Part 60 (End)

11.2K 226 16
                                        


Faiz POV

" Bro! Dah ramai tu. Kau la lambat."

Aku kemaskan rambut aku buat kali terakhir then keluar daripada kereta. Kaki aku laju melangkah ke belakang dewan. Apa pun kena pergi jumpa Lisa dulu barulah boleh gerak ke dewan besar bersama-sama.

Masuk saja pintu belakang dewan. Aku nampak kelibat abang Mahfuz dan Adira. Cepat saja aku hampiri mereka.

" Ha! Sampai pun kau!" Adira menegur.

" Sorry lambat. Ada masalah sikit tadi." Jawabku dengan sengihan kecil.

" Jom ikut aku. Lisa tengah tunggu dekat dalam."

Adira aku biarkan masuk dulu. Aku dekati abang Mahfuz dengan senyuman kecil.

" Abang."

Abang Mahfuz menepuk bahuku berkali-kali. Lantas dipaut pula bahuku.

" Tahniah Faiz. Usaha kamu tidak akan menjadi sia-sia. Projek tu pasti akan ada dalam tangan kamu."

Aku menghembus nafas lega. Aku membuat anggukan kecil.

" InsyaAllah. Saya masuk dulu ye bang."

" Silakan."

Aku melangkah dengan rasa yakin yang tinggi. Aku butangkan sut tuxedo sambil berjalan ke dalam bilik di mana Lisa berada. Of course mesti dengan gaya yang macho. Cewah! Tapi makin aku hampir aku makin dapat dengar suara seseorang yang tengah menangis. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Lisa ke?

" Hey? Lisa kau kenapa ni?"

Aku dapat dengar dengan jelas suara Adira yang tengah menyoal Lisa. Hati aku dah tak tenteram. Makin aku lajukan langkah. Dan sampai saja depan bilik dia. Aku terus menjerit nama dia.

" Lisa!"

Aku meluru masuk sebaik sahaja melihat Lisa menangis dengan teruk. Aku tengok Adira inginkan jawapan. Adira hanya menggeleng dan berlalu meninggalkan kami.

" Hey sayang? Kenapa ni? Abang ada ni. abang ada."

Aku terus tarik dia ke dalam pelukan aku. Aku usap lembut belakangnya. Usaha menenangkan tangisan. Erat juga aku peluk dia sampai aku rasa ada sesuatu yang berlaku sampai dia boleh nangis macam ni.

" Sayang? What's wrong dear?" Soalku lantas meleraikan pelukan perlahan-lahan bila tangisannya tidak lagi kedengaran.

Lisa renung aku dengan penuh rasa cinta. Aku seka air matanya dengan senyuman.

" Lisa ingat abang akan pergi tinggalkan Lisa."

Aku pantas menggelengkan kepalaku. Aku genggam erat kedua-dua belah tangannya.

" Tak mungkin abang akan tinggalkan princess hati abang dekat sini. Impossible sayang. Hari ni kan hari kita. Abang mesti turut serta. Abang kan hero?" Aku tarik senyuman manis bila tengok dia dah okay sikit.

" Tadi.."

Aku meletakkan jariku dibibirnya. Aku membuat gelengan kecil.

" Tak usah cakap apa-apa lagi. Kita dah lewat sayang."

" Abang la! Salahkan kita pula."

Aku terus tergelak. Ye. Aku sedar aku yang lewat. Haha.

" Ye. Abang minta maaf. Jom."

Aku tarik tangan kanan dia ke arah pintu. Bersedia nak keluar dan masuk ke pintu utama.

" Abang. Comot tak Lisa?"

Kau Lelaki ItuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang