Part 59

6.2K 159 6
                                        

Other's POV

Semua barang perhiasan untuk majlis akad nikahnya kurang daripada sebulan ini dilihat sepintas lalu. Matanya terarah pula pada kad-kad kenduri yang berada di atas meja. Dia mengambil satu dan membuka isi di dalam.

Puteri Hanis & Muhammad Fikri

Dia menarik senyuman kecil. Dia sendiri tidak sangka. Dulu jadi musuh sekarang akan jadi bakal suami. Alhamdulillah. Dia cukup berterima kasih untuk itu. kad itu diletakkan kembali. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling rumah. Dia ingin cari kelibat Fikri. Tapi tak ada pula.

Jadi, dia melangkah pula ke arah dapur. Dia pasti ibu tirinya ada di situ. Tapi saat dia dah ada di dapur, seorang pun tiada. Dia mula mengerutkan dahi kerana pelik. Mana pergi semua orang ni?

Hanis mula menggaru keningnya. Dah lah tengah hari nanti kena pergi rumah Lisa. Ada majlis resepsi. Aku nak cari Fikri sebab nak pergi dengan dia. alih-alih dia pula hilang. Haih.

Tak mahu berlengah lagi, dia melangkah semula ke arah ruang tamu. Tapi dia tersentak seketika bila nampak ada sepotong kek atas meja kecil di tengah ruang tamu itu. Tak cukup dengan itu. Ada juga sejambak bunga ros merah sebelah kek itu. Dia mendekati meja itu dengan perasaan terharu.

Terselit kad kecil di celah bunga ros itu dan dia ambil dengan rasa ingin tahu.

Happy birthday my future wife. Aku tahu aku tak romantik. Tapi at least ada juga usaha kan? So, happy birthday ke 25 my future wife. Jangan nangis erk! Aku cubit pipi nanti.

Hanis tertawa kecil saat membaca ayat last dalam kad itu. Fikri. Fikri. Suka buat aku macam ni kan? Tapi aku nak nangis juga ni. Macam mana? Terharu.

" Aku dah kata kan jangan nangis."

Hanis tersentak lagi bila Fikri dah berdiri depan mata dia dengan senyuman kecil.

" Masa bila aku nangis?"

Tapi dia tetap seka air mata di hujung matanya. Fikri yang melihat menjongketkan kening tanda itu apa? Hanis akhirnya hanya menarik sengihan.

" Sikit. Sebab terharu. Thanks for this."

" Most welcome."

" Mana yang lain?"

" On the way ke rumah Lisa dan Faiz la."

Hanis terlopong.

" Laa. Kenapa aku tak tahu? Kau ni! aku dah la tak siap lagi ni."

Barulah Hanis kelam kabut nak ke atas tapi dihalang dengan kata-kata Fikri.

" Kita ke satu tempat dulu boleh tak?"

Hanis mengerutkan dahi.

" Nak ke mana? Nanti kita lewat nak ke majlis dorang."

" Jangan risau. Kejap je. pergi siap dulu. aku tunggu dekat kereta."

Mahu tak mahu Hanis hanya menurut. Fikri nampak pelik sikit pagi ni. ikut je la.

**

Hanis meliarkan pandang ke sekeliling. Pelik kenapa Fikri berhenti di taman permainan berdekatan rumah mereka. Dia menoleh ke arah Fikri dengan kerutan di dahi.

" Apa kita buat dekat sini?"

Fikri tersenyum. Dia membuka pintu kereta dan keluar daripada situ. Hanis yang tidak tahu apa-apa hanya menurut. Dengan berpakaian baju kurung segala. Fikri tak apala. Just kemeja.

" Kau ingat lagi tak?"

" Ingat apa?"

Fikri berjalan ke arah buaian dan duduk di situ. Dia memanggil Hanis duduk di buaian sebelahnya. Hanis pun menurut. Dan mereka sama-sama menghayunkan buaian dengan perlahan-lahan.

Kau Lelaki ItuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang