Part 17

5.7K 219 3
                                    

Aku mengiring ke kanan. Aku pejam mata. Tak boleh juga. Aku mengiring ke kiri pula. Aku pejam mata lagi. Tak boleh juga. Arh! Akhirnya aku terus bangun duduk. Kepalaku yang tidak gatal digaru perlahan. Kenapa tak boleh tidur ni?! Stress la!

Jam dinding aku kerling. Dah pukul 2 pagi. Tapi mata still tak boleh pejam. Terhambur juga keluhan kecil dari mulut aku. Perlahan-lahan aku turun daripada katil dan menuju ke balkoni. Angin malam yang bertiup membuatkan tubuh aku sejuk. Terbit juga senyuman kecil dari bibirku. Agaknya apa perasaan aku nanti bila berkahwin erk? I cant imagine it!

Haish! Dah kenapa fikir fasal kahwin pula? Buang tabiat? Aku tersengih. Aku tepuk dahi dengan perlahan. Mengada kau Lisa. Calon pun entah betul entah tak. Jauh sangat fikir. Haha.

Sedang elok aku termenung, tiba-tiba mata aku menangkap kelibat seseorang di halaman rumah. Aku mengerutkan dahi. Abang? Dia buat apa pagi-pagi buta keluar rumah? Dia pun tak boleh tidur juga ke? Baik aku turun dan tanya.

Cepat-cepat aku turun ke bawah. Pintu aku buka dan perlahan-lahan aku mendekati abang yang sedang mengelamun tepi kolam ikan itu. Kalau aku tolak confirm best. Haha.

" Abang." Tegur aku lantas berdiri sebelah dia.

" Eh! Kau buat apa keluar ni?" terkejut dia gara-gara terima teguran aku.

" Tak boleh tidur. Nampak abang keluar, so Lisa pun keluar lah."

Aku tunduk memandang ke arah kolam. Ikan. Kau tak penat ke? Tak reti nak tidur? Ceh! Soalan apa lah yang kau tanya ni Lisa?

" Pergilah masuk dalam. Sejuk ni. Kang demam pula esok." Arahnya perlahan.

Aku menggelengkan kepala dengan senyuman.

" Selagi abang tak masuk Lisa tak masuk. Kenapa ni bang? Masih teringat hal pagi tadi ke?" Soalku dengan rasa was-was. Takut kena marah lagi.

Tengok lah pagi tadi. Aku keluar je dari bilik, tak sampai satu minit dah dengar abang menjerit. Terkejut aku. Tapi aku tak beranilah ketuk pintu dan tanya. Sebab aku tahu semua ini ada kaitan dengan Kak Julia.

" Sibuk lah kau."

Bahu aku ditolak lembut. Tapi wajah tu tetap tak senyum. Selamba je. Selamba pun dahi tu kejap-kejap kerut. Kejap-kejap biasa. Sedang fikir sesuatu la tu.

" Abang rindu dia erk?" Sangkalku dengan sengihan.

" Ish! Kau ni kan?"

Kepala aku pula jadi mangsa. Haish! Teruk punya abang.

" Dah lah. Malas nak layan abang. Tak habis-habis membuli je kerjanya." Rungutku geram. Orang datang nak teman. Tapi dilayan sebegitu rupa. Sedih! Sob! Sob!

Baru aku nak melangkah, bahu aku ditarik dulu. Siap peluk lagi bahu aku ni. Aku dongak ke arah abang dengan jelingan maut. Tapi dia buat derk je. Hampeh!

" Lepaslah! Tadi suruh orang masuk sangat." Sindirku dengan selamba.

" Nak tahu tentang akak Julia ke?"

Aku terdiam. Wajah dia dah serius. Tak ada tanda-tanda nak senyum or buat lawak. Jadi aku hanya membuat anggukan perlahan.

" Dulu. Kami couple. Semenjak dekat universiti lagi. Tapi sebab satu peristiwa, abang dan dia terus break. Ingat lagi tak kenapa abang rushing nak kerja company ayah dekat Australia time tu?"

Aku cuba mengimbau kembali apa yang terjadi 3 tahun lepas. Time tu aku still belajar. Abang pula dah kerja. Sekadar ambil pengalaman. Sampai satu hari tu, abang balik dengan wajah yang tegang. And then terus cakap dekat ayah yang dia sedia nak pegang jawatan CEO dekat syarikat ayah di Australia tu. Tertanya-tanya jugalah kenapa. Tapi kami Cuma diam. Tak nak keadaan bertambah teruk.

" Ingat. Abang beria-ria time tu. Sampai ayah tak tanya apa-apa pun. Takut abang ubah fikiran." Jelasku sambil berfikir.

" Ya. Time tu abang baru break dengan kak Julia. Sebab abang frust dan sakit hati sangat-sangat. So abang terus buat keputusan nak tinggalkan Malaysia."

Kini, baru aku faham kenapa. Dan sekarang baru aku nampak abang tersenyum even kelat senyuman dia.

" Sebenarnya abang tak pernah lupakan dia kan?" Dugaku.

Aku dapat agak sebab pertemuan pagi tadi. Kalau betul abang dah lupakan dia abang takkan jadi macam pagi tadi.

" Entahlah Lisa. Abang pun tak tahu. Tapi 3 tahun bukan masa yang singkat. Dan abang mengaku abang susah nak lupakan dia. Even abang benci dia. Tapi abang tak boleh benci dia lama-lama. Abang rasa susah sangat."

Abang luahkan perasaan dia dengan seribu perasaan. Aku yang mendengar turut rasa sayu. Aku peluk abang dari tepi seraya memberikan dia kekuatan. Even abang aku lelaki, even dia nampak keras dekat luar. Tapi dalam hati dia sebenarnya lembut. Sensitif.

" Tak apa abang. Tak ada orang akan salahkan abang pun kalau abang tak boleh lupakan akak Julia." Ujarku seraya memujuk.

" Abang mengaku Lisa. Abang rindukan dia."

Aku dapat kesan ada air mata nak mengalir. Aku tersenyum hambar. Aku terus rungkaikan pelukan. Aku berdiri depan dia. Mata dia dah merah. Aku menggeleng dengan senyuman.

" Menangislah kalau itu yang abang nak. Lepaskan semuanya abang." Suruhku dengan lembut.

Tak perlu kata apa-apa, dia terus menangis. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangisan agar tidak menjadi lebih kuat. Aku yang tengok pun rasa sebak. Tak sanggup nak tengok. Ini kali pertama aku tengok abang aku menangis sebab perempuan.

" Menangislah abang. Adik ada dekat sini."

Terus aku peluk abang. Memberikan dia sedikit kekuatan. Aku pejamkan mata. Sesungguhnya aku pun perlukan kekuatan saat ini. Ya Allah. Berikan kami kekuatan. Kami tak kuat tanpa Engkau Ya Allah.

Hai guys. Sorry. Bab ni pendek. Kekeringan idea nak sambung. Haha. Tapi tak pe. Tunggu untuk next part pula. Jgn lupa vote dan komen tau? ;)

Kau Lelaki ItuWhere stories live. Discover now