faham. Apa yang Diana nak. Dah dua hari asyik ganggu. Ingatkan lepas kena tengking tempoh hari dah insaf. Tak ganggu dah. Tapi sekarang?
" Apa kata kau pergi jumpa dia dan tanya sendiri apa yang dia nak." Ujar Wan memberikan cadangan.
Faiz tersenyum sinis.
" Aku pergi jumpa dia? Memang tak lah!"
Wan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat sikap Faiz. Memang degil! Tak boleh nak beralah langsung. Faiz. Faiz.
" Kalau macam tu kita pergi je dua. Aku pun nak tahu juga apa yang dia nak sangat tu." Cadang Wan lagi.
Kali ni Faiz pula terdiam. Kalau pergi dengan Wan lagi baik. Tak lah perempuan tu gedik semacam. Tak lah rimas sangat aku dibuatnya. Cantik!
" Okay. Cun! Jom kita pergi sekarang."
Terus Faiz bangun dan menuju ke kaunter bayaran. Wan yang dengar terus terlopong.
" Amboi! Aku baru cakap terus setuju. Faiz. Faiz."
**
" You. Kenapa Wan sekali?"
Jelas Diana tak senang dengan kehadiran Wan bersama dengan Faiz. Faiz yang sedari hal itu terus menarik senyuman sinis. Manakala Wan di sebelah hanya mendiamkan diri. Dia tahu kalau dia tak ikut sekali, Diana mesti akan buat sesuatu pada Faiz.
" Kenapa? Salah? Ke you ada buat salah sampai kawan I pun tak boleh nak ikut?" Duga Faiz dengan wajah serius. Jelas sekali dia sengaja membangkitkan kemarahan Diana.
Diana merengus geram. Hancur pelan dia. Tapi alang-alang Faiz dah datang. Aku tak boleh berlengah. I need to do something.
" Fine." Diana mengalah.
" So? Ada apa you nak jumpa I? Boleh tolong cepat sikit? I ada banyak kerja lagi nak dibuat dari layan cakap you ni."
Wan yang melihat pun dah rasa sesuatu. Kenapa Diana nampak semacam? Kenapa rasa gelisah pun ada. Musykil ni.
" Faiz. Sebenarnya I nak beritahu you sesuatu. I tahu you dah tak buat kerja ni. Tapi ini kerja you. Bukan orang lain." Suara Diana menjadi sayu.
Faiz dan Wan yang mendengar dah mengerutkan dahi. Tanda tidak faham. Mereka saling berpandangan sebelum memandang semula ke arah Diana.
" Apa yang you cuba sampaikan ni?" Faiz dah tak senang duduk.
Diana mengeluarkan satu sampul surat dan serahkan kepada Faiz.
" Bukalah."
Faiz mengerling Wan sebelum mengambil sampul surat itu dan mengeluarkan isinya. Matanya membulat sebaik sahaja tengok isi di dalamnya. Ultra scan?
YOU ARE READING
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...