Hai. Setelah seminggu menghilangkan diri. Hari ni muncul juga dengan bab baru. Maaf terlambat. Kekeringan idea. Maybe sebab raya. Tu yg beku habis. Haha. Aku tahu banyak kekurangan dalam novel ni. Tapi harap korang boleh terus sokong dan gtau je mana yang salah. InsyaAllah akan cuba perbetulkan. :)
Aku mengandungkan anak dia!
Please! Tolong jauhkan diri kau dari Faiz. Tolong jangan teruskan niat kau untuk kenal dengan dia. Anak ini perlukan seorang ayah. Dan ayahnya adalah Faiz.
Malissa! Kau tak percaya kan? Ini buktinya. Ultra scan anak aku. Anak dia!
Kau still tak percaya lagi ke? Aku tak tipu. Please jauhkan diri daripada Faiz.
Aku mengeluh kecil. Apabila aku baca balik message yang dihantar oleh Diana ni. Aku terasa bodoh. Kenapa aku cepat percaya cakap orang? Entah siapa yang hantar. Aku main percaya je. Mujur aku dah tahu benda yang sebenar.
Ya Allah. Aku tahu mesti Diana terdesak buat macam ni. Diana memang betul mengandung. Tapi bukan anak Faiz. Anak orang lain. Mesti lelaki tu tak nak bertanggungjawab jadi dia jadikan Faiz kambing hitam. Sanggup kau Diana.
" Lis."
Aku tersentak kecil. Ternyata Faiz dah sampai. Aku memberi senyuman nipis sebelum memandang semula ke arah skrin telefon. Aku dah bertekad. Aku perlu jumpa dia. Dengan berat hati aku hantar juga message pada dia.
Aku nak jumpa kau. Ada hal yang perlu kita bincangkan.
Diana. Aku harap kali ni kau tak lari. Aku memang betul-betul inginkan penjelasan kau. Aku tahu kau terdesak.
" Lis? Kau okay ke tak?"
Aku kembali simpan telefon bimbitku ke dalam handbag. Hari ini aku dah dibenarkan pulang ke rumah. Faiz datang ni pun sebab nak datang ambil aku. Abang aku tak dapat ambil sebab ada meeting. Mak dan ayah pula terpaksa turun ke Penang sebab ada saudara mara masuk hospital. Jadi mereka letak kepercayaan pada Faiz.
" Okay. Jom balik."
Langkah diatur perlahan. Dengan riak muka yang tenang aku keluar daripada bilik wad aku. Faiz setia berdiri di sebelah aku. Bila tengok keadaan sekarang. Aku teringat semula kejadian di mana aku ada beritahu Faiz tentang perasaan Ammar.
" Faiz."
" Yes?"
" Boleh aku tanya sikit?"
" Apa?"
Aku kerling sekilas ke arah dia. Aku Cuma nak tahu kebenaran. So aku rasa ini lah masa yang sesuai.
" Ingat lagi tak? Macam sekarang ni. Kau teman aku keluar hospital. Time tu Ammar ada luahkan perasaan dia. Bila aku cakap dekat kau. Kau terus lari. Boleh aku tahu kenapa?" Soalku dengan niat agar dia beritahu.
Tiba-tiba langkahnya terhenti. Tapi tak pula dia toleh ke arah aku. Hanya setia memandang ke hadapan. Aku yang tengok dah rasa lain macam. Takkan marah?
" Kau betul-betul nak tahu ke?"
Aku hanya membuat anggukan kecil. Betul. Aku nak tahu sangat.
" Sebab time tu aku dah sayangkan kau."
Dia kembali mengatur langkah selepas berkata demikian. Aku yang dengar dah termangu tersendirian di sini. Jadi terpinga-pinga. Tapi bila aku dapat tangkap maksud dia. Aku tersenyum kecil. Cuma ada satu lagi masalah. Kenapa dia gaduh dengan Ammar time tu?
" Faiz!"
Aku kembali mengejar langkah dia sampailah ke luar hospital. Dia masih berjalan tanpa menghiraukan aku. Tapi aku tetap tak mengalah. Tetap kejar dia sampai aku berjaya berjalan sama di sisi dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kau Lelaki Itu
RomanceMalissa, seorang yang ego, keras kepala dan suka ikut rentak sendiri tak sengaja melibatkan diri dalam kehidupan 3 orang lelaki yang cuba untuk menjadi hero dalam kehidupannya. Siapa sangka, salah seorang daripada mereka telah mencuri sedikit seban...