Part 20

5.9K 195 9
                                        

" Lis!"

Aku cepat-cepat keluar daripada panggung wayang sebaik sahaja wayang habis. Abang dan Kak Julia pun aku tinggal. Yang penting aku dapat lari daripada Faiz. Buat masa ni aku tak bersedia lagi nak berdepan dengan dia. Aku pun tak faham kenapa aku boleh terjebak dengan semua ni. Nampak sangat aku lebih percayakan entah siapa tu daripada dengar penjelasan Faiz kan?

" Lis! Tunggu aku!"

Aku sempat menoleh ke belakang. Ternyata abang dan Kak Julia pun tengah kejar aku. Aku kembali pandang ke hadapan. Aku kena lari masuk ke dalam toilet. Ya! Itu saja caranya. Sebelum dia perasan, aku cepat-cepat ke selekoh kanan dan masuk ke dalam toilet perempuan.

Termengah-mengah aku jadinya. Mujur dalam tandas tiada orang sekarang ni. Aku berjalan perlahan-lahan ke arah cermin. Aku tengok cermin. Terpampang wajah aku yang penuh dengan tanda tanya. Senyuman cuba ditarik.

Kenapa kau perlu lari Lisa? Dengar dulu penjelasan dia boleh tak? Aku tak tahu. Semua ni spontan. Aku belum bersedia nak berdepan dengan dia. Maafkan aku. Maybe minggu depan aku akan cari alasan supaya tidak keluar dengan dia. Okay! Kau tahu tak Lisa? Kau egois! Selfish! Arghh!

" Dik?"

Aku tersentak. Cepat-cepat aku toleh ke arah kiri. Kak Julia!

" Kak."

Kak Julia dekati aku dengan senyuman kecil. Bahu aku diusap perlahan.

" Kenapa ni dik? Ada masalah ke? Kenapa lari daripada dia tadi?"

Aku terdiam. Mesti abang yang cerita. Aku tunduk memandang sinki.

" Tak ada apa-apa."

" Abang kata lelaki tu salah satu calon kamu kan?"

Aku tersenyum hambar.

" Ada dia buat sesuatu sampai lukakan hati kamu ke?"

Aku pandang Kak Julia dengan gelengan. Ye ke Lisa? Kau tipu diri kau sendiri ni.

" habis kenapa kamu lari daripada dia?"

" Ada sesuatu yang membuatkan Lisa nak lari daripada dia. Lisa tak bersedia nak berdepan dengan dia. Lisa rasa Lisa akan buat sesuatu diluar jangkaan Lisa kalau Lisa berdepan dengan dia sekarang ni." Ujarku dengan perlahan.

" Tapi dia nampak risau sangat tadi. Pergilah jumpa dia. cakap elok-elok." Kak Julia cuba memujuk.

Aku mengeluh kecil. Boleh ke aku buat-buat biasa?

" Lisa. Pergilah."

Akhirnya aku tersenyum kecil. Tubuh Kak Julia aku peluk erat sebelum melepaskannya. Kami berdua melangkah keluar daripada toilet. Dan aku dapat tengok abang dan Faiz sedang menunggu kami.

" Awak."

Kak Julia menghampiri abang dengan senyuman. Abang tengok aku dengan kerutan didahi.

" Adik okay ke ni?"

Aku hanya mengangguk dengan pertanyaan abang. Abang mendekati aku lantas kepalaku diusap perlahan.

" Selesaikan dulu apa yang patut. Abang tahu kamu ada masalah dengan dia." Ujar abang dengan senyuman kecil.

Aku hanya diam. Sampai kelibat abang dan Kak Julia hilang barulah aku mengalihkan pandangan ke arah Faiz yang setia memandang aku itu.

" Kenapa kau lari dari aku?"

Nampak sangat riak muka dia saat ini hairan bercampur risau. Aku yang tengok dah menarik senyuman sinis. Tapi tidak lama bila dia asyik merenung aku. Tajam. Oleh sebab itu aku terus toleh ke arah lain.

Kau Lelaki ItuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang