Yoona pov
5 hari kemudian
⏩⏩⏩Ahad
Aku keluar dari bilik air dengan rambut yang masih basah. Aku baru sahaja selesai mandi. Mandi petang.
Aku menapak ke arah almari bajuku. Pintu almari aku sorong ke tepi. Dan terserlalah baju-bajuku yang tergantung di situ.
"Nak pakai baju apa eh?" Aku memikirkan pakaian yang sesuai aku pakai semasa majlis perkahwinan nanti.
Hari ni ialah Hari perkahwinan bagi Jiyeon unni dan namja mana aku tak kenal. Majlisnya bermula pada pukul 3 petang.
Sekarang pukul 2 petang. Ada lagi 1 jam aku boleh bersiap.
Baju-baju yang tergantung itu aku selak satu per satu. Semuanya tidak kena dengan majlis itu. Takkan nak pakai dress dengan seluar. Kalau sweater, lagilah tak kena.
Kenapalah tak ada baju yang sesuai ni. Aku rasa aku borong je baju yang aku suka masa shopping. Takkan satu pun tak ada yang sesuai.
Gaun, maybe yang itu sesuai untuk majlis itu. Tapi aku tak pernah beli gaun selama ni. Aku tak suka pakai gaun sebab labuh dan menyakitkan hati bila aku terpijak.
Kebanyakan gaun yang aku jumpa labuh sampai tapak kaki aku. Lebih tapak kaki pun ada. Itu yang aku tak suka tu. Sebab tulah tak beli.
"Nak tanya omma ke?" Aku memegang daguku.
Tanya jelah, kalau-kalau omma ada nak gaun lebih ke.
Aku berjalan menuju ke pintu bilik. Perlahan-lahan aku membuka pintu. Kepalaku menjenguk ke luar pintu manakala badan di cover dengan pintu itu. Takkan nak berdiri gitu je sebab aku tengah berkemban.
"Omma." Panggilku sedikit kuat. Tiada sahutan. Aku memanggil beberapa kali.
"Aduh, omma ni tak dengar ke? Takkan tengah mandi." Kataku perlahan dan mengeluh.
Aku melihat kiri dan kanan seketika untuk pastikan tiada sesiapa yang sedang berada di luar. Aku sebenarnya nak lari masuk bilik omma. Nak tanya pasal gaun tu.
Okay, line clear.
Aku perlahan-lahan keluar dari dalam bilik. Aku tengok macam tak ada orang dekat atas ni. Aku pun jalan jelah macam biasa. Sampai depan bilik omma, aku cuba pusingkan tombol pintu. Pintu berkunci.
Adomak, omma tengah buat apa dalam ni. Tengah pakai baju ke?
Aku mengetuk pintu bilik omma. "Omma." Panggilku dari luar. Tetapi tiada sahutan.
Beberapa kali aku panggil dan ianya tetap sama. Aku berputus asa dan berpusing ke belakang untuk masuk balik dalam bilik.
Kreek
Bunyi pintu dibuka membuatkan aku terkejut. Susuk tubuh seseorang sedang keluar daripada bilik di sebelahku, bilik Chanyeol.
Tu mesti Chanyeol. Dia tiba-tiba memandangku. Aku terkejut. Aku hendak melarikan diri sekarang tapi malangnya, pintu bilik aku dan pintu biliknya bersebebalahan. Dan aku terpaksa berjalan semakin dekat dengannya.
"Jangan pandang." Arahku dan menutup bahagian atas dengan tanganku.
Dia terus memandang ke arah lain. Dengan muka yang sudah memerah ini, aku terus berlari masuk ke dalam bilik. Sebaik sahaja masuk, aku menutup pintu dengan kuat.
YOU ARE READING
[C] Fanfic || Yeojachingu Palsu ↭ P.cy [박찬열], K.mg [김민규] & K.th [김태형]
Fanfiction" 너는 내 모든 것 " - you're my everything - • P.cy, K.mg & K.th • Hiatus ( ) Slow update ( ) On-going ( ) Complete ( ✔ ) Start : 26 Julai 2016 Complete : 15 Oktober 2016