B A B 2 : Gila

670 28 1
                                    

Sambungan***** (still Authour Pov)

"Chanyeol tak boleh." Yoona memandang Irene dengan muka marah.

"Wae? Kau suka dia jugak?" Tanya Irene sambil memandang Yoona.

Yoona menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebenarnya dia terlepas cakap. Semua pelajar di sekolahnya tidak tahu langsung akan hubungan mereka kerana Chanyeol, oppanya tidak membenarkan.

"Kenapa kau? Gatal sangat ke kepala kau?" Seulgi memandang Yoona pelik melihat kelakuannya.

"Kau ada kutu eh? Eeeee." Irene membuat muka gelinya.

"Yaah. Mana ada." Yoona berhenti menggaru kepalanya.

"Alamak wei. Aku lupalah pula." Seulgi cepat-cepat tempatnya di belakang Yoona. Dia membuka beg sekolahnya.

"Wae?" Irene memusing ke belakang, melihat Seulgi.

"Aku terlupa nak buat kerja sekolah lah." Seulgi mengeluarkan buku tulisnya dan menarik kerusi untuk duduk.

"Haah lah." Yoona juga segera mencari bukunya.

"Aku dah siap dah~~." Irene tersenyum atas 'kerajinan'nya.

"Ha, jumpa pun" Yoona meletakkan bukunya diatas meja lalu menyelaknya.

Yoona tergelak tiba-tiba. Irene dan Seulgi hairan.

"Kau kenapa Yoona?" Seulgi bertanya sambil membuat kerja sekolahnya yang tidak siap.

"Aku dah siap lah. Hahahah." Yoona menunjukkan satu muka surat yang sudah penuh dengan tulisan.

"Ingatkan dah gila sebab kerja tak siap." Balas Irene. Yoona menjeling ke atas lalu bukunya di letakkan di atas meja.

'Nasib baik si Irene ni tak tanya kenapa? Habis oppa marah aku nanti.' Gumam Yoona dalam hati.

(Waktu rehat)

KRING!!!!

Bunyi loceng kedengaran dan menandakan sekarang adalah waktu rehat. Semua pelajar keluar dari kelas masing-masing termasuk Yoona, Seulgi dan Irene. Semasa sedang berjalan, sekumpulan namja tiba-tiba mengelilingi mereka.

"Helo girlsss." Suara Kai menyapa mereka bertiga.

"Helo." Jawab Yoona dan Irene serentak manakala Seulgi mendiamkan dirinya.

"Apa ni. Tepilah. Yoona tak nampak jalan." Marah Yoona kepada oppanya yang tinggi tiba-tiba berjalan di depannya.

"Wae sunbae semua dekat sini?" Tanya Irene kepada EXO.

"Nak ajak korang rehat sekalilah." D.O berkata tujuan mereka.

"Ok." Irene bersetuju. Yoona pula sedang bising kerana oppanya manakala Seulgi senyap berjalan di sebelah Irene kerana tidak selesa.

"Yelah, yelah tapi janganlah berjalan depan aku." Yoona marah kepada Chanyeol yang tidak mahu berganjak di hadapannya.

Yoona terus menolak Chanyeol ke tepi. Chanyeol terlanggar Lay yang berada di kirinya akibat ditolak Yoona. Yoona tergelak melihat Chanyeol sedikit sahaja lagi hendak terjatuh tetapi diselamatkan oleh Lay dikirinya. Mereka yang lain juga tergelak seperti Yoona.

"Yaaaaah." Jerit Lay kerana Chanyeol tiba-tiba melanggarnya.

"Mian, mian." Chanyeol meminta maaf kepada Lay. Lay menjeling Chanyeol.

"Siap kau nanti." Chanyeol memberi amaran kepada Yoona di belakangnya. Yoona menjelirkan lidahnya. Chanyeol menjeling Yoona. Mereka sudah terbiasa berkata 'aku' 'kau'.

[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]Where stories live. Discover now