Part 13

7.1K 240 2
                                    

Dah tiga hari aku dekat hospital. Hari ni last aku dekat sini. Baguslah. Aku pun malas nak duduk hospital ni lama-lama. Bosan kau tau tak? Baik duduk rumah. Boleh juga kacau orang. Kacau siapa? Of course kacau abang aku yang tersayang tu. Haha.

Lupa nak cerita. Dalam family aku just dua beradik je. Aku dan abang. Tapi dulu abang jarang ada dekat Malaysia. Stay dekat Australia selepas habis study. Ambil alih company ayah dekat sana. Tapi Cuma untuk 2 tahun. Then, dia balik ke sini semula sebab dia sakit.

Haah. Time tu umur aku 23 tahun. Abang pula 25 tahun. Abang dimasukkan ke hospital sebab tiba-tiba pengsan dekat tempat kerja dia di Australia tu. Kami dapat tahu pun sebab pihak hospital call ayah. Lepas dapat tahu tu, ayah terus arahkan orang dia bawa abang aku balik sini.

Dalam seminggu juga abang dirawat dekat hospital. Dan selepas seminggu barulah kami dapat tahu penyakit abang. Paru-paru abang dah teruk. Jadi hitam. Memang kami semua terkejut. Nak tahu puncanya? Merokok! Abang aku memang seorang yang kuat merokok. Mujur ayah tak merokok. Puas juga ditegur tapi dia buat derk je.

Tapi lepas dapat tahu sakit ni. Baru dia insaf. Mujur ada penderma. Kalau tidak maybe sekarang aku takkan jumpa abang aku lagi.

" Lisa."

Terus terbang melayang lamunan aku saat terdengar suara itu. Aku yang elok termenung tepi tingkap sementara tunggu mak ayah aku datang terus menoleh ke belakang. Dan aku terkaku.

" Ammar."

Selepas dia luahkan perasaan dia, hari ni baru dia muncul depan mata aku semula. Aku tersenyum tengok dia.

" Sudi juga awak datang jenguk saya." Ujarku perlahan.

" Maaf. Saya Cuma tak dapat maafkan diri saya atas apa yang berlaku dekat awak."

Ammar kelihatan tertekan.

" Benda tu bukan salah awak Ammar. Lagipun Ira dah ditangkap kan? Dah lah. Saya pun tak berdendam dengan dia." Jelasku tenang.

Ammar menarik senyuman tawar.

" Lisa. Serius."

" Serius tentang apa?" Aku mula berdebar. Kenapa Ammar tiba-tiba jadi serius ni?

" Serius nak kahwin dengan awak. Saya cintakan awak Lisa."

Aku tergamam. Ammar?

" Ya. Saya tahu. Saya terlalu cepat sangat buat keputusan. Lagipun ada lagi dua orang yang awak belum kenal. Tapi saya perlu juga cakap. Saya tak nak saya jadi orang terakhir meluahkan perasaan."

Dia mendekat. Dia juga merenung aku dalam. Aku pula tak tahu nak cakap apa.

" Ta...tapi kita still ada masa lagi. Dua minggu lagi Ammar."

" Ye. Saya tahu. Saya sanggup tunggu."

Aku rasa macam nak lari daripada sini. Aku tak sangka secepat ni. Apa yang aku dah buat?

" Ammar."

" Ya. Saya tahu awak tiada perasaan pun pada saya. Saya faham. Lagipun still awal lagi."

Aku terdiam. Baru aku nak cakap dia dah cakap dulu. Tapi kenapa sekarang ni wajah Faiz yang muncul dalam fikiran aku? Dia yang menjaga aku waktu aku sakit. Dia yang nasihat aku time aku rasa lemah semangat. Dia juga yang perli-perli aku time aku buat salah. Arh! Aku ni dah kenapa?

" Saya tak nak jadi macam lelaki tu. Tinggalkan awak sebab perempuan lain."

Aku menghelas nafasku perlahan. Pleaselah. Jangan buat aku serba salah.

" Lis!"

Tiba-tiba terpacul wajah Faiz dari pintu. Bila dia nampak Ammar terus dia terdiam.

" Erk. Maaf kacau."

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now